Friday, 30 March 2012

GB4B PERAK BERDUKA CITA

Al-fatihah, Gerakan Belia 4B Perask berserta seluruh ahli dan rakyat jelata merasa amat dukacita diatas kemangkatan YTM Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

YTM Tuanku telah mangkat pada 30 Mac 2012 jam 1.30 pagi di rumah no 25, Jalan Setia Bakti 5, Bukit Damasara.

Jenazah Almarhum telah di bawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi. Kami ahli Gerakan Belia 4B serta rakyat negeri Perak khasnya mendoakan agar roh almarhum ditempatkan di bersama-sama orang yang soleh serta mendapat rahmat dari Allah SWT.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, 12 March 2012

GERAKAN BELIA 4B MENERUSKAN BANTUAN

Skuad Prihatin GB4B Malaysia meneruskan khidmat di Ampang bagi membantu mangsa-mangsa banjir hingga ke hari ini. Ketua UMNO Bahagian Ampang hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau amat berbangga dengan kehadiran GB4B yang tidak jemu-jemu memberikan khidmat kemasyarakatan di kawasan yang di landa musibah.

"Saya amat bangga dengan GB4B yang dari mula hingga ke hari ini masih lagi hadir tanpa jemu memberikan bantuan, ini adalah semangat jati anak-anak muda yang dapat saya lihat pada masa kini, semangat ini sudah jarang-jarang ditemui dan hari ini saya yakin, GB4B mampu untuk menguruskan belia dan membawa meraka kearah kebaikan" kata beliau.

Hari ini GB4B Malaysia negeri Selangor menurunkan jentera seramai hampir 30 orang bagi membantu sukarelawan yang lain di bilik gerakan bantuan banjir. Kesemua tenaga ini hadir dari kawasan Gombak dan Ampang yang diketuai oleh saudara Aidil yang juga merupakan Pengerusi Kawasan serta di pantau oleh saudara Saihuddin selaku Pengerusi Gb4B negeri Selangor.

hari ini mereka juga akan membantu mengagihkan makanan kepada penduduk yang terlibat dan menghantar dapur gas sumbangan dari timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga merupakan Penanung GB4B Selangor Datuk Seri Noh Omar.

GB4B (baju biru) membantu menurunkan khemah




membantu menurunkan dapur sumbangan

Friday, 9 March 2012

GAMBAR-GAMBAR PENYAMPAIAN BANTUAN BANJIR DI AMPANG SELANGOR

Apa bila mendapat khabar dari skuad prihatin GB4B Selangor tentang bencana banjir yang melanda Ampang pada malam 7 March, Presiden GB4B Malaysia terus mengarahkan skuad prihatin untuk turun sama membantu pihak penyelamat dalam usaha menyelamat mangsa di kawasan yang terlibat.

Pada malam itu juga 3 buah pusat gerakan di buka di mana ibu pejabat GB4B Malaysia dijadikan bilik gerakan untuk memantau operasi dan menerima sumbangan, 2 buah bilik gerakan masing-masing 1 di Ampang dan Ulu Langat.

Hingga ke hari ini skuad prihatin masih lagi memerlukan barangan keperluan seperti air mineral, biskut, lampin pakai buang kanak-kanak, ubat nyamuk dan tuala wanita untuk diberikan kepada mangsa bagi meringankan beban mereka.

GB4B juga mengalu-alukan sukarelawan dalam membantu usaha untuk membersihkan kawasan kediaman yang terlibat dalam bencana alam tersebut.

Untuk memberikan bantuan atau sebarang pertanyaan boleh hubungi ibu pejabat GB4B Malaysia.. di talian 03-22829648/03-22824649


keadaan mangsa di pusat pemindahan


bilik gerakan bantuan banjir gb4b

mendengar taklimat dari skuad prihatin gb4b selangor

mendengar taklimat dari skuad prihatin gb4b

menurunkan barangan bantuan di bilik gerakan

presiden serta pengerusi gb4b selangor sama-sama
menurunkan barangan

salah satu barangan sumbangan adalah iar mineral untuk di
agih-agihkan kepada mangsa

berehat sebentar menunggu untuk pergi ke
kawasan bencana

SUA juga tidak ketinggalan memberikan khidmat

bersiap sedia untuk bergerak ke kawasan bencana

presiden menaiki motosikal untuk ke kawasan banjir

salah satu kediaman mngsa yang terlibat

pelbagai barangan rumah rosak teruk akibat banjir
yang melanda

kenderaan juga rosak teruk akibat banjir 

SUA mengambil gambar rumah yang di landa bencana

presiden mengagihkan air mineral dari rumah ke rumah

skuad prihatin

salah satu rumah yang mengalami kerosakan teruk

keadaan masih lagi becak

sebuah kenderaan terbalik akibat rempuhan air deras

presiden melihat keadaan kereta kancil yang di hanyutkan
air

bantuan minuman dan makanan terus diagihkan

bertemu ketua bahagian UMNO ampang di rumah mangsa

presiden sedang berbincang dengan ketua UMNO bahagian
ampang

keadaan rumah mangsa

mangsa menceritakan detik-detik cemas kepada presiden
semasa lawatan

melawat rumah di tepi sungai yang menerima rempuhan air
paling teruk

presiden berjumpa tuan rumah (baju oren)

presiden baru lepas memberikan bantuan kepada mangsa

president turut sama dalam mebersihkan rumah mangsa
sepasang warga emas

MOU GERAK KORPORAT DENGAN RIGHT TRACK SDN BHD

video


Video semasa upacara menandatangani MOU diantara Pengerusi Gerak Korporat GB4B Malaysia dengan Syarikat Right Trak Global Sdn Bhd disaksikan oleh Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia saudara Mu'amar ghadafi jamal bin Datuk Wira Jamaluddin 

Thursday, 8 March 2012

AHLI GB4B MALAYSIA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PERDANA MENTERI

Seluruh ahli Gerakan Belia 4B Malaysia melalui Presiden GB4B mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan pembatalan SBPA dan kembali kepada Sistem Saraan Baru (SSM). Beliau menyifatkan ini juga adalah sebagai salah satu hadiah dari Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia kepada para belia kerana ramai dari golongan belia yang menjadi penjawat awam.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kpd RM250.

Bagi kawasan C pula kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kpd RM150 sebulan.

Pelarasan gaji diumumkan Perdana Menteri hari ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 dan dibayar mulai bulan ini atau April kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 7 March 2012

MAJLIS MENANDATANGANI MOU DIANTARA GERAK KORPORAT BERSAMA RIGHT TRACK GLOBAL SDN BHD

Malam ini merupakan salah satu malam bersejarah apabila sebuah syarikat Right Track Global Sdn Bhd dilantik untuk menjadi mentor kepada ahli-ahli Belia 4B. Syarikat yang merupakan sebuah syarikat milikan penuh bumiputera telah beroperasi lebih dari setahun setengah dan telah mempunyai rangkaian yang agak memberangsangkan. Berteraskan secara online trading lebih memudahkan pelanggan untuk membuat tempahan produk.

Dalam majlis ini Ketua Pegawai Eksekutif syarikat -En Khairuddin bin Abd Wahid semasa memberi ucapan beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden GB4B yang telah sanggup turun bersama-sama dalam majlis serba ringkas ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana GB4B Malaysia sanggup menerima syarikat yang diterajui oleh beliau menjadi mentor kepada ahli-ahli GB4B Malaysia.

Beliau juga amat terharu dengan kesungguhan GB4B Malaysia dalam usaha untuk menjadikan belia-belia di Malaysia sebagai usahawan.

Dalam ucapan Presiden GB4B Malaysia -Saudara Muamar Ghadafi pula, beliau mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Gerak Korporat -saudara Rizam.

Beliau juga berkata bahawa saudara Rizam telah berjaya mencapai KPI beliau selaku Pengerusi gerak korporat GB4B Malaysia.

Produk ini diyakini untuk menjadi mentor kepada GB4B apabila diselidik secara terperinci dari segi latar belakang dan keupayaan syarikat serta produk.

Dalam majlis ini juga kelihatan salah satu mentor GB4B yang hadir (piru best) yang beroperasi di utara tanah air.

Dalam ucapan Presiden lagi beliau terus mencabar syarikat Right Track untuk melahirkan 1000 org usahawan dari golongan belia.

Dan cabaran ini telah disahut dengan sahutan perkataan 'BOLEH' oleh semua hadirin yang hadir pada malam ini.

Di akhir program ini taklimat untuk menjadi menti kepada mentor ini dijalankan oleh Tengku Edman selaku speaker syarikat Right Track.

MAJLIS MESYUARAT AGUNG GB4B PERAK KE 36

Pada 4 March yang lepas telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan Gerakan Belia 4B Negeri Perak yang ke 36, majlis berlangsung di Dewan Besar Bangunan UMNO Negeri telah dirasmikan oleh Pengarah Biro Tata Negara Jabatan Perdana Menteri Negeri Perak En. Shamlan bin Zabaai.

Gerakan Belia 4B Negeri Perak mewakili seluruh ahli GB4B negeri Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Perak selaku Pengerusi Badan perhubungan UMNO negeri yang telah memberi kebenaran kepada GB4B menggunakan Dewan Besar di Bangunan UMNO Negeri yang serba indah itu.

Dalam majlis tersebut, Pengerusi GB4B Perak telah memberi tiga cabaran yang perlu diambil oleh belia pada masa ini, cabaran-cabaran tersebut ialah:

1. Sempena slogan Wellnes is the new Youth lifestyle, satu program THE BIGGEST LOSER 4B PERAK akan diwujudkan dan ahli di gesa menurunkan berat badan sejajar dengan taraf hidup yang sihat.

2. Bantuan RM 500 dari GB4B Perak akan disalurkan ke kawasan dengan syarat data dan maklumat kawasan dilengkapkan dan dihantar ke urusetia.

3. Berubah dan komited dalam 4B untuk membantu kerajaan dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13. 






GAMBAR BARISAN JAWATANKUASA GB4B NEGRI PERAK


ucapan pengerusi GB4B perak