Sunday 26 June 2011

PELANCARAN SKUAD SAYANG BELIA 4B PRIHATIN DI KEDAH

Skuad sayang Gerakan Belia 4B prihatin negeri Kedah yang dilancarkan oleh Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Mua'amar Ghadafi Jamal semalam menyaksikan pendaftaran lebih 500 orang ahli.

Menurut kata Presiden GB4B, pelancaran skuad sayang ini dilakukan berikutan permintaan dari Pengerusi GB4B Kedah Sdr Khairul Azhar yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Baling Kedah.

Menurut beliau lagi skuad sayang belia 4b prihatin telah banyak melakukan kerja-kerja amal dalam membantu penduduk yang di landa musibah seperti banjir, kebakaran dan sebagainya.

Dengan adanya skuad ini di negeri Kedah, maka bantuan akan lebih cepat dapat diberikan bila berlaku sesuatu masalah.

Menurut kata Sdr Khairul Azhar pula, beliau amat berterima kasih kepada Presiden GB4B yang telah melancarkan skuad ini.

Beliau merasakan skuad ini perlu ada di negeri Kedah berikutan negeri ini boleh dikatakan akan menerima musim banjir setiap tahun, dan pada tahun ini bantuan telah diberikan oleh skuad sayang belia 4b prihatin pusat. beliau juga berharap dengan adanya skuad ini di negeri Kedah maka beliau mengharapkan bantuan akan dapat diberikan seberapa segera yang mungkin.


PERASMIAN SKUAD SAYANG BELIA 4B PRIHATIN

ANTARA AHLI GB4B YANG MENYERTAI
 SKUAD SAYANG 4B PRIHATIN

PARA PESERTA BEGITU ASYIK MENDENGAR
UCAPAN PRESIDEN GB4B
Gerakan Belia 4B negeri Perak mengucapkan tahniah kepada GB4B negeri Kedah kerana telah berjaya menubuhkan skuad sayang 4B prihatin dan mendoakan agar dengan tertubuhnya skuad ini maka GB4B negeri Kedah akan bertambah mantap demi untuk membela nasib rakyat di negeri Kedah.

No comments:

Post a Comment