Tuesday 16 August 2011

UCAPAN PERASMIAN PROGRAM JALINAN MAHABBAH PRESIDEN GB4B






Salam 1belia1Malaysia, 
BERGERAK! 3x

1. Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana dengan izin-Nya sekali lagi dapat kita bersama-sama hadir di
Majlis yang penuh berkat ini. Saya juga gembira kerana
Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ini telah matang seiring dgn kesesuaian serta kehendak beliA masa kini.

2. Setelah beberapa tahun, majlis Tilawah al-Quran ini telah
menempuh berbagai-bagai perubahan dan perkembangan. Bukan
hanya pertukaran tempat-tempat di mana majlis ini berlangsung,
tetapi juga nama bagi majlis ini telah menerima penyesuaian
dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, segala perkembangan
yang berlaku memberikan nafas baru kepada acara tahunan GB4B
ini dan terus mendapat sambutan. Ia juga tidak kurang memberi
sumbangan dalam meninggikan syiar Islam di Kalangan belia di negara ini. Maka tahun ini wujudlah Festival Jalinan mahabbah

...Tahniah n terima kasih kepada  JAKIM, Global Wellness Foundation, sekretariat 4b Malaysia, Para Juri , urusetia perlaksana Gerak Wanis, Gerak Dakwah, Gerak kebudayaan, GB4B WP dan seterusnya peserta2 seluruh negara yg melibatkan penglibatan yg banyak iaitu Nasyid 10 negeri, Kompang 5 negeri, puisi 6 negeri dan pengujian alquran terdiri drpd qari 11 , qariah 11 negeri.

Hadirin yg d rahmati Allah sekalian,

3. Cita-cita untuk membentuk generasi al-Quran dan belia yg mencintai dan menjiwai Islam adalah suatu yang murni. 4B bukan hanya mahu melihat generasi yang berpendidikan tinggi, tetapi sebaliknya kita mahu melihat generasi yang dapat mengimbangi kemajuan `spiritual' bersama-
sama kemajuan fizikal dan `material'. Kita akan pastikan 2020 nanti, budaya murni adalah tunggak kpd kemajuan negara. Dan Aspek sosial adalah menjadi keutamaan, di samping mengejar kejayaan dan kemajuan ekonomi dan politik.

4. Di zaman pembangunan, termasuk zaman ledakan maklumat
ini, agama menjadi lebih penting daripada di zaman maklumat
terhad dahulu. Sebabnya ialah di samping maklumat yang
membina, ada juga maklumat yang diterima hari ini bukan sahaja
boleh melemah dan mengelirukan, tetapi boleh merosakkan akhlak
dan budaya masyarakat. Ajaran agama dapat menjadi benteng
untuk melindung kita daripada kesan buruk maklumat yang tidak
baik. Dengan itu, masyarakat kita akan terselamat dan akan
terus membangun dan menjadi kuat. Di masa yang sama,
masyarakat Islam yang kuat dan maju akan dapat membantu
menghapuskan anggapan bahawa Islam menjadi halangan terhadap
kemajuan.

5. Jika kita kembali kepada ajaran al-Quran mengenai
pentingnya kita mampu mempertahankan diri kita, tentulah kita
akan mengejar ilmu dan kemajuan yang akan membolehkan kita
menyediakan segala alat untuk mempertahankan diri kita. Kita
juga akan diperingati oleh al-Quran bagaimana kemiskinan itu
boleh melemahkan aqidah kita. Kita juga akan diperingati
bahawa orang Islam itu adalah bersaudara dan bukan musuh yang
harus berperang setiap masa. Kita juga akan menolak
keterlaluan dalam semua gerak-geri kita. Pendek kata, banyak
pelajaran berkenaan dengan Ad-din atau cara hidup yang boleh
dipelajari daripada al-Quran.
 

Tidaklah salah jika dikatakan
masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam sekarang adalah
kerana membelakangkan ajaran al-Quran dan mengutamakan ajaran
dan tafsiran orang tertentu yang berkepentingan yang lebih
mengutamakan agenda mereka daripada ajaran al-Quran. Oleh itu 4B Malaysia d seru untuk membawa mesej penyatuan, dalam keluarga, saf kepimpinan dsb. Ketepikan perkara remeh yg mbawa ppecahan sebaliknya fokus kpd bagaimana utk menambah baik diri, keluarga dan negara.


Sahabat2, sidang hadirin yg dirahmati Allah ,

6. Festival jalinan mahabbah 4b msia bertujuan untuk membaca ayat-ayat al-
Quran, nasyid, puisi dan paluan kompang bukan semata-mata untuk menjadi halwa telinga tetapi lebih penting daripada itu, ialah mengikuti penjelasan makna
ayat-ayat ini supaya ia menjadi pengajaran kepada kita semua.
Mudah-mudahan kita akan lebih faham agama kita dan mematuhi
ajaran Islam supaya Islam betul-betul menjadi Ad-din.

7. Dengan harapan ini dan dengan kalimah Bismillahir
rahmanir rahim, saya merasmikan FESTIVAL JALINAN MAHABBAH GB4B MALAYSIA 2011.







No comments:

Post a Comment