Sunday, 29 April 2012
Wednesday, 25 April 2012
SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA MAJLIS BELIA MALAYSIA
![]() |
| Saudara Maliki (Presiden MBM) mengenakan pakaian sekolah kepada pelajar yang terlibat dalan kejadian banjir tersebut |
Belia 4B perak mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Majlis Belia Malaysia di atas keprihatinan yang diberi kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Kinta dan Tapah.
Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk mangsa banjir di Kuala Dipang terutamanya pelajar-pelajar sekolah, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perak dan Majlis Belia Daerah Kampar telah menghulurkan bantuan berupa pakaian sekolah kepada 218 pelajar iaitu dari 7 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah.
Bantuan ini disampaikan oleh Presiden MBM, Sdr Mohamed Maliki Mohd Rapiee di Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Murid & Pelajar Sekolah Daerah Kinta Selatan yang diadakan di Dewan Dato Azman Mazalan, Kampar, Perak pada jam 11 pagi tadi dengan harapan agar dapat meringankan sedikit beban mangsa banjir yang juga turut kehilangan banyak harta benda. Walau bagaimanapun, penduduk amat bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku ketika bencana tersebut.
Presiden Majlis Belia Negeri Perak, saudara Khairul Anwar El-Sazali juga turut hadir bersama dengan Pengerusi Majlis Belia Daerah
Sehubungan dengan itu juga, Pengerusi Gerakan Belia 4B Perak yang juga merupakan Presiden GB4B Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada MBM diatas keprihatinan yang telah ditunjukkan.
Beliau juga tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden MBM kerana telah sama-sama turun padang dalam usaha memberikan bantuan tersebut.
Untuk bacaan lanjut sila <klik>
Sunday, 15 April 2012
GERAKAN BELIA 4B TERUS MEMBERIKAN KHIDMAT DI KAWASAN BANJIR
Hari ini kawasan banjir di Kuala Dipang Kampar dipenuhi dengan pasukan sukarelawan dari Skuad 4B Prihatin Gerakan Belia 4B Perak. Pasukan yang diketuai oleh saudara Ibnu Rasyid yang juga merupakan Penolong Setiausaha Gerakan Belia 4B Perak turun bersama-sama dengan 150 orang ahli sukarelawan Skuad 4B Prihatin Perak.
Bantuan ini diberi keutamaan kepada kerja-kerja pembersihan rumah mangsa yang dipenuhi lumpur akibat dari banjir lumpur yang melanda di kawasan itu baru-baru ini.
Menurut kata Pengerusi Gerakan Belia 4B Perak, saudara Mua'amar Ghadafi Jamal semenjak kawasan Kuala Dipang dilanda musibah itu, Gerakan Belia 4B Perak tidak berhenti-henti memberikan bantuan bagi meringankan beban mangsa.
"Ini adalah kerja amal kami yang biasa kami lakukan dimana-mana juga kawasan yang dilanda musibah" kata beliau lagi. Ghadafi yang juga merupakan Presiden Gerakan Belia 4B berkata lagi, dalam tempoh beberapa hari ini GB4B Perak telah menurunkan sukarelawan berkekuatan lebih dari 600 orang dalam usaha membantu mangsa.
Gerakan Belia 4B dikhabarkan akan terus memberikan khidmat sehingga semua kerja-kerja pembersihan ini selesai dan mangsa dapat pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.
Sangkakala ucapkan tahniah kepada GB4B Perak yang begitu perihatin dalam membantu mangsa yang kini berada dalam keadaan yang amat memerlukan. Tahniah sekali

Friday, 13 April 2012
Thursday, 12 April 2012
BANTUAN BANJIR GB4B DI KAMPAR
Banjir yang melanda kawasan Kuala Dipang semalam menyaksikan skuad 4B Prihatin sekali lagi menghulurkan bantuan.
Antara bantuan yang diberikan kepada mangsa yang terlibat ialah air mineral, makanan kering dan sebagainya kepada mangsa banjir lumpur yang terlibat di Post Dipang, Kuala Dipang, Kampar/Gopeng/Tapah.
Menurut Pengerusi Gerakan Belia 4B Perak saudara Mua'amar Ghadafi Jamal yang juga merupakan Presiden GB4B Malaysia, bantuan ini adalah sama seperti yang dilakukan di Selangor tempoh hari.
Esok satu lagi rombongan 4B Perihatin akan turun membantu membersih rumah mangsa, Kata beliau lagi.
Sehubungan dengan itu, GB4B Perak mengalu-alukan sukarelawan yg ingin berkhidmat dalam memberi bantuan bencana ini dan kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi 4BPerihatin ditalian Ibupejabat 4B : 0322824649 atau 4B Perihatin Perak: 012-5427070 dan boleh bercakap dengan saudara Ibnu.
Menurut Ghadafi lagi, GB4B Perak juga mengalu-alukan bantuan serta sumbangan dari orang ramai untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dan antara barang keperluan yang diperlukan ialah makanan kering, air bersih, pakaian, tuala wanita dan sebagainya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 10 April 2012
STANDARD CHARTERED RAIKAN 'JOY OF RUNNING'
Putrajaya, 5 April 2012 : Tampil dengan tema "Joy Of Running", Standard Chartered Fun Run 2012, akan menganjurkan edisi keduanya di Putrajaya bersempena Hari Belia Negara yang bakal berlangsung Mei ini
dengan sasaran 8000 peserta.
dengan sasaran 8000 peserta.
Majlis yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek membawa banyak perubahan dalam penganjuran pada kali ini, dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik buat para pengunjung selain kejohanan marathon yang dijalankan. Selain itu, kejohanan ini adalah salah satu kesinambungan bagi "Standard Chartered KL Marathon" yang merupakan antara acara besar dalam kelander sukan di Malaysia.
"Dengan adanya penglibatan syarikat-syarikat swasta dalam membantu mempromosikan acara-acara sukan di Malaysia, sedikit sebanyak mampu menarik lebih ramai lagi warga belia bagi mendekatkan diri mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah dan bermanfaat" tegas Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek.
Menurut beliau lagi, di samping dapat menarik warga belia, kejohanan seumpama ini sama sekali dapat menyatupadukan dan menerap nilai kerjasama antara kaum dalam penglibatan mereka di setiap aktiviti yang dijalankan.
Pada penganjuran kali ini, pihak penganjur telah menambah pelbagai kategori untuk menarik penyertaan lebih ramai lagi lapisan masyarakat di Malaysia antaranya, 'staff running, men's and women's international open, staff with kids, special run, custome run and celebrity run'. Penganjuran ini juga, adalah untuk memberi peluang kepada semua peserta bagi persediaan dan latihan fizikal untuk menghadapi 'KL Marathon' Jun ini.
"Kejohanan ini sememangnya memberi impak yang tersendiri dengan wujudnya pelbagai kategori-kategori menarik dan pengisiannya yang dinamik, bertenaga dan berani." jelas Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia Berhad,Osman Morad.
Hadir sama pada majlis perasmian, aktor hebat, Fizo Omar, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik, Dato' Zaidon Bin Hj. Asmuni, Timbalan Ketua Setiausaha Antarabangsa dan Pengurusan, Datuk Jamil Bin Salleh, Pegawai-Pegawai Kementerian Belia dan Sukan dan para media.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Saturday, 7 April 2012
RUMAH ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN GB4B PERAK
Pada 5 April yang lepas telah diadakan bacaan Yassin di rumah anak yatim Nurul Iman Kg Manjoi Ipoh Perak. Pengerusi GB4B Perak yang juga merupakan Presiden GB4B Malaysia turut sama hadir dalam majlis tersebut.Pada keesokan harinya pula GB4B Perak telah memberikan sumbangan kepada rumah anak yatim tersebut dan barangan itu terdiri daripada 20 unit rak buku tiga tingkat, 2 unit rak buku lapan tingkat serta 12 unit tilam baru kepada rumah anak yatim tersebut.
GB4B Perak mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan saudara Pengerusi yang telah memberikan bantuan ini dan dikelolakan oleh GB4B Tambun.
Rumah anak yatim Nurul Iman terlibat dalam banjir yang melanda Manjoi baru-baru ini dan bantuan serta sumbangan ini amat bermakna dalam membantu anak-anak yatim di rumah tersebut.
HARI BELIA NEGARA 2012 BERTARAF DUNIA
Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa golongan belia merupakan kuasa besar dalam sistem ekonomi negara dalam menjelaskan terjemahan
kementerian terhadap keberkesanan Program Himpunan Jutaan Belia 2011 yang lalu untuk golongan belia secara keseluruhannya. Beliau menjelaskan perkara berkenaan dalam menjawab pertanyaan Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh YB Batang Sadong, Puan Hajah Nancy Haji Shukri.
Jelas beliau, kajian impak ekonomi oleh pihak MITI (Ministry of International Trade and Industry) menyatakan bahawa program himpunan tersebut telah memberi kesan pengganda ekonomi sebanyak RM 110 juta melalui jumlah perbelanjaan pengunjung, sektor kerajaan, sektor swasta dan NGO sekaligus menyumbang kepada nilai ditambah ekonomi sebanyak 0.014% daripada nilai KDNK tahun 2010.
Dianggarkan seramai 1.1 juta pengunjung hadir di Putrajaya sepanjang 3 hari himpunan tersebut diadakan dengan purata perbelanjaan sebanyak RM100 seorang.
Sejurus selesai menjawab pertanyaan Dewan Rakyat, satu sidang media diadakan di lobi Dewan Rakyat bagi mempromosikan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya 2012 yang akan diadakan pada 23-27 Mei 2012. Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa pada tahun ini, lebih 500 program dan aktiviti diadakan daripada 38 segmen.
Himpunan 5 hari ini akan melibatkan 6 KM sekitar kawasan Putrajaya, 1000 orang artis dan penghibur, 22 buah pentas dan sasaran penyertaan seramai 2 juta belia. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Borhan Dolah.
Selain itu juga, beliau berhasrat untuk menjadikan himpunan ini salah satu 10 himpunan terbesar di dunia.
Disediakan oleh : (Sekretariat HBN 2012)
Friday, 6 April 2012
TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI PERAK
Kerajaan Perak memperkenalkan tiga program baru bagi menjana ekonomi golongan belia di negeri berkenaan, tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, berkata program pertama yang diwujudkan ialah skim pinjaman mikro-kredit Aman Jaya yang membabitkan peruntukan RM1 juta.
Selain itu, program kluster ekonomi keluarga turut diperkenalkan bagi membolehkan anak meneruskan perniagaan keluarga.
“Program ketiga yang diperkenalkan untuk menjana ekonomi belia tahun ialah usahawan tani di bawah seliaan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri (SADC) yang membabitkan tempoh latihan selama 12 bulan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin berkaitan usaha dilaksanakan kerajaan bagi membantu golongan belia menjana pendapatan.
Menjawab soalan tambahan Datuk Rosli Husin (BN-Trong) prestasi hambar pasukan Seladang dalam Liga Super, Zainol Fadzi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), beliau berkata pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk menamatkan khidmat seorang pemain import yang menunjukkan prestasi hambar.
Selain itu, PAFA juga katanya, tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada kerajaan negeri.
“Ketika ini pasukan Seladang berada di tangga ketujuh Liga Super dan bakal bertemu dengan pasukan Kuala Lumpur pada malam esok,” katanya.
Menjawab soalan samada pembayaran kepada kedua-dua pemain import itu berbaloi atau sebaliknya, Zainol Fadzi berkata, jumlah gaji yang dibayar kepada pemain import adalah setara dengan gaji pemain kebangsaan.
Memandangkan prestasi salah seorang pemain import tidak memuaskan, pengurusan PAFA mengambil keputusan untuk menamatkan khidmat pemain berkenaan bermula April ini.
“Ketika ini, PAFA dalam proses pemilihan pemain import baru kerana kita diberi tempoh sehingga 16 April ini untuk menukar pemain tempatan dan import,” katanya lagi.

Monday, 2 April 2012
GOTONG ROYONG BUDAYA 4B
Semalam telah diadakan gotong royong membaik pulih jalan yang turut di serta oleh Pengerusi GB4B Negeri Perak merangkap Presiden GB4B Malaysia saudara Mu'amar Ghadafi Jamal di Parit Buntar.
Program ini juga melibatkan seluruh warga kampung yang terlibat dan ianya telah terlaksana dengan sikap tolong menolong diantara penduduk kampung tanpa mengira peringkat umur.
Mengikut kata Mu'amar Ghadafi, program sebegini adalah budaya Gb4B itu sendiri dan budaya ini harus dikembalikan demi untuk kepentingan masyarakat berbilang kaum dan agama.
Beliau juga berharap agar kerja amal GB4B ini mejadi ikutan bagi semua persatuan atau pertubuhan dalam meningkatkan hubungan silaturrahim sesama manusia.
Friday, 30 March 2012
GB4B PERAK BERDUKA CITA
Al-fatihah, Gerakan Belia 4B Perask berserta seluruh ahli dan rakyat jelata merasa amat dukacita diatas kemangkatan YTM Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.
YTM Tuanku telah mangkat pada 30 Mac 2012 jam 1.30 pagi di rumah no 25, Jalan Setia Bakti 5, Bukit Damasara.
Jenazah Almarhum telah di bawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi. Kami ahli Gerakan Belia 4B serta rakyat negeri Perak khasnya mendoakan agar roh almarhum ditempatkan di bersama-sama orang yang soleh serta mendapat rahmat dari Allah SWT.

Monday, 12 March 2012
GERAKAN BELIA 4B MENERUSKAN BANTUAN
Skuad Prihatin GB4B Malaysia meneruskan khidmat di Ampang bagi membantu mangsa-mangsa banjir hingga ke hari ini. Ketua UMNO Bahagian Ampang hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau amat berbangga dengan kehadiran GB4B yang tidak jemu-jemu memberikan khidmat kemasyarakatan di kawasan yang di landa musibah.
"Saya amat bangga dengan GB4B yang dari mula hingga ke hari ini masih lagi hadir tanpa jemu memberikan bantuan, ini adalah semangat jati anak-anak muda yang dapat saya lihat pada masa kini, semangat ini sudah jarang-jarang ditemui dan hari ini saya yakin, GB4B mampu untuk menguruskan belia dan membawa meraka kearah kebaikan" kata beliau.
Hari ini GB4B Malaysia negeri Selangor menurunkan jentera seramai hampir 30 orang bagi membantu sukarelawan yang lain di bilik gerakan bantuan banjir. Kesemua tenaga ini hadir dari kawasan Gombak dan Ampang yang diketuai oleh saudara Aidil yang juga merupakan Pengerusi Kawasan serta di pantau oleh saudara Saihuddin selaku Pengerusi Gb4B negeri Selangor.
hari ini mereka juga akan membantu mengagihkan makanan kepada penduduk yang terlibat dan menghantar dapur gas sumbangan dari timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga merupakan Penanung GB4B Selangor Datuk Seri Noh Omar.

| GB4B (baju biru) membantu menurunkan khemah |
![]() |
| membantu menurunkan dapur sumbangan |
Sunday, 11 March 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)