Monday 12 March 2012

GERAKAN BELIA 4B MENERUSKAN BANTUAN

Skuad Prihatin GB4B Malaysia meneruskan khidmat di Ampang bagi membantu mangsa-mangsa banjir hingga ke hari ini. Ketua UMNO Bahagian Ampang hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau amat berbangga dengan kehadiran GB4B yang tidak jemu-jemu memberikan khidmat kemasyarakatan di kawasan yang di landa musibah.

"Saya amat bangga dengan GB4B yang dari mula hingga ke hari ini masih lagi hadir tanpa jemu memberikan bantuan, ini adalah semangat jati anak-anak muda yang dapat saya lihat pada masa kini, semangat ini sudah jarang-jarang ditemui dan hari ini saya yakin, GB4B mampu untuk menguruskan belia dan membawa meraka kearah kebaikan" kata beliau.

Hari ini GB4B Malaysia negeri Selangor menurunkan jentera seramai hampir 30 orang bagi membantu sukarelawan yang lain di bilik gerakan bantuan banjir. Kesemua tenaga ini hadir dari kawasan Gombak dan Ampang yang diketuai oleh saudara Aidil yang juga merupakan Pengerusi Kawasan serta di pantau oleh saudara Saihuddin selaku Pengerusi Gb4B negeri Selangor.

hari ini mereka juga akan membantu mengagihkan makanan kepada penduduk yang terlibat dan menghantar dapur gas sumbangan dari timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga merupakan Penanung GB4B Selangor Datuk Seri Noh Omar.

GB4B (baju biru) membantu menurunkan khemah




membantu menurunkan dapur sumbangan

No comments:

Post a Comment