Thursday 8 March 2012

AHLI GB4B MALAYSIA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PERDANA MENTERI

Seluruh ahli Gerakan Belia 4B Malaysia melalui Presiden GB4B mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan pembatalan SBPA dan kembali kepada Sistem Saraan Baru (SSM). Beliau menyifatkan ini juga adalah sebagai salah satu hadiah dari Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia kepada para belia kerana ramai dari golongan belia yang menjadi penjawat awam.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kpd RM250.

Bagi kawasan C pula kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kpd RM150 sebulan.

Pelarasan gaji diumumkan Perdana Menteri hari ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 dan dibayar mulai bulan ini atau April kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment