Wednesday 7 March 2012

MAJLIS MENANDATANGANI MOU DIANTARA GERAK KORPORAT BERSAMA RIGHT TRACK GLOBAL SDN BHD

Malam ini merupakan salah satu malam bersejarah apabila sebuah syarikat Right Track Global Sdn Bhd dilantik untuk menjadi mentor kepada ahli-ahli Belia 4B. Syarikat yang merupakan sebuah syarikat milikan penuh bumiputera telah beroperasi lebih dari setahun setengah dan telah mempunyai rangkaian yang agak memberangsangkan. Berteraskan secara online trading lebih memudahkan pelanggan untuk membuat tempahan produk.

Dalam majlis ini Ketua Pegawai Eksekutif syarikat -En Khairuddin bin Abd Wahid semasa memberi ucapan beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden GB4B yang telah sanggup turun bersama-sama dalam majlis serba ringkas ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana GB4B Malaysia sanggup menerima syarikat yang diterajui oleh beliau menjadi mentor kepada ahli-ahli GB4B Malaysia.

Beliau juga amat terharu dengan kesungguhan GB4B Malaysia dalam usaha untuk menjadikan belia-belia di Malaysia sebagai usahawan.

Dalam ucapan Presiden GB4B Malaysia -Saudara Muamar Ghadafi pula, beliau mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Gerak Korporat -saudara Rizam.

Beliau juga berkata bahawa saudara Rizam telah berjaya mencapai KPI beliau selaku Pengerusi gerak korporat GB4B Malaysia.

Produk ini diyakini untuk menjadi mentor kepada GB4B apabila diselidik secara terperinci dari segi latar belakang dan keupayaan syarikat serta produk.

Dalam majlis ini juga kelihatan salah satu mentor GB4B yang hadir (piru best) yang beroperasi di utara tanah air.

Dalam ucapan Presiden lagi beliau terus mencabar syarikat Right Track untuk melahirkan 1000 org usahawan dari golongan belia.

Dan cabaran ini telah disahut dengan sahutan perkataan 'BOLEH' oleh semua hadirin yang hadir pada malam ini.

Di akhir program ini taklimat untuk menjadi menti kepada mentor ini dijalankan oleh Tengku Edman selaku speaker syarikat Right Track.

No comments:

Post a Comment