Wednesday 7 March 2012

MAJLIS MESYUARAT AGUNG GB4B PERAK KE 36

Pada 4 March yang lepas telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan Gerakan Belia 4B Negeri Perak yang ke 36, majlis berlangsung di Dewan Besar Bangunan UMNO Negeri telah dirasmikan oleh Pengarah Biro Tata Negara Jabatan Perdana Menteri Negeri Perak En. Shamlan bin Zabaai.

Gerakan Belia 4B Negeri Perak mewakili seluruh ahli GB4B negeri Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Perak selaku Pengerusi Badan perhubungan UMNO negeri yang telah memberi kebenaran kepada GB4B menggunakan Dewan Besar di Bangunan UMNO Negeri yang serba indah itu.

Dalam majlis tersebut, Pengerusi GB4B Perak telah memberi tiga cabaran yang perlu diambil oleh belia pada masa ini, cabaran-cabaran tersebut ialah:

1. Sempena slogan Wellnes is the new Youth lifestyle, satu program THE BIGGEST LOSER 4B PERAK akan diwujudkan dan ahli di gesa menurunkan berat badan sejajar dengan taraf hidup yang sihat.

2. Bantuan RM 500 dari GB4B Perak akan disalurkan ke kawasan dengan syarat data dan maklumat kawasan dilengkapkan dan dihantar ke urusetia.

3. Berubah dan komited dalam 4B untuk membantu kerajaan dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13. 






GAMBAR BARISAN JAWATANKUASA GB4B NEGRI PERAK


ucapan pengerusi GB4B perak

No comments:

Post a Comment