Tuesday 26 April 2011

FILEM KOMEDI MAN SEWEL DATANG KL


Gerakan Belia 4B perak mengucapkan tahniah kepada Work Move Production SDN BHD atas pelancaran atau perasmian filem sulong mereka di Dataran FINAS pada petang tadi (26 April 2011).
Filem yang di beri tajuk Man Sewel Datang KL yang di barisi pelakon Shuib Sepah (Man Sewel) dan Julia Ziegler (Nadia) serta beberapa pelakon popular tanah air dijangka akan berada di Layar Perak pada bulan November nanti. Filem ini juga turut menampilkan kumpulan May dalam penayangan filem tersebut.

Majlis pelancaran dan perasmian hari ini telah di sempurnakan oleh YB Datuk Razali bin Hj Ibrahim selaku Timb. Menteri Belia dan Sukan, turut hadir di majlis tersebut Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia En Sufian Awang yang turut sama memberikan sokongan.
Dalam ucapan perasmian YB Datuk Razali tadi,beliau memberi ingatan kepada penerbit supaya jangan meninggi diri jika sesebuah filem itu berjaya dan jangan sesekali putus asa sekiranya sesebuah filem itu gagal.
Dalam ucapan aluan pengerusi eksekutif filem ini, En Hamizi bin Mat Juah pula berkata, sekarang barulah beliau tahu betapa peritnya sesebuah produksi itu untuk menerbitkan sebuah filem. Beliau yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah didalam Work Move Produktion SDN BHD dalam ucapannya juga memberitahu bahawa setiap 1% dari hasil kutipan filem ini akan di salurkan kepada Tabung Amal Gerakan Belia 4B Malaysia yang begitu banyak membantu dalam kerja-kerja amal diseluruh Negara. Dan kata-kata beliau ini ditujukan khas kepada Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Saudara Mua’amar Ghadafi Jamal yang turut sama hadir ke majlis tersebut.
Majlis petang ini juga menyaksikan ramai para wartawan hiburan dari media cetak dan elektronik datang untuk membuat liputan. Dalam majlis ini juga, hadirin telah di perdengarkan dengan lagu-lagu dari nyanyian para pelakon filem tersebut.
Dengan pelancaran filem itu tadi, Gerakan Belia 4B Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Work Move Production SDN BHD dan terima kasih kepada Datuk Razali Ibrahim kerana sudi hadir serta merasmikan majlis pelancaran filem Man Sewel datang KL, dan kepada semua pembaca, GB4B Perak harap supaya datang beramai-ramai ke pawagam untuk menyaksikan filem komedi ini yang pastinya membuatkan ada tak kering gusi.

1 comment:

  1. Jutaan tahniah utk Belia 4B Perak n Presiden Belia 4B!!! Hidup Belia 4B!!!

    ReplyDelete