Thursday 10 May 2012

BUAT APA MAN SEWEL DATANG KL

Filem komedi arahan orang lama dalam bidang pengarahan filem Abdul Rahman Adam pasti akan mencuit hati anda apabila bertandang ke panggung pada 31 mei nanti.

Filem yang di pertontonkan kepada para wartawan serta penggiat media pada 9 mei telah menggegarkan panggung dengan gelak tawa penonton yang hadir.

Timbalan Menteri Belia Dan Sukan YB Datuk Razali Haji Ibrahim turut hadir ke preview filem 'Man Sewel Datang KL', turut bersama-sama beliau seorang pelakon dan pengarah hebat dan disegani, Datuk Yusuf Haslam.

Dalam temubual bersama-sama para penggiat media, Abdul Rahman atau lebih selesa dipanggil dengan panggilan uncle menyatakan bahawa ini adalah filem pertama beliau arahkan selepas hampir 20 tahun tidak menjalankan kerja-kerja pengarahan.

Dalam soalan yang diajukan kepada Shuib Sepah yang membawa watak Osman atau Man Sewel yang merupakan watak utama filem ini, beliau mengatakan ini adalah cabaran bagi beliau dalam melakonkan watak dalam sebuah filem.

Gandingan mantap antara Shuib serta Siti Sarah yang baru pertama kali berlakon amat membanggakan penerbit serta semua yang terlibat didalam filem tersebut.

Penerbit filem, Encik Hamizi Mat Juah berkata selepas ditanya tentang kekuatan filem ini pula menyatakan bahawa kekuatan filem ini terletak pada pengarahan serta lakonan semua para pelakon yang terlibat.

YB Datuk Razali pula apabila ditanya tentang pandangan beliau selaku orang yang pernah menjadi pangerusi Filem Nasional (FINAS) tentang filem ini mengatakan ini adalah satu filem yang bagus serta menarik, beliau juga mengucapkan tahniah kepada penerbit filem yang juga merupakan pengerusi Belia 4B Wilayah Persekutuan kerana mengambil tindakan berani dengan menerbitkan sebuah filem dimana zaman sekarang begitu ramai anak2 muda sudah mula memenuhi panggung.

Menurut kata penerbit filem ini juga, setiap 1 persen dari hasil jualan tiket filem ini akan disalurkan kepada Tabung Amal Belia yang mana ianya akan memberi manfaat kepada kerja-kerja kebajikan belia pada masa akan datang.

Jadi, ayuh penonton semua, kita ke panggung kita tengok kenapa Man Sewel Datang KL.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment