Tuesday 22 May 2012

MAN SEWEL DI PUTRAJAYA

Kurang 24 jam lagi akan diadakan himpunan jutaan belia di PutraJaya, program yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23hb Mei hingga 27hb Mei dan akan diisi dengan lebih dari 500 acara serta pelbagai program.

Himpunan yang mensasarkan kehadiran belia lebih dari sejuta orang itu akan berlangsung sepanjang 6 kilometer itu juga akan menjadi program ke sepuluh terbesar didunia.

Apa yang menarik kali ini, Gerakan belia 4B akan membawa para pelakon filem 'Man Sewel Datang KL' yang mana pelawak Shuib Sepah dijangka akan hadir di booth GB4B yang disediakan di dalam Himpunan tersebut.

Filem 'Man Sewel Datang KL' akan ditayangkan serentak di seluruh negara pada 31 Mei nanti, filem komedi yang pasti akan mencuit hati penonton hingga penonton tak kering gusi melihat telatah 'Man Sewel' lakonan Shuib Sepah dalam filem tersebut.

Filem yang turut dilakonkan oleh Julia Ziegler, Siti Sarah dan ramai lagi pelakon hebat ini menceritakan seorang anak muda yang tidak pernah ke Kuala Lumpur. Keinginan untuk menjadi orang Kota Metropolitan ini telah mendorong Man untuk mengikuti seorang rakannya.

Ikuti kisah percintaan Man Sewel dan segala macam pengalaman beliau di Kuala Lumpur dalam filem tersebut.

Apa yang penting esok ialah, Man Sewel akan berada di PutraJaya untuk bertemu dengan para peminat di dalam Himpunan Jutaan Belia PutraJaya.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment