Saturday 19 May 2012

SAMBUTAN HARI BELIA SABAH MERIAH

Kira-kira 20,000 belia seluruh Sabah dijangka berkampung tiga hari di Kompleks Sukan Tawau dekat sini bermula 18 Mei ini pada sambutan Hari Belia Peringkat Sabah 2012.
 
Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Datuk Ismail Mayakob berkata sambutan bertemakan 'Jadikanlah Hari Esok Lebih Baik Daripada Hari Ini" diisi dengan pelbagai aktiviti berkenaan yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

"Kita berharap masyarakat belia Tawau hadir beramai-ramai pada sambutan kali ini kerana pertama kali Tawau dipilih menjadi tuan rumah acara belia peringkat negeri," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Ismail berkata antara aktiviti sepanjang sambutan yang melibatkan agensi dan jabatan kerajaan termasuklah beberapa karnival mengenai modal insan, kegiatan sukarela, keusahawanan, kebudayaan dan kesenian dan medan belia cergas.

Katanya, semua karnival akan diisi dengan pameran, ujibakat, kempen derma darah, sukan dan permainan, promosi peluang pekerjaan oleh syarikat swasta dan menjadi pusat penyebaran maklumat untuk belia.

No comments:

Post a Comment