Sunday, 11 March 2012
Friday, 9 March 2012
GAMBAR-GAMBAR PENYAMPAIAN BANTUAN BANJIR DI AMPANG SELANGOR
Apa bila mendapat khabar dari skuad prihatin GB4B Selangor tentang bencana banjir yang melanda Ampang pada malam 7 March, Presiden GB4B Malaysia terus mengarahkan skuad prihatin untuk turun sama membantu pihak penyelamat dalam usaha menyelamat mangsa di kawasan yang terlibat.
Pada malam itu juga 3 buah pusat gerakan di buka di mana ibu pejabat GB4B Malaysia dijadikan bilik gerakan untuk memantau operasi dan menerima sumbangan, 2 buah bilik gerakan masing-masing 1 di Ampang dan Ulu Langat.
Hingga ke hari ini skuad prihatin masih lagi memerlukan barangan keperluan seperti air mineral, biskut, lampin pakai buang kanak-kanak, ubat nyamuk dan tuala wanita untuk diberikan kepada mangsa bagi meringankan beban mereka.
GB4B juga mengalu-alukan sukarelawan dalam membantu usaha untuk membersihkan kawasan kediaman yang terlibat dalam bencana alam tersebut.
Untuk memberikan bantuan atau sebarang pertanyaan boleh hubungi ibu pejabat GB4B Malaysia.. di talian 03-22829648/03-22824649
![]() |
| keadaan mangsa di pusat pemindahan |
![]() |
| bilik gerakan bantuan banjir gb4b |
![]() |
| mendengar taklimat dari skuad prihatin gb4b selangor |
![]() |
| mendengar taklimat dari skuad prihatin gb4b |
![]() |
| menurunkan barangan bantuan di bilik gerakan |
![]() |
| presiden serta pengerusi gb4b selangor sama-sama menurunkan barangan |
![]() |
| salah satu barangan sumbangan adalah iar mineral untuk di agih-agihkan kepada mangsa |
![]() |
| berehat sebentar menunggu untuk pergi ke kawasan bencana |
![]() |
| SUA juga tidak ketinggalan memberikan khidmat |
![]() |
| bersiap sedia untuk bergerak ke kawasan bencana |
![]() |
| presiden menaiki motosikal untuk ke kawasan banjir |
![]() |
| salah satu kediaman mngsa yang terlibat |
![]() |
| pelbagai barangan rumah rosak teruk akibat banjir yang melanda |
![]() |
| kenderaan juga rosak teruk akibat banjir |
![]() |
| SUA mengambil gambar rumah yang di landa bencana |
![]() |
| presiden mengagihkan air mineral dari rumah ke rumah |
![]() |
| skuad prihatin |
![]() |
| salah satu rumah yang mengalami kerosakan teruk |
![]() |
| keadaan masih lagi becak |
![]() |
| sebuah kenderaan terbalik akibat rempuhan air deras |
![]() |
| presiden melihat keadaan kereta kancil yang di hanyutkan air |
![]() |
| bantuan minuman dan makanan terus diagihkan |
![]() |
| bertemu ketua bahagian UMNO ampang di rumah mangsa |
![]() |
| presiden sedang berbincang dengan ketua UMNO bahagian ampang |
![]() |
| keadaan rumah mangsa |
![]() |
| mangsa menceritakan detik-detik cemas kepada presiden semasa lawatan |
![]() |
| melawat rumah di tepi sungai yang menerima rempuhan air paling teruk |
![]() |
| presiden berjumpa tuan rumah (baju oren) |
![]() |
| presiden baru lepas memberikan bantuan kepada mangsa |
![]() |
| president turut sama dalam mebersihkan rumah mangsa sepasang warga emas |
MOU GERAK KORPORAT DENGAN RIGHT TRACK SDN BHD
Video semasa upacara menandatangani MOU diantara Pengerusi Gerak Korporat GB4B Malaysia dengan Syarikat Right Trak Global Sdn Bhd disaksikan oleh Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia saudara Mu'amar ghadafi jamal bin Datuk Wira Jamaluddin
Thursday, 8 March 2012
AHLI GB4B MALAYSIA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PERDANA MENTERI
Seluruh ahli Gerakan Belia 4B Malaysia melalui Presiden GB4B mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan pembatalan SBPA dan kembali kepada Sistem Saraan Baru (SSM). Beliau menyifatkan ini juga adalah sebagai salah satu hadiah dari Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia kepada para belia kerana ramai dari golongan belia yang menjadi penjawat awam.
Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kpd RM250.
Bagi kawasan C pula kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kpd RM150 sebulan.
Pelarasan gaji diumumkan Perdana Menteri hari ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 dan dibayar mulai bulan ini atau April kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 7 March 2012
MAJLIS MENANDATANGANI MOU DIANTARA GERAK KORPORAT BERSAMA RIGHT TRACK GLOBAL SDN BHD
Malam ini merupakan salah satu malam bersejarah apabila sebuah syarikat Right Track Global Sdn Bhd dilantik untuk menjadi mentor kepada ahli-ahli Belia 4B. Syarikat yang merupakan sebuah syarikat milikan penuh bumiputera telah beroperasi lebih dari setahun setengah dan telah mempunyai rangkaian yang agak memberangsangkan. Berteraskan secara online trading lebih memudahkan pelanggan untuk membuat tempahan produk.
Dalam majlis ini Ketua Pegawai Eksekutif syarikat -En Khairuddin bin Abd Wahid semasa memberi ucapan beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden GB4B yang telah sanggup turun bersama-sama dalam majlis serba ringkas ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana GB4B Malaysia sanggup menerima syarikat yang diterajui oleh beliau menjadi mentor kepada ahli-ahli GB4B Malaysia.
Beliau juga amat terharu dengan kesungguhan GB4B Malaysia dalam usaha untuk menjadikan belia-belia di Malaysia sebagai usahawan.
Dalam ucapan Presiden GB4B Malaysia -Saudara Muamar Ghadafi pula, beliau mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Gerak Korporat -saudara Rizam.
Beliau juga berkata bahawa saudara Rizam telah berjaya mencapai KPI beliau selaku Pengerusi gerak korporat GB4B Malaysia.
Produk ini diyakini untuk menjadi mentor kepada GB4B apabila diselidik secara terperinci dari segi latar belakang dan keupayaan syarikat serta produk.
Dalam majlis ini juga kelihatan salah satu mentor GB4B yang hadir (piru best) yang beroperasi di utara tanah air.
Dalam ucapan Presiden lagi beliau terus mencabar syarikat Right Track untuk melahirkan 1000 org usahawan dari golongan belia.
Dan cabaran ini telah disahut dengan sahutan perkataan 'BOLEH' oleh semua hadirin yang hadir pada malam ini.
Di akhir program ini taklimat untuk menjadi menti kepada mentor ini dijalankan oleh Tengku Edman selaku speaker syarikat Right Track.

MAJLIS MESYUARAT AGUNG GB4B PERAK KE 36
Pada 4 March yang lepas telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan Gerakan Belia 4B Negeri Perak yang ke 36, majlis berlangsung di Dewan Besar Bangunan UMNO Negeri telah dirasmikan oleh Pengarah Biro Tata Negara Jabatan Perdana Menteri Negeri Perak En. Shamlan bin Zabaai.
Gerakan Belia 4B Negeri Perak mewakili seluruh ahli GB4B negeri Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Perak selaku Pengerusi Badan perhubungan UMNO negeri yang telah memberi kebenaran kepada GB4B menggunakan Dewan Besar di Bangunan UMNO Negeri yang serba indah itu.
Dalam majlis tersebut, Pengerusi GB4B Perak telah memberi tiga cabaran yang perlu diambil oleh belia pada masa ini, cabaran-cabaran tersebut ialah:
1. Sempena slogan Wellnes is the new Youth lifestyle, satu program THE BIGGEST LOSER 4B PERAK akan diwujudkan dan ahli di gesa menurunkan berat badan sejajar dengan taraf hidup yang sihat.
2. Bantuan RM 500 dari GB4B Perak akan disalurkan ke kawasan dengan syarat data dan maklumat kawasan dilengkapkan dan dihantar ke urusetia.
3. Berubah dan komited dalam 4B untuk membantu kerajaan dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13.
![]() |
| GAMBAR BARISAN JAWATANKUASA GB4B NEGRI PERAK |
![]() |
| ucapan pengerusi GB4B perak |
Saturday, 3 March 2012
PELUANG PEMBELAJARAN UNTUK BELIA
TAWARAN MENGIKUTI MENGIKUTI LATIHAN KEMAHIRAN (VOKASIONAL) TAHUN 2012
Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama 12 Institusin Latihan Kemahiran menyediakan pelbagai kursus kemahiran untuk para belia seluruh negara. Bantuan pinjaman latihan kemahiran disediakan. Syarat kemasukan hanya Boleh 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). gagal PMR/SPM juga diterima masuk. Maklumat lanjut sila klik event dibawah. Pendaftaran secara online menerusi WWW.1B1K.MY
Maklumat lanjut: http://www.facebook.com/events/346840245360392/

Thursday, 1 March 2012
YCARE-ADUAN BELIA MAJLIS BELIA MALAYSIA
Salam 1Belia 1Malaysia
Tanda keprihatinan Majlis Belia Malaysia atau MBM dalam mendengar denyutan nadi anak muda Malaysia kini didengari. Bukan hanya didengari sebaliknya akan diperjuangkan dan diselesaikan berorientasikan keperluan dan kehendak anak muda.
YCARE-ADUAN BELIA MAJLIS BELIA MALAYSIA bersedia menerima pelbagai aduan untuk pembangunan belia Malaysia menerusi platform dibawah:
Talian Bebas Tol: 1-800-88-3077
Website: www.ycare.my
facebook: http://www.facebook.com/groups/ycare
sebuah inisiatif prihatin dari JAWATANKUASA KHIDMAT MASYARAKAT DAN RAKAN MUDA, MAJLIS BELIA MALAYSIA ( JKMRM-MBM @Bro R )

Subscribe to:
Posts (Atom)