Thursday, 24 May 2012

ACARA CATWALK MEMERIAHKAN HBN PUTRAJAYA

Gambar pertandingan catwalk di HBN Putrajaya.

Beberapa orang peserta telah menyertai pertandingan fesyen di HBN sebentar tadi.

Acara yang bermula pada jam 2 petang tadi telah disaksikan oleh hampir 500 orang dan rata-rata pengunjung berpuas hati dengan fesyen dan make-up yang di pertandingkan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 22 May 2012

MAN SEWEL DI PUTRAJAYA

Kurang 24 jam lagi akan diadakan himpunan jutaan belia di PutraJaya, program yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23hb Mei hingga 27hb Mei dan akan diisi dengan lebih dari 500 acara serta pelbagai program.

Himpunan yang mensasarkan kehadiran belia lebih dari sejuta orang itu akan berlangsung sepanjang 6 kilometer itu juga akan menjadi program ke sepuluh terbesar didunia.

Apa yang menarik kali ini, Gerakan belia 4B akan membawa para pelakon filem 'Man Sewel Datang KL' yang mana pelawak Shuib Sepah dijangka akan hadir di booth GB4B yang disediakan di dalam Himpunan tersebut.

Filem 'Man Sewel Datang KL' akan ditayangkan serentak di seluruh negara pada 31 Mei nanti, filem komedi yang pasti akan mencuit hati penonton hingga penonton tak kering gusi melihat telatah 'Man Sewel' lakonan Shuib Sepah dalam filem tersebut.

Filem yang turut dilakonkan oleh Julia Ziegler, Siti Sarah dan ramai lagi pelakon hebat ini menceritakan seorang anak muda yang tidak pernah ke Kuala Lumpur. Keinginan untuk menjadi orang Kota Metropolitan ini telah mendorong Man untuk mengikuti seorang rakannya.

Ikuti kisah percintaan Man Sewel dan segala macam pengalaman beliau di Kuala Lumpur dalam filem tersebut.

Apa yang penting esok ialah, Man Sewel akan berada di PutraJaya untuk bertemu dengan para peminat di dalam Himpunan Jutaan Belia PutraJaya.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 19 May 2012

SAMBUTAN HARI BELIA SABAH MERIAH

Kira-kira 20,000 belia seluruh Sabah dijangka berkampung tiga hari di Kompleks Sukan Tawau dekat sini bermula 18 Mei ini pada sambutan Hari Belia Peringkat Sabah 2012.
 
Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Datuk Ismail Mayakob berkata sambutan bertemakan 'Jadikanlah Hari Esok Lebih Baik Daripada Hari Ini" diisi dengan pelbagai aktiviti berkenaan yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

"Kita berharap masyarakat belia Tawau hadir beramai-ramai pada sambutan kali ini kerana pertama kali Tawau dipilih menjadi tuan rumah acara belia peringkat negeri," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Ismail berkata antara aktiviti sepanjang sambutan yang melibatkan agensi dan jabatan kerajaan termasuklah beberapa karnival mengenai modal insan, kegiatan sukarela, keusahawanan, kebudayaan dan kesenian dan medan belia cergas.

Katanya, semua karnival akan diisi dengan pameran, ujibakat, kempen derma darah, sukan dan permainan, promosi peluang pekerjaan oleh syarikat swasta dan menjadi pusat penyebaran maklumat untuk belia.

Wednesday, 16 May 2012

MAJLIS PERASMIAN HARI BELIA NEGARA



KUALA LUMPUR, 15 Mei 2012 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin sempat merasmikan Hari Belia Negara peringkat
Kebangsaan di Sunway Pyramid di sini hari ini.

Hari Belia kali ini dijangka bertambah meriah dengan adanya
penganjuran Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian
Belia dan Sukan. Perhimpunan khas buat golongan belia itu seperti
tahun lepas penganjurannya, menerima sambutan memberangsangkan yang
diadakan di Putrajaya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan di hadapan kira-kira 1000 orang
belia disini, menyarankan golongan pelapis negara itu menjadi individu
yang sayangkan negara dengan menolak sebarang unsur ganas dalam
negara.

Tambahnya lagi, amanat Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak
yang mahukan belia negara menjadi pelapis berguna untuk negara akan
tercapai.

Turut hadir dalam majlis perasmian ini, Dato' Ahmad Shabery Cheek ,
Menteri Belia dan Sukan, Dato ' Sri Mustapha Mohamed, Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Himpunan Jutaan Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan akan
diadakan di Putrajaya dari 23hb hingga 27hb Mei ini.

Tuesday, 15 May 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA

Salam 1Belia 1Malaysia,

Saya serta barisan Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda Majlis Belia Malaysia dengan ikhlasnya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2012 kepada seluruh rakan-rakan belia.

Kita semua perlu bersyukur dengan suasana serta kesejahteraan yang sedang kita kecapi di Negara ini.

Ini semua adalah hasil kesungguhan semua rakyat Malaysia khususnya golongan belia yang telah mencurahkan segala bakti demi kesejahteraan dan pembangunan yang berterusan.

Kesungguhan ini dapat dilihat melalui peningkatan terhadap aktiviti kesukarelaan, keusahawanan serta kesukanan. Dunia telah mengiktiraf Belia Malaysia sebagai Belia yang berkualiti melalui kepimpinan serta Program Transformasi sedia ada.

Penubuhan YCare Majlis Belia Malaysia www.ycare.my merupakan bukti kukuh komitmen berterusan MBM terhadap pembangunan belia di Negara ini. Pelbagai inisiatif telah dan sedang diambil bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan agar dapat mencapai objektif serta menjadi platform untuk rujukan bagi belia masa kini.

Marilah bersama-sama memeriahkan lagi Himpunan Jutaan Belia 23hb-27hb Mei 2012 di PutraJaya bersama YAB Perdana Menteri Malaysia.

YCare Pemangkin Pembangunan Negara!!!

Ikhlas daripada Bro @R. Abdul Rizam Mohd Akhir. Exco Majlis Belia Malaysia dan
GB4B Malaysia
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, 14 May 2012

UCAPAN PRESIDEN GERAKAN BELIA SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2012



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum warah matullahiwabarakatuh.

Salam sejahtera, Salam 1Belia 1Malaysia.

Saya Mua'amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Haji Jamaluddin selaku Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari belia negara kepada seluruh warga-warga belia yang berada didalam dan diluar negara.

Syukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita dapat menyambut sambutan hari belia ini di negara kita dalam keadaan penuh aman damai serta harmoni.

Kita semua perlu sedia maklum bahawa tidak semua belia didalam dunia ini beruntung seperti kita di Malaysia yang dapat menyambut hari belia dalam keadaan harmoni walaupun kita mempunyai berbilang kaum, agama dan adat.

Ditambah pula kini kita semua diterajui oleh sebuah kerajaan yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan golongan belia seperti kita.

Hari ini kita (belia) telah diberikan tanggungjawab sebagai seorang yang benar-benar belia untuk menerajui dan meneruskan perjuangan demi kemajuan golongan belia di negara Malaysia yang tercinta ini.

Kita sebagai belia pada masa kini seharusnya menegakkan kedaulatan undang-undang dengan berpegang kepada prinsip kemasyarakatan secara majmuk, kita juga tidak perlu bermusuh-musuhan diantara satu sama lain hanya disebabkan oleh segelintir manusia atau sesetengah pihak yang tidak begitu menyenangi perpaduan serta permuafakatan sesama kita.

Kita seharusnya sama-sama melahirkan evolusi belia sebagai satu gerakan massa.
Evolusi belia ini sudah pastinya akan mengajak kita sama-sama memberi nafas baru kepada golongan belia agar golongan ini tidak menjadi golongan yang hanya ada pada nama sahaja.

Berasaskan kepada prinsip-prinsip rukun negara yang kita dukung bersama-sama sehingga ke hari ini, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan serta Kesusilaan.

Hidupnya golongan belia sekarang adalah atas inisiatif serta bantuan dari kerajaan yang ada pada hari ini.

Melalui Evolusi golongan belia , sebagai pewaris dan penyambung kepimpinan Negara kita hendaklah memastikan supaya para belia akan terus berkhidmat dalam memajukan negara.

Perubahan yang lebih sistematik untuk membangunkan kualiti kepimpinan Belia, meningkatkan semangat jatidiri, Patriotik dan kesukarelaan perlu kita rancang dan laksanakan secara berterusan.
Dlm evolusi belia, kita bakal melahirkan

1. Pemimpin Berinovasi

2. Generasi Belia yang kreatif

3. Belia yg Perihatin iaitu semangat KESUKARELAWANAN di kalangan belia.

4. Pertubuhan-pertubuhan belia yang melahirkan program-program lebih Inklusif

5. Belia yang mempunyai jatidiri serta sifat-sifat mulia berasas Iman dan Amal serta Kenegaraan.

6. Belia yang merdeka sosioekonomi

Oleh itu marilah kita sama-sama jayakan hari belia negara ini dalam Himpunan Jutaan Belia 23-27 May dan perhimpunan NRC 4B : EVolusi 4B pd 9 Jun ini bersama YAB Perdana Menteri Malaysia.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menasihati para-para belia serta diri saya juga, bahawasanya kita perlu mengekalkan keamanan di negara ini dengan tidak mengikuti perkara-perkara yang menyalahi serta melanggar undang-undang. Ingatlah negara ini akan kita warisi dari generasi yang ada kini dan akan kita warisi untuk generasi akan datang, Jika Tidak Kita, Siapa? Jika tidak Kini, Bila? Jika Tidak Disini, Dimana.

Akhir sekali sambutlah kata-kata keramat Gerakan Belia 4B Malaysia
BERGERAK..BERGERAK..BERGERAK!!!
Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum warahmatuulahi wabarakatuh.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, 10 May 2012

BUAT APA MAN SEWEL DATANG KL

Filem komedi arahan orang lama dalam bidang pengarahan filem Abdul Rahman Adam pasti akan mencuit hati anda apabila bertandang ke panggung pada 31 mei nanti.

Filem yang di pertontonkan kepada para wartawan serta penggiat media pada 9 mei telah menggegarkan panggung dengan gelak tawa penonton yang hadir.

Timbalan Menteri Belia Dan Sukan YB Datuk Razali Haji Ibrahim turut hadir ke preview filem 'Man Sewel Datang KL', turut bersama-sama beliau seorang pelakon dan pengarah hebat dan disegani, Datuk Yusuf Haslam.

Dalam temubual bersama-sama para penggiat media, Abdul Rahman atau lebih selesa dipanggil dengan panggilan uncle menyatakan bahawa ini adalah filem pertama beliau arahkan selepas hampir 20 tahun tidak menjalankan kerja-kerja pengarahan.

Dalam soalan yang diajukan kepada Shuib Sepah yang membawa watak Osman atau Man Sewel yang merupakan watak utama filem ini, beliau mengatakan ini adalah cabaran bagi beliau dalam melakonkan watak dalam sebuah filem.

Gandingan mantap antara Shuib serta Siti Sarah yang baru pertama kali berlakon amat membanggakan penerbit serta semua yang terlibat didalam filem tersebut.

Penerbit filem, Encik Hamizi Mat Juah berkata selepas ditanya tentang kekuatan filem ini pula menyatakan bahawa kekuatan filem ini terletak pada pengarahan serta lakonan semua para pelakon yang terlibat.

YB Datuk Razali pula apabila ditanya tentang pandangan beliau selaku orang yang pernah menjadi pangerusi Filem Nasional (FINAS) tentang filem ini mengatakan ini adalah satu filem yang bagus serta menarik, beliau juga mengucapkan tahniah kepada penerbit filem yang juga merupakan pengerusi Belia 4B Wilayah Persekutuan kerana mengambil tindakan berani dengan menerbitkan sebuah filem dimana zaman sekarang begitu ramai anak2 muda sudah mula memenuhi panggung.

Menurut kata penerbit filem ini juga, setiap 1 persen dari hasil jualan tiket filem ini akan disalurkan kepada Tabung Amal Belia yang mana ianya akan memberi manfaat kepada kerja-kerja kebajikan belia pada masa akan datang.

Jadi, ayuh penonton semua, kita ke panggung kita tengok kenapa Man Sewel Datang KL.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 9 May 2012

HIMPUNAN HARI BELIA DISOKONG OLEH GOLONGAN PROFESIONAL

PutraJaya 9 Mei: Himpunan hari Belia Negara yang bakal berlangsung di Putrajaya mendapat sokongan dari golongan-golongan bertaraf profesional.

Bertempat di Menara KBS, hampir 30 orang pengamal undang-undang menghadirkan diri untuk mendengar taklimat tentang hari belia negara nanti.

Dalam ucapan alu-aluan Timbalan Menteri Belia Sukan mengucapkan terima kasih diatas kehadiran serta sokongan yang ditunjukkan oleh para peguam yang hadir.

Beliau memberi tahu kepada hadirin bahawa himpunan ini adalah satu transformasi kerajaan terhadap belia.

Program yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 mei ini nanti sudah pasti akan membawa kearah kebaikan dan beliau berharap agar para peguam yang hadir serta berada diluar sana turut sama melibatkan diri dalam program tersebut.

Beliau juga memberitahu bahawa pada tahun in terdapat lebih 500 acara yang bakal berlangsung dan tempoh masa himpunan telah dilanjutkan daripada 3 hari pada tahun lepas kepada 5 hari pada tahun ini.

Dalam menjawab pertanyaan dari wartawan, Datuk Razali meyatakan bahawa sekretariat HBN ini telah diwujudkan sejak tahun lepas lagi dan ianya di sambung pada tahun ini dan sambutan pada tahun ini amat menggalakan.

Dan pada tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan menjemput golongan belia profesional untuk sama-sama melibatkan diri secara langsung dengan himpunan yang akan berlangsung nanti.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 8 May 2012

JOM KITA KE PUTRAJAYA

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mensasarkan Hari Belia Negara 2012 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei akan datang sebagai antara 10 karnival tahunan terbesar di dunia.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek beliau yakin KBS akan untuk mencapai tahap itu sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang menganjurkan lebih 500 acara dan mampu memikat pengunjung tempatan mahupun antarabangsa.
Tambah beliau lagi, karnival ini adalah yang terbesar di Asia dan 10 terbesar di dunia. Cuma kita mahu lihat dari segi penilaian antarabangsa supaya pada suatu masa nanti pelancong asing akan datang ke Putrajaya setiap tahun untuk melihat kepelbagaian dari segi kesenian, kebudayaan, aktiviti dan kehidupan masyarakat Malaysia. Beliau berkata sedemikian di Majlis Perjumpaan YB Menteri Belia dan Sukan dengan wakil-wakil Persatuan Hotel di Malaysia sempena Hari Belia Negara 2012 (HBN2012).
Justeru itu, beliau meminta pihak Kementerian Pelancongan dan wakil persatuan hotel memainkan peranan untuk mempromosi dan mewujudkan pakej-pakej istimewa bagi menarik pelancong tempatan dan pelancong asing datang ke Putrajaya sempena HBN 2012.

Wednesday, 2 May 2012

BELIA LEBIH BERMINAT DENGAN HIMPUNAN BELIA

KEMAMAN, 2 Mei 2012 - "Saya difahamkan jumlah mereka (belia) yang terlibat hanya dalam jumlah yang kecil. Saya yakin dan percaya majoriti belia faham apa yang berlaku sebenarnya hanya disebabkan agenda politik pembangkang," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau turut berkata penyertaan belia dalam perhimpunan BERSIH 3.0 tidak menggambarkan kemerosotan sokongan belia terhadap kerajaan.

Beliau nyata kecewa dengan tindakan pembangkang yang sanggup menaja belia ini untuk memburukkan kerajaan, tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Mereka ini datang ke perhimpunan kerana ditaja. Buktinya banyak kita boleh dapat dari youtube, blog dan laman web yang mendedahkan perkara sebenar.

"Majoriti belia tidak sukakan rusuhan, namun segelintir orang muda ini tanpa berfikir (panjang) dengan darah panas (menyebabkan mereka) mudah diracuni dan dihasut oleh puak pembangkang," katanya.

Shabeery turut meluahkan kekecewaannya dengan tindakan ibubapa yang mengheret anak kecil ke perhimpunan tersebut tanpa memikirkan akibat dan kesan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak mereka.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, 29 April 2012

JOM RAMAI-RAMAI KE HIMPUNAN JUTAAN BELIA

MUAR 28 April - Kementerian Belia dan Sukan yakin program Himpunan Jutaan Belia pada bulan depan mampu menarik dua juta belia berdasarkan 500 program dengan 1,000 aktiviti yang disediakan untuk mereka.

Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ibrahim berkata, sasaran itu tidak mustahil dicapai kerana melalui himpunan yang sama tahun lalu dengan 200 program telah berjaya mengumpulkan 1.2 juta belia dalam tempoh tiga hari ia diadakan.

"Jika angka itu menjadi kenyataan, sekali gus matlamat menjadikannya sebagai satu daripada 10 perhimpunan terbesar di dunia akan turut dicapai pada tahun ini.

"Kali ini kita akan adakan selama lima hari dan menyediakan 23 pentas di Putrajaya untuk membolehkan golongan belia mengadakan aktiviti pentas mereka sepanjang program itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Mesra Belia Daerah Muar di Dataran
Tanjung Emas, di sini hari ini.

Himpunan Jutaan Belia selama lima hari bermula 23 hingga 27 Mei itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.

Terdahulu, Razali bersama Pegawai Daerah Muar, Amran Othman berbasikal mengelilingi Bandar Diraja Muar bersama lebih 300 belia dari daerah ini.

Razali berkata, melalui penyertaan 1.2 juta belia dalam program tersebut pada tahun lalu, ia turut menyumbang 0.014 peratus atau RM102 juta kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada aktiviti perniagaan selama tempoh tiga hari itu.

Beliau percaya jumlah itu akan dapat dipertingkatkan kali ini memandangkan tempoh himpunan tersebut dilanjutkan kepada lima hari berbanding tiga hari pada tahun lalu.

Mengenai sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei ini, Razali memberitahu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan perayaan tersebut.

SENAMROBIK 4B TELUK INTAN

DI JEMPUT semua Rakyat Satu Malaysia beramai-ramai kita sertai 'Senamrobik Sihat 1 Malaysia' anjuran GERAKAN BELIA 4B KAWASAN PARLIMEN TELUK INTAN bertempat di Padang Speedy Teluk Intan pada 1 Mei 2012 @7.00 pagi..Disamping dapat beriadah menyihatkan tubuh badan dapat juga kita merapatkan silaturrahim diantara kita...

Wednesday, 25 April 2012

SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA MAJLIS BELIA MALAYSIA

Saudara Maliki (Presiden MBM) mengenakan pakaian sekolah
kepada pelajar yang terlibat dalan kejadian banjir tersebut


Belia 4B perak mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Majlis Belia Malaysia di atas keprihatinan yang diberi kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Kinta dan Tapah.

Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk mangsa banjir di Kuala Dipang terutamanya pelajar-pelajar sekolah, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perak dan Majlis Belia Daerah Kampar telah menghulurkan bantuan berupa pakaian sekolah kepada 218 pelajar iaitu dari 7 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah.

Bantuan ini disampaikan oleh Presiden MBM, Sdr Mohamed Maliki Mohd Rapiee di Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Murid & Pelajar Sekolah Daerah Kinta Selatan yang diadakan di Dewan Dato Azman Mazalan, Kampar, Perak pada jam 11 pagi tadi dengan harapan agar dapat meringankan sedikit beban mangsa banjir yang juga turut kehilangan banyak harta benda. Walau bagaimanapun, penduduk amat bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku ketika bencana tersebut.

Presiden Majlis Belia Negeri Perak, saudara Khairul Anwar El-Sazali juga turut hadir bersama dengan Pengerusi Majlis Belia Daerah
Sehubungan dengan itu juga, Pengerusi Gerakan Belia 4B Perak yang juga merupakan Presiden GB4B Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada MBM diatas keprihatinan yang telah ditunjukkan.

Beliau juga tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden MBM kerana telah sama-sama turun padang dalam usaha memberikan bantuan tersebut.


Untuk bacaan lanjut sila <klik>

Sunday, 15 April 2012

GERAKAN BELIA 4B TERUS MEMBERIKAN KHIDMAT DI KAWASAN BANJIR

Hari ini kawasan banjir di Kuala Dipang Kampar dipenuhi dengan pasukan sukarelawan dari Skuad 4B Prihatin Gerakan Belia 4B Perak. Pasukan yang diketuai oleh saudara Ibnu Rasyid yang juga merupakan Penolong Setiausaha Gerakan Belia 4B Perak turun bersama-sama dengan 150 orang ahli sukarelawan Skuad 4B Prihatin Perak.


Bantuan ini diberi keutamaan kepada kerja-kerja pembersihan rumah mangsa yang dipenuhi lumpur akibat dari banjir lumpur yang melanda di kawasan itu baru-baru ini.

Menurut kata Pengerusi Gerakan Belia 4B Perak, saudara Mua'amar Ghadafi Jamal semenjak kawasan Kuala Dipang dilanda musibah itu, Gerakan Belia 4B Perak tidak berhenti-henti memberikan bantuan bagi meringankan beban mangsa.

"Ini adalah kerja amal kami yang biasa kami lakukan dimana-mana juga kawasan yang dilanda musibah" kata beliau lagi. Ghadafi yang juga merupakan Presiden Gerakan Belia 4B berkata lagi, dalam tempoh beberapa hari ini GB4B Perak telah menurunkan sukarelawan berkekuatan lebih dari 600 orang dalam usaha membantu mangsa.

Gerakan Belia 4B dikhabarkan akan terus memberikan khidmat sehingga semua kerja-kerja pembersihan ini selesai dan mangsa dapat pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.

Sangkakala ucapkan tahniah kepada GB4B Perak yang begitu perihatin dalam membantu mangsa yang kini berada dalam keadaan yang amat memerlukan. Tahniah sekali

PROMOSI HARI BELIA NEGARA HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Thursday, 12 April 2012

BANTUAN BANJIR GB4B DI KAMPAR

Banjir yang melanda kawasan Kuala Dipang semalam menyaksikan skuad 4B Prihatin sekali lagi menghulurkan bantuan.

Antara bantuan yang diberikan kepada mangsa yang terlibat ialah air mineral, makanan kering dan sebagainya kepada mangsa banjir lumpur yang terlibat di Post Dipang, Kuala Dipang, Kampar/Gopeng/Tapah.

Menurut Pengerusi Gerakan Belia 4B Perak saudara Mua'amar Ghadafi Jamal yang juga merupakan Presiden GB4B Malaysia, bantuan ini adalah sama seperti yang dilakukan di Selangor tempoh hari.

Esok satu lagi rombongan 4B Perihatin akan turun membantu membersih rumah mangsa, Kata beliau lagi.

Sehubungan dengan itu, GB4B Perak mengalu-alukan sukarelawan yg ingin berkhidmat dalam memberi bantuan bencana ini dan kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi 4BPerihatin ditalian Ibupejabat 4B : 0322824649 atau 4B Perihatin Perak: 012-5427070 dan boleh bercakap dengan saudara Ibnu.

Menurut Ghadafi lagi, GB4B Perak juga mengalu-alukan bantuan serta sumbangan dari orang ramai untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dan antara barang keperluan yang diperlukan ialah makanan kering, air bersih, pakaian, tuala wanita dan sebagainya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 10 April 2012

STANDARD CHARTERED RAIKAN 'JOY OF RUNNING'

Putrajaya, 5 April 2012 : Tampil dengan tema "Joy Of Running", Standard Chartered Fun Run 2012, akan menganjurkan edisi keduanya di Putrajaya bersempena Hari Belia Negara yang bakal berlangsung Mei ini 
dengan sasaran 8000 peserta.

Majlis yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek membawa banyak perubahan dalam penganjuran pada kali ini, dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik buat para pengunjung selain kejohanan marathon yang dijalankan. Selain itu, kejohanan ini adalah salah satu kesinambungan bagi "Standard Chartered KL Marathon" yang merupakan antara acara besar dalam kelander sukan di Malaysia.

"Dengan adanya penglibatan syarikat-syarikat swasta dalam membantu mempromosikan acara-acara sukan di Malaysia, sedikit sebanyak mampu menarik lebih ramai lagi warga belia bagi mendekatkan diri mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah dan bermanfaat" tegas Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurut beliau lagi, di samping dapat menarik warga belia, kejohanan seumpama ini sama sekali dapat menyatupadukan dan menerap nilai kerjasama antara kaum dalam penglibatan mereka di setiap aktiviti yang dijalankan.

Pada penganjuran kali ini, pihak penganjur telah menambah pelbagai kategori untuk menarik penyertaan lebih ramai lagi lapisan masyarakat di Malaysia antaranya, 'staff running, men's and women's international open, staff with kids, special run, custome run and celebrity run'. Penganjuran ini juga, adalah untuk memberi peluang kepada semua peserta bagi persediaan dan latihan fizikal untuk menghadapi 'KL Marathon' Jun ini.

"Kejohanan ini sememangnya memberi impak yang tersendiri dengan wujudnya pelbagai kategori-kategori menarik dan pengisiannya yang dinamik, bertenaga dan berani." jelas Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia Berhad,Osman Morad.

Hadir sama pada majlis perasmian, aktor hebat, Fizo Omar, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik, Dato' Zaidon Bin Hj. Asmuni, Timbalan Ketua Setiausaha Antarabangsa dan Pengurusan, Datuk Jamil Bin Salleh, Pegawai-Pegawai Kementerian Belia dan Sukan dan para media.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 7 April 2012

RUMAH ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN GB4B PERAK

Pada 5 April yang lepas telah diadakan bacaan Yassin di rumah anak yatim Nurul Iman Kg Manjoi Ipoh Perak. Pengerusi GB4B Perak yang juga merupakan Presiden GB4B Malaysia turut sama hadir dalam majlis tersebut.

Pada keesokan harinya pula GB4B Perak telah memberikan sumbangan kepada rumah anak yatim tersebut dan barangan itu terdiri daripada 20 unit rak buku tiga tingkat, 2 unit rak buku lapan tingkat serta 12 unit tilam baru kepada rumah anak yatim tersebut.

GB4B Perak mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan saudara Pengerusi yang telah memberikan bantuan ini dan dikelolakan oleh GB4B Tambun.

Rumah anak yatim Nurul Iman terlibat dalam banjir yang melanda Manjoi baru-baru ini dan bantuan serta sumbangan ini amat bermakna dalam membantu anak-anak yatim di rumah tersebut.

HARI BELIA NEGARA 2012 BERTARAF DUNIA

Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa golongan belia merupakan kuasa besar dalam sistem ekonomi negara dalam menjelaskan terjemahan
kementerian terhadap keberkesanan Program Himpunan Jutaan Belia 2011 yang lalu untuk golongan belia secara keseluruhannya. Beliau menjelaskan perkara berkenaan dalam menjawab pertanyaan Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh YB Batang Sadong, Puan Hajah Nancy Haji Shukri.

Jelas beliau, kajian impak ekonomi oleh pihak MITI (Ministry of International Trade and Industry) menyatakan bahawa program himpunan tersebut telah memberi kesan pengganda ekonomi sebanyak RM 110 juta melalui jumlah perbelanjaan pengunjung, sektor kerajaan, sektor swasta dan NGO sekaligus menyumbang kepada nilai ditambah ekonomi sebanyak 0.014% daripada nilai KDNK tahun 2010.

Dianggarkan seramai 1.1 juta pengunjung hadir di Putrajaya sepanjang 3 hari himpunan tersebut diadakan dengan purata perbelanjaan sebanyak RM100 seorang.
Sejurus selesai menjawab pertanyaan Dewan Rakyat, satu sidang media diadakan di lobi Dewan Rakyat bagi mempromosikan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya 2012 yang akan diadakan pada 23-27 Mei 2012. Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa pada tahun ini, lebih 500 program dan aktiviti diadakan daripada 38 segmen.

Himpunan 5 hari ini akan melibatkan 6 KM sekitar kawasan Putrajaya, 1000 orang artis dan penghibur, 22 buah pentas dan sasaran penyertaan seramai 2 juta belia. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Borhan Dolah.

Selain itu juga, beliau berhasrat untuk menjadikan himpunan ini salah satu 10 himpunan terbesar di dunia.

Disediakan oleh : (Sekretariat HBN 2012)

Friday, 6 April 2012

TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI PERAK

Kerajaan Perak memperkenalkan tiga program baru bagi menjana ekonomi golongan belia di negeri berkenaan, tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, berkata program pertama yang diwujudkan ialah skim pinjaman mikro-kredit Aman Jaya yang membabitkan peruntukan RM1 juta.

Selain itu, program kluster ekonomi keluarga turut diperkenalkan bagi membolehkan anak meneruskan perniagaan keluarga.

“Program ketiga yang diperkenalkan untuk menjana ekonomi belia tahun ialah usahawan tani di bawah seliaan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri (SADC) yang membabitkan tempoh latihan selama 12 bulan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin berkaitan usaha dilaksanakan kerajaan bagi membantu golongan belia menjana pendapatan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Rosli Husin (BN-Trong) prestasi hambar pasukan Seladang dalam Liga Super, Zainol Fadzi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), beliau berkata pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk menamatkan khidmat seorang pemain import yang menunjukkan prestasi hambar.

Selain itu, PAFA juga katanya, tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada kerajaan negeri.
“Ketika ini pasukan Seladang berada di tangga ketujuh Liga Super dan bakal bertemu dengan pasukan Kuala Lumpur pada malam esok,” katanya.

Menjawab soalan samada pembayaran kepada kedua-dua pemain import itu berbaloi atau sebaliknya, Zainol Fadzi berkata, jumlah gaji yang dibayar kepada pemain import adalah setara dengan gaji pemain kebangsaan.

Memandangkan prestasi salah seorang pemain import tidak memuaskan, pengurusan PAFA mengambil keputusan untuk menamatkan khidmat pemain berkenaan bermula April ini.
“Ketika ini, PAFA dalam proses pemilihan pemain import baru kerana kita diberi tempoh sehingga 16 April ini untuk menukar pemain tempatan dan import,” katanya lagi.

Monday, 2 April 2012

GOTONG ROYONG BUDAYA 4B

Semalam telah diadakan gotong royong membaik pulih jalan yang turut di serta oleh Pengerusi GB4B Negeri Perak merangkap Presiden GB4B Malaysia saudara Mu'amar Ghadafi Jamal di Parit Buntar.

Program ini juga melibatkan seluruh warga kampung yang terlibat dan ianya telah terlaksana dengan sikap tolong menolong diantara penduduk kampung tanpa mengira peringkat umur.

Mengikut kata Mu'amar Ghadafi, program sebegini adalah budaya Gb4B itu sendiri dan budaya ini harus dikembalikan demi untuk kepentingan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Beliau juga berharap agar kerja amal GB4B ini mejadi ikutan bagi semua persatuan atau pertubuhan dalam meningkatkan hubungan silaturrahim sesama manusia.