Sunday, 14 April 2013

Check out my photos on Facebook

Sangkakala Kamal wants to share photos and updates with you.
Sangkakala has invited you to Facebook. After you sign up, you'll be able to stay connected with friends by sharing photos and videos, posting status updates, sending messages and more.

Check out my photos on Facebook

Sangkakala Kamal wants to share photos and updates with you.
Sangkakala has invited you to Facebook. After you sign up, you'll be able to stay connected with friends by sharing photos and videos, posting status updates, sending messages and more.

Thursday, 28 March 2013

@Muaamarghadafi KARNIVAL ASTRO FIESTA MESRA BELIA 1MALAYSIA PARLIMEN PARIT

Pada 29 hingga 31 Mac 2013 ini akan dilangsungkan Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia Parlimen Parit di sekitar Pekan Bota Kanan.
karnival ini dibawakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan ASTRO, dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah, Pusat Khidmat AHli Parlimen Parit, UMNO Bahagian Parit dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit.
 
Selaku Pengerusi Penganjur yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit, Sdr Khairul Shahril Mohamed, berbagai aktiviti dan program akan dijalankan pada tarikh berkenaan.

Bermula dengan 29 Mac akan diadakan wayang pacak pd sebelah malam di Pdg SMK DARY, Bota, pada 30 Mac pula akan berlangsung acara funride, pertandingan gubahan & masakan, pertandingan pakaian beragam & mewarna kanak-kanak, sukan rakyat, pertandingan tarik tali, pertandingan dam aji & karom, mencari mencuba go kart, flying fox, pocket bike & go kart, pertandingan karaoke, derma darah, pemeriksaan kesihatan & gigi percuma, pameran agensi, himpunan big bike & auto show dan persembahan artis terkenal di sebelah malam. manakala pada 31 Mac akan diadakan Karnival Sukan seperti Futsal Padang, Bola Jaring 3on3, Badminton & Sepak Takraw.
 
Kemuncaknya pada malam 31 Mac 2013 akan berlangsung Ceramah Perdana oleh penceramah terkenal A.F. Ustad Kazim Elias Al Hafiz pada jam 9 malam di Padang SMK DARY.
 
"Kita menjangkakan kehadiran orang ramai seramai 15 ribu sepanjang program ini berlangsung yang mana kita berharap dapat menarik minat orang ramai dari sekitar Parlimen Parit dan kawasan berhampiran seperti dari Ayer Tawar, Beruas, Manong, Batu Gajah, Kampung Gajah dan Ipoh."
 
"Disamping itu, program ini meliputi penyertaan semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa dan penekanan kepada penyertaan golongan muda dan sesuai dengan tema BN Pilihan Orang Muda."
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 12 February 2013

SENARAI JAWATANKUASA BARU KAWASAN IPOH BARAT

Tahniah diucapkan kepada Pengerusi dan Ahli JawatanKuasa yang baru Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Ipoh Barat.

Berikut adalah senarai jawatankuasa yang baru kawasan sessi 2012-2015


Pengerusi Tetap: Shamsul Baharin Putra
Timb. Peng Tetap: Mustafa @ Faisal b. Mohd Salleh

Pengerusi: Mohd Iqbal Jamal bin Datuk Wira Jamaluddin.

Naib Pengerusi: Saudara Amin Nor Fikri bin Yusof

Naib Peng. Wanita: Puan Isfarina bt Mohd Bali

AJK : Shahrin Zawawi
Zulkifli Rawi
Hamzah bin Datuk Hamdan
Amir Izwan
Nurul Hanizam
Muhamad Mushairi bin Mohd Johari
Effi NoorHeizi bin Noordin
Mohd Farid bin Zamri
Nor Hisam bin Adnan
Zuhaida bt Mohd Bali

Pemeriksa kira kira : Hanif Zubir
: Mior Khuzairul Azlan


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TAHNIAH KEPADA 4B IPOH BARAT YANG MENJALANKAN MPAT KAWASAN

Gerakan Belia 4B Peraka mengucapkan jutaan tahniah kepada GB4B Ipoh Barat yang mengadakan Mesyuarat Agung Pemilihan Kawasan pada pagi ini di kediaman YBhg Datuk Wira Jamaluddin Setiausaha Agung Alumni GB4B Kebangsaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu negaraku dan lagu 4b seterusnya tontonan video ucapan Perdana Menteri sempena himpunan Gerakan Belia 4B di ICT di Shah Alam.

Dalam ucapan aluan Pengerusi Kawasan, Saudara Mohd Faizal Jamal bin Datuk Wira Jamaluddin, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang hadir pada pagi ini.

Beliau juga mengatakan bahawa mesyuarat perwakilan kali ini adalah mesyuarat untuk memilih kepimpinan di peringkat kawasan, beliau juga mengharapkan agar kesinambungan belia ini dapat diteruskan.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Saudara Mua'amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Jamaluddin.

Beliau berkata sekiranya semangat seperti ini yang ditunjukkan oleh para perwakilan, insyaallah Gerakan Belia 4B Malaysia kawasan Ipoh Barat akan terus maju.

Beliau juga berkata bahawa beliau dimaklumkan bahawa pada hari ini akan ada perpindahan tampuk kepimpinan di kawasan Ipoh Barat dan insyaallah dengan kepimpinan baru ini akan lebih memajukan kawasan Ipoh Barat.

Seterusnya pula ucapan perasmian oleh YBhg Datuk Wira Jamaluddin bin Abd Rahim, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjemput beliau sebagai perasmi dalam majlis pagi ini.

Beliau juga bersyukur kerana hari ini beliau telah melahirkan pemimpin yang mewarisi beliau dalam kepimpinan 4B, ini adalah perkara yang belum pernah terjadi dimana anak yang sulong memegang jawatan pengerusi kawasan dan anak kedua memegang jawatan Presiden 4B Malaysia.

Dalam ucapan beliau tadi, beliau mengingatkan kepada para belia supaya jangan tunduk kepada anasir anasir yang membawa kepada kehancuran belia.

Belia hari ini perlu mempertahankan kedaulatan negara agama dan bangsa kerana pada hari ini kedudukan belia adalah sebagai pewaris kepimpinan dimasa akan datang.

Beliau juga berkata, sekiranya belia hari ini tidak bangkit mempertahankan apa yang dirasakan sebagai hak mereka dalam mempertahankan agama bangsa dan negara nescaya satu hari nanti tidak akan ada apa yang tinggal lagi kepada generasi akan datang.

Seterusnya dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, beliau dengan berbesar hati merasmikan mesyuarat agung perwakilan Gerakan Belia 4B Ipoh Barat.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, 6 September 2012

Reminder: Pusak Gagah invited you to join Facebook...

facebook
Pusak Gagah wants to be your friend on Facebook. No matter how far away you are from friends and family, Facebook can help you stay connected.
Other people have asked to be your friend on Facebook. Accept this invitation to see your previous friend requests
Pusak Gagah
147 friends
Accept invitation
Go to Facebook
This message was sent to gerakanbelia_4b.155155@blogger.com. If you don't want to receive these emails from Facebook in the future or have your email address used for friend suggestions, please click: unsubscribe.
Facebook, Inc. Attention: Department 415 P.O Box 10005 Palo Alto CA 94303

Wednesday, 29 August 2012

UCAPAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN DARI PRESIDEN GB4B MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Saya selaku Presiden GB4B Malaysia mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan dengan penuh rasa syukur dan penuh rasa keinsafan.

Ini kerana, kita semua selaku golongan muda belia ini sudah pasti tidak akan merasai kenikmatan hidup dalam keadaan aman dan damai sekiranya kemerdekaan negara tidak dapat kita kecapi 55 tahun yang lalu.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih bagi pihak ahli GB4B Malaysia serta seluruh para-para belia kepada pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang telah sanggup menggadai nyawa demi kenikmatan dan kemakmuran pada hari ini.

Bertepatan dengan slogan hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu 'Janji DiTepati' kita telah melihat bahawa kerajaan yang ada pada masa kini memang telah membuktikan bahawa segala janji yang diberikan kepada rakyat serta negara senantiasa ditepati demi keselesaan rakyat dan pembangunan negara.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan belia supaya tidak mensia-siakan kemerdekaan yang telah kita kecapi hasil dari perit jerih nenek moyang kita terdahulu dan kita selaku golongan muda ini perlu serta wajib mempertahankan kemerdekaan ini demi untuk kesinambungan anak cucu kita nanti pula.

Akhir sekali saya juga menyeru kepada sahabat kepimpinan dan seluruh ahli 4B Malaysia serta sahabat Belia supaya mengadakan majlis Tahlil dan Kesyukuran di semua peringkat 4B Malaysia, Negeri, Kawasan dan cawangan. Terutamanya pada malam Merdeka itu sendiri. Kibarkan jalur gemilang!

Terima kasih.
1Malaysia, Janji Ditepati.
Bersatu, Belajar, Bekerja, Berkhidmat
'BERGERAK! BERGERAK! BERGERAK!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, 26 August 2012

Reminder: Pusak Gagah invited you to join Facebook...

facebook
Pusak Gagah wants to be your friend on Facebook. No matter how far away you are from friends and family, Facebook can help you stay connected.
Other people have asked to be your friend on Facebook. Accept this invitation to see your previous friend requests
Pusak Gagah
140 friends
Accept invitation
Go to Facebook
This message was sent to gerakanbelia_4b.155155@blogger.com. If you don't want to receive these emails from Facebook in the future or have your email address used for friend suggestions, please click: unsubscribe.
Facebook, Inc. Attention: Department 415 P.O Box 10005 Palo Alto CA 94303

Sunday, 12 August 2012

Reminder: Pusak Gagah invited you to join Facebook...

facebook
Pusak Gagah wants to be your friend on Facebook. No matter how far away you are from friends and family, Facebook can help you stay connected.
Other people have asked to be your friend on Facebook. Accept this invitation to see your previous friend requests
Pusak Gagah
120 friends
Accept invitation
Go to Facebook
This message was sent to gerakanbelia_4b.155155@blogger.com. If you don't want to receive these emails from Facebook in the future or have your email address used for friend suggestions, please click: unsubscribe.
Facebook, Inc. Attention: Department 415 P.O Box 10005 Palo Alto CA 94303

Thursday, 26 July 2012

Take a look at my photos on Facebook

facebook
Pusak Gagah wants to share photos and updates with you.
Pusak has invited you to Facebook. After you sign up, you'll be able to stay connected with friends by sharing photos and videos, posting status updates, sending messages and more.
View Pusak's Photos
This message was sent to gerakanbelia_4b.155155@blogger.com. If you don't want to receive these emails from Facebook in the future or have your email address used for friend suggestions, please click: unsubscribe.
Facebook, Inc. Attention: Department 415 P.O Box 10005 Palo Alto CA 94303

Friday, 20 July 2012

UCAPAN TAHNIAH BUAT SAUDARA SAIFUL ADLI

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Saiful Adli Mohd Arshad pengerusi gerakan belia 4B Teluk Intan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi GB4B Perak diatas penerimaan Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Perak.

Beliau yang juga merupakan seorang peguam sememangnya dikenali di kawasan Teluk Intan atas kerja-kerja kemasyarakatan serta kebajikan melalui GB4B Teluk Intan.

Dalam pentas politik pula, beliau yang juga Naib Ketua Pemuda bahagian Teluk Intan sangat aktif didalam menjayakan program-program terutamanya yang menjurus kearah orang-orang muda.

Pun begitu, kekangan masa sebagai seorang peguam tidak menghalang beliau daripada terus berkhidmat sebagai seorang pemimpin Pertubuhan atau badan bukan kerajaan dengan mengambil kira semua aspek termasuklah kebajikan ahli dan masyakat keliling.

Gerakan Belia 4B Perak mewakili seluruh ahli disemua peringkat amat berbangga dengan dengan pencapaian serta prestasi yang ditunjukkan oleh beliau dalam memegang amanah sebagai seorang pemimpin yang memimpin begitu ramai anak-anak golongan muda dari kalangan ahli 4B.

Penghargaan dan anugerah ini adalah bukti kemampuan beliau sebagai seorang pemimpin yang disegani, tegas serta berhemah.

Mua'amar Ghadafi Jamal yang juga merupakan Presiden GB4B Malaysia juga melahirkan rasa bangga beliau dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah.

Gandingan rapat kedua-dua pemimpin serta kepimpinan belia yang lain sudah pastinya akan membawa perubahan terhadap belia dimasa kini dan akan datang. Tahniah sekali lagi. BERGERAK-BERGERAK-BERGERAK
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, 1 July 2012

PROGRAM SANTAI 'JOM' TENGOK BOLA AMAT MERIAH



Demam bola sepak Euro 2012 akan berakhir pada malam ini yang akan menunjukkan kehandalan dua pasukan gergasi dunia dalam merebut piala yang boleh dikatakan berprestij di Eropah itu selain dari piala dunia.

Dalam usaha mendekati para belia malalui permainan bola sepak ini, Gerakan Belia 4B Perak telah mengambil satu inisiatif bermula pada 15 Jun yang lalu dengan mengadakan program santai 'Jom Makan Durian EURO 2012' di pekan Kuala Kurau.





Program yang disambut dengan kehadiran melepasi jangkaan ini telah dihadiri hampir 5000 orang di sekitar Kuala Kurau pada malam tersebut.





Mengikut kata Pengerusi GB4B negeri Perak yang juga merupakan Presiden GB4B Malaysia, durian durian ini telah dibawa oleh Jawatan Kuasa 4B negeri Kedah dan Pulau Pinang. Program ini juga telah mendapat kerjasama dari Penyelaras DUN Kuala Kurau, Jabatan Belia dan Sukan, Pejabat Penghulu, Pergerakan Pemuda UMNO serta Pegawai Daerah yang sama-sama berganding bahu dalam menjayakan program tersebut.

Dan pada malam ini sekali lagi program yang sama akan diadakan, dan kali ini ianya akan diadakan di pekan Parit Buntar yang dijangkakan akan turut sama dihadiri oleh  Datuk Ismail Safian Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak yang akan bersama-sama dengan penonton serta peminat bolasepak pada malam ini.

Menurut saudara Presiden 4B, durian malam ini akan dibawa dari Balik Pulau, Pulau Pinang dan roti canai juga disediakan pada malam ini dan ianya dimasak oleh saudara Amirul ketua cawangan GB4B Taman Sri Semarak.

Dijemput semua untuk hadir bersama-sama pada malam ini bagi memeriahkan program 'Jom Makan Durian' Euro 2012.

Friday, 1 June 2012

JAWATAN KUASA KHAS DITUBUH

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat insiden kemalangan semasa sesi ujian perlumbaan drag sempena sambutan Hari Belia Negara baru-baru ini.
    
Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jawatankuasa itu akan turut dianggotai wakil Persatuan Permotoran Malaysia.
    
"Perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan Kabinet semalam jadi sehingga hasil siasatan dikeluarkan, saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak," katanya kepada pemberita semalam.
    
Terdahulu, beliau melawat untuk kali kedua tiga mangsa kejadian itu yang masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
    
Dalam kejadian 27 Mei lepas, 17 penonton cedera termasuk empat parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara itu terbabas semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar bermula.
    
Ahmad Shabery berkata kementerian bersedia mengambil segala tanggungjawab walaupun banyak langkah keselamatan telah diambil termasuk penyediaan ambulans.    

Ditanya mengenai pampasan yang akan diberikan, beliau berkata soal itu tidak timbul kerana tiada pihak bersalah dalam kejadian itu, bagaimanapun pihaknya serta penganjur perlumbaan akan membantu misalnya untuk kos perubatan serta kos lain yang berkaitan.
    
Sementara itu, katanya, mulai tahun depan Himpunan Jutaan Belia akan dijenamakan menjadi Festival Belia Putrajaya, bertujuan melonjakkan imej perhimpunan itu ke tahap baru.
    
Berhubung teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai penganjuran konsert K-Pop yang disifatkannya sebagai kurang sopan, Ahmad Shabery berkata pihaknya menerima teguran itu dengan positif dan akan memperbaiki kelemahan di masa akan datang.
    
"Saya minta maaf sekiranya ada satu dua perkara dirasakan tidak sesuai, dan pada masa sama, saya hendak menjadikan himpunan itu satu festival yang merangkumi semua aspek, bukan sukan dan hiburan sahaja, tetapi modal insan dan pembangunan intelektual," katanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, 27 May 2012

PEMINAT TEGAR GB4B MALAYSIA

Gambar diatas adalah gambar yang sempat penulis ambil semasa hari terakhir HBN di PutraJaya malam ini.

Beliau memperkenalkan namanya sebagai Bau Harum bin Ibrahim yang mana beliau menyatakan kepada penulis bahawa beliau amat meminati GB4B Malaysia.

Tahniah penulis ucapkan kepada beliau yang begitu meminati GB4B Malaysia dan berharap akan ada ramai lagi yang begitu taksub dengan GB4B Malaysia..

BERGERAK
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MENTERI BELIA PRIHATIN DENGAN KEMALANGAN DI PUTRAJAYA

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik tadi berada di Hospital Putrajaya untuk melawat mangsa dan keluarga akibat kemalangan pertunjukan perlumbaan drag, sempena Hari Jutaan Belia 2012 disini, malam tadi.

Sebelum itu, seramai 17 penonton perlumbaan mengalami kecederaan termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut itu.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Salah seorang mangsa, Ami bin Nakim, 26, berasal dari Bahau, Negeri Sembilan, mengalami patah kedua-dua kakinya sementara adiknya yang turut sama menyaksikan perlumbaan drag tersebut, hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kemalangan itu dan menganggapnya sebagai perkara biasa terjadi dalam sukan permotoran.

Shaari bin Ujang, 59, Felda Bukit Rokan dan bapa kepada Mohd Iskandar Rashiq, 20, salah seorang mangsa kemalangan memberitahu wartawan anaknya mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala, masih lagi menjalani rawatan.

Hamidah binti Zainal Abidin 51, Cheras, ibu kepada Fairus bin Jalaluddin, 27, turut mengesahkan anaknya terlibat dalam kemalangan malam tadi. Anak beliau kini berada di wad pembedahan dan mengalami kecederaan limpa pecah dan luka di hati.

Kesemua keluarga mangsa yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana mana pihak dalam kejadian tersebut.

Kesemua keluarga mangsa menganggap kejadian tersebut harus dijadikan iktibar kepada semua yang terlibat, malah mengakui minat yang mendalam anak-anak mereka terhadap sukan permotoran itu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SOKONGAN PADU BELIA KEPADA KERAJAAN

Golongan belia memberikan reaksi positif bagi menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kepimpinan Perdana Mentari, Datuk Seri Najib Tun Razak atas semua usaha yang telah beliau lakukan kepada golongan itu.

Reaksi tersebut sempat dirakamkan oleh jurukamera KL POS selepas Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapannya semasa Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012.

Wakil Belia Sabah, Zyee mengatakan penganjuran Himpunan Jutaan Belia tahun ini merupakan salah satu tindakan bijak kerajaan bagi meraikan para belia dari seluruh negeri sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk berkumpul dan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Sementara itu, Ahmad Syawal wakil belia 4 Malays berkata kepimpinan beliau tidak dapat diragui lagi kerana beliau sentiasa berusaha dalam menjadikan Malaysia kearah negara maju.

"Beliau (Najib) berjaya mengumpulkan golongan belia seramai dua juta orang dan itu membuktikan beliau begitu bersungguh-sungguh untuk memajukan belia.

Saya berharap program seperti ini dapat dianjurkan setiap tahun kerana ia dapat memberi peluang kepada belia melakukan aktiviti yang berfaedah," katanya.

Norsyafina Md. Nor yang datang bersama rakan-rakan lain daripada Sabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Mentari kerana telah membuat pelbagai usaha terhadap pembangunan masa depan para belia.

Wakil Belia Manjung, Khairil Azuan Ariffin menegaskan bahawa tiada lagi pemimpin yang terbaik selain Perdana Menteri dan kerajaa sedia ada kerana mereka sentiasa berinovasi dalam menjayakan program yang berkaitan dengan belia.

"Belia seharusnya memberikan komitmen yang baik kepada kepimpinan beliau kerana kita sudah hidup di dalam negara yang aman dan beliau sentiasa melakukan yang terbaik untuk keamanan negara ini, " katanya yang juga merupakan Pengerusi Belia Lumut.

Sementara itu, wakil belia Kapar, Amirul Faez Samiran berkata, perhimpunan seperti inilah yang diinginkan oleh belia kerana mereka dapat merasai yang diri mereka dihargai oleh pihak kepimpinan tertinggi Malaysia.

"Terima kasih kepada pucuk pimpinan negara dan kementerian yang terlibat menganjurkan HBN dan kami (belia Kapar) berharap beliau akan terus berjuang untuk kemajuan negara ini," ujarnya.

Wakil Belia Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Mohd. Ali berkata kepimpinan beliau sungguh bermakna dan berharap semua belia khususnya di Pulau Pinang akan sentiasa maju dengan kepimpinan beliau.

" Kami sangat yakin dengan kepimpinan beliau dan kerana itulah kami wujudkan 'Najib Adalah Jaguh Aspirasi Belia' sempena dengan huruf pertama daripada nama beliau.

"Harapan kami agar program seperti ini dapat diteruskan kerana secara tidak langsung belia dapat menimba ilmu dan melakukan aktiviti yang berfaedah," katanya disertai dengan sorakan menyokong Perdana Menteri.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KEAMANAN ADALAH KEINGINAN BELIA TANAHAIR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan majoriti belia yang hadir di perhimpunan semalam sebagai mereka yang cintakan keamanan serta tahu menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen.

Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara tidak mampu bergantung harap kepada belia yang 'demo crazy' (gila demonstrasi).

"Kalau kita melakarkan imej seorang yang liar yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan maka ini bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan kita.

"Begitu juga dengan mereka yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis, bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan negara," katanya.

Perdana Menteri turut menggariskan lima ciri belia bagi negara untuk bergantung harapan, iaitu, mereka yang cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang.

"Yang boleh jadi contoh adalah saudara saudari yang berhimpun di himpunan belia di sini. Majoriti adalah belia macam saudara saudari, jangan biarkan segelintir belia hijack agenda dan imej negara kita," kata Najib.

"Saya nak tunjuk imej himpunan kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai pun anggota polis.

"Polis pun agak lega, polis pun tak rasa cemas, orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini.

"Belia bukan 'demo crazy' tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa dengan penuh bijaksana," kata Perdana Menteri.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MATLAMAT HBN TERCAPAI

Golongan belia masa kini lebih matang dalam membuat penilaian dalam memilih pucuk kepimpinan terbaik yang mampu memberi pembaharuan bagi menjamin masa depan mereka.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, belia semakin bijak memilih pihak mana yang lebih layak memikul tanggungjawab memimpin negara ini.
 
" Belia yang sentiasa berada dibelakang kerajaan bukanlah atas dasar paksaan, tetapi mereka sendiri bijak membuat pilihan (memilih kerajaan),"katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012 di sini hari ini.
 
Menurut Najib, kejayaan negara bukan sahaja boleh diukur dengan adanya bangunan yang berdiri megah, malah ia dapat diukur dengan nilai kemasyarakatan.
 
"Golongan belia yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi adalah belia yang berhimpun secara aman, melontarkan rasa cintakan keamanan negara, beradab serta menghormati undang- undang negara dan bukan menjadi belia yang suka melakukan keganasan," katanya disertai dengan sorakan para belia.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.

Pada majlis yang sama, beliau telah menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Perdana Belia Negara sempena Himpunan Jutaan Belia tahun ini.
 
Tambah beliau, sasaran kementerian tercapai apabila berjaya menghimpunkan lebih kurang dua juta belia dari seluruh negeri.
 
"Tahun lepas kita telah mencapai sasaran seramai sejuta belia dan tahun ini menterinya (Datuk Ahmad Shabery Cheek) telah berjaya menyahut cabaran saya apabila berjaya mencapai sasaran seramai dua juta belia," katanya.
 
Selain itu, Najib turut berkata tema Hari Belia Negara 2012 iaitu 'Jadilah Esok Lebih Baik Dari Hari Ini' amat bersesuaian kerana dari semasa ke semasa pihak kerajaan telah berjaya membawa pembaharuan dan pembangunan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 26 May 2012

PETIKAN UCAPAN PRESIDEN GB4B DALAM MAJLIS PERASMIAN TABUNG AMAL GB4B MALAYSIA

Cabaran para belia masa kini adalah untuk menyediakan belia seiring dengan perkembangan dan kemajuan Negara.

Belia2 perlu dilengkapkan dgn sikap pemikiran yg matang,kemahiran yg mantap, ilmu pengetahuan yg meluas dan pelbagai tdk lupa juga sesuatu yg lbh penting, setiap belia mesti mempunyai daya tahan yg jitu utk bersaing.

Bertepatan dgn keperluan tersebut maka sempena Hari Belia Negara 2012 ini pihak kami menyediakan para belia dengan Karnival, pameran, aktiviti dan sebagainya 1Belia 1Kemahiran, Education Fair dan Rakan 4Biz sebagai pendedahan serta pengetahuan ke arah matlamat dan tujuan tersebut.

Program Mentor Mentee Usahawan Belia Malaysia melalui Program Rakan 4Biz yg telah dilancarkan pd HBN 2011 yg lalu kini sdg dlm proses pengembangan & pengukuhan. Kerjasama serta gabungan tenaga pihak Gerak Korporat, Mentor yang dipilih akan mencurahkan bimbingan, kemahiran serta ilmu pengetahuan ttg budaya keusahawanan kepada belia-belia yang menjadi Mentee.

Ada pelbagai jenis bidang perniagaan yang boleh dipilih oleh belia-belia untuk terlibat.

Gerak Korporat, Gerakan Belia 4B Msia telah menubuhkan Sekretariat Rakan 4Biz untuk memantau serta memastikan objektif dan sasaran program ini tercapai. Syabas & tahniah kpd Gerak Korporat, mudah2an sasaran 50 org Mentor dan 1,000 Mentee akan dicapai pada penghujung tahun ini.

Belia-belia perlu banyak berperanan dalam agenda pembangunan negara. Sbb itulah kita para belia seharusnya menolak sekeras-sekerasnya sebarang bentuk provokasi yg boleh menggugat ketenteraman & keamanan Negara.

Justeru pelbagai program pembangunan telah dicipta dan diinnovasikan sbg pelan tindakan & pembangunan para belia.

Kita juga tdk lupa utk mendidik belia agar senantiasa bersyukur dgn apa yg diperolehi, jangan ada politik kotor sehingga melampaui batasan agama dan Adabul Ikhtilaf. Sehingga gambar Dato' Seri Najib yang tercinta ini, dikalungkan dengan bunga yang melambangkan kebiadapan dan keangkuhan kelompok belia yang menjadi mangsa ahli politik kotor.

Tidak guna ada pelajaran, ada agama tetapi sering diperalatkan. Kami juga tidak lupa dalam membangunkan belia melalui keusahawanan, kebudayaan, sahsiah, sukan dan macam-macam lagi.

Setiap belia juga mesti dididik mempunyai sikap prihatin.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KHALID NORDIN BANGGA DENGAN BELIA

Datuk Seri khalid Nordin berkata kerajaan akan menjadi lebih komited dalam membela nasib golongan belia.

Beliau berkata dalam ucapan sempena Pelancaran Tabung Amal anjuran GB4B di booth GB4B sebentar tadi.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua para belia yang bersama-sama dalam menjayakan transformasi kerajaan dan mahu bersama-sama kerajaan dalam menjayakan usaha memajukan negara.

Beliau juga berkata bahawa belia pada hari ini sudah lebih matang dan ini adalah satu kejayaan kepada kerajaan dalam membentuk generasi muda atau generasi akan datang yang lebih berkualiti.

Beliau juga merasa bangga kerana telah menjadi pemimpin kepada generasi yang begitu aktif dalam usaha memajukan diri dan beliau juga amat yakin dan percaya bahawa kerajaan akan sentiasa bemberi bantuan serta galakan kepada golongan belia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KHALID NORDIN BANGGA DENGAN BELIA

Datuk Seri khalid Nordin berkata kerajaan akan menjadi lebih komited dalam membela nasib golongan belia.

Beliau berkata dalam ucapan sempena Pelancaran Tabung Amal anjuran GB4B di booth GB4B sebentar tadi.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua para belia yang bersama-sama dalam menjayakan transformasi kerajaan dan mahu bersama-sama kerajaan dalam menjayakan usaha memajukan negara.

Beliau juga berkata bahawa belia pada hari ini sudah lebih matang dan ini adalah satu kejayaan kepada kerajaan dalam membentuk generasi muda atau generasi akan datang yang lebih berkualiti.

Beliau juga merasa bangga kerana telah menjadi pemimpin kepada generasi yang begitu aktif dalam usaha memajukan diri dan beliau juga amat yakin dan percaya bahawa kerajaan akan sentiasa bemberi bantuan serta galakan kepada golongan belia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 25 May 2012

SAKSIKAN TARIAN TRADISIONAL YANG DIBERI NAMA TARIAN KIPAS DI HBN


Tarian kipas merupakan tarian tradisional  orang melayu dan ianya telah ditarikan sejak turun temurun lagi.

Kali ini para belia yang melawat ke Himpunan Jutaan Belia dapat menyaksikan tarian ini secara dekat yang mana ianya ditarikan oleh segolongan belia yang memang minat dalam bidang tarian tradisional.

Untuk menyaksikan sendiri tarian ini, jom kita ke himpunan jutaan belia di putrajaya.

TARIAN TRADISIONAL JAWA JUGA DIPERSEMBAHKAN DI HBN


Memandangkan negara kita mempunyai kaum yang berbilang, maka ramai para belia mempelajari tarian kebudayaan setiap suku kaum di negara kita.

Dalam Himpunan Jutaan Belia  di Putrajaya yang sedang berlangsung sekarang, turut di persembahkan tarian tradisional kaum Jawa yang juga merupakan salah satu kaum yang ada di Malaysia.

Untuk menyaksikan tarian tradisional Jawa ini anda bolehlah hadir ke Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.

Kemeriahan pasti terdapat disini dan kehadiran anda tidak akan sia-sia.

JOM KITA SERBU MENTERI BELIA DAN SUKAN PADA MALAM INI

Dalam acara santai 'kopi O biskut kering' pada malam ini kita akan menyaksikan kehadiran Menteri Belia dan Sukan di Booth GB4B Malaysia.

Beliau yang akan sama-sama diiringi oleh Presiden GB4B Malaysia Sdr Mua'amar Ghadafi Jamal akan bersama-sama meraikan pengunjung-pengunjung di Booth GB4B.

Semua belia dijemput hadir bagi memeriahkan suasana segmen santai 'kopi O biskut kering' yang akan berlangsung pada jam 10 malam ini di pentas utama booth GB4B.

Bagi yang berminat dalam bidang perniagaan pula, Gerak Korporat GB4B Malaysia telah membawa lebih kurang 10 buah syarikat yang dilantik menjadi mentor dan mentor-mentor ini bersedia untuk menerima belia sebagai menti mereka dan akan diberikan latihan serta kepakaran dalam memasarkan barangan keluaran setiap syarikat.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KEJOHANAN RENTAP FUTSAL 2012

Majlis Belia daerah Ipoh bersama-sama dengan Gerakan Belia 4B Tambun akan menganjurkan Kejohanan Rentap futsal 2012 (edisiII) pada 30 jun dan 1 Julai nanti (Sabtu dan Ahad).

Kejohanan hanya di buka kepada 84 pasukan dan umur kelayakan pula seawal 15 tahun hingga 40 tahun, yuran penyertaan dikenakan cuma Ringgit Malaysia Seratus sahaja (RM 100).

Hadiah-Hadiah bagi kejohanan ini pula seperti berikut:

                    Johan: RM 1000.00
                    Kedua-kelapan : Sijil serta Hamper

Borang-borang untuk kejohanan ini boleh didapati di Prosport Futsal Arena, Pejabat MBD Ipoh atau boleh juga melalui sms atau email kepada mbdipoh@gmail.com atau sila hubungi 0105199929/ 0124371204.

Hiburan Medium Sebar Dakwah Kepada Belia

PUTRAJAYA 25 Mei – Hiburan boleh dijadikan sebagai medium dalam menyebarkan dakwah dan nilai-nilai keagamaan kepada golongan belia masa kini.
 
Isu tersebut telah dibincangkan pada program Borak- borak Kopi O Biskut Kering malam tadi sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang bermula pada 23 hingga 27 Mei, di sini.
 
Sham Kamikaze yang juga dikenali sebagai pemain gitar kumpulan tersebut dijemput sebagai salah seorang ahli panel bagi program berbentuk bual bicara ini.
 
" Saya pernah menyertai bengkel yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa masjid dimana saya perlu mengajar golongan belia bermain gitar. Tetapi, bengkel tersebut bukan sahaja berkaitan dengan bermain gitar tetapi secara tidak langsung, belia yang menyertainya juga akan diajak untuk menunaikan solat berjemaah," katanya.
 
Menurut Sham lagi, kita tidak seharusnya mendakwa bahawa bermain gitar itu adalah haram kerana secara tidak langsung terdapat dakwah yang boleh disampaikan kepada golongan belia melalui pendekatan tersebut.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh penyanyi rock terkenal negara, Datuk Hattan bahawa pendekatan tersebut boleh diguna pakai dan harus diteruskan.
 
" Saya sokong apa yang diperkatakan oleh Sham dan usaha ini perlu diteruskan kerana ia akan mendatangkan kebaikan kepada masa depan belia," tambahnya yang dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-81 bulan lepas.

Sementara itu, Pengerusi Gerak Dakwah Gerakan Belia 4B Malaysia Anas Azizu berkata, mereka telah melaksanakan beberapa program seperti Jejak Ulama yang mana sekumpulan belia bermotosikal akan berkonvoi ke masjid- masjid yang terpilih di setiap daerah.
 
"Mereka yang terlibat dalam aktiviti konvoi ini akan turut solat berjemaah bersama ahli masjid serta diberikan tazkirah dan secara tidak langsung penyebaran dakwah kepada golongan muda dapat disampaikan," ujarnya.
 
Anas juga berharap pendekatan ini dapat diteruskan dan pihak beliau akan berusaha untuk menjalinkan kerjasama bersama rakan artis dalam meneruskan penyebaran dakwah ini kepada golongan belia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, 24 May 2012

KNPI TURUT HADIR KE HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Kehebatan Himpunan Jutaan Belia di PutraJaya sudah tidak dapat disangkal lagi.

Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran Komiti Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) dari Pariaman Indonesia turut sama dalam menjayakan program. Terbesar di Asia tersebut.

Dalam gambar diatas kita dapat melihat dimana Presiden GB4B sedang berbincang atau bermuzakarah berasama-sama wakil pertubuhan itu di booth GB4B malam ini.

Mereka yang hadir pada himpunan ini merasakan bahawa permuafakatan belia di Malaysia tidak ada tolok bandingnya kerana Malaysia mempunyai penduduk atau rakyat berbilang kaum tetapi masih lagi mampu untuk bersama2 dalam program besar seperti ini.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HIMPUNAN BELIA NEGARA DIHIASI DENGAN TARIAN KUDA KEPANGH

Himpunan Jutaan Belia mempamerkan tarian kuda kepang

HIMPUNAN JUTAAN BELIA (TARIAN KEBUDAYAAN SARAWAK)

Bertempat di Himpunan Jutaan Belia Pameran Pavilion negeri Sarawak mempamerkan tarian kebudayaan mereka, untuk melihat tarian ini sila klik pada gambar dibawah

HEBAT PENERBIT CERITA MAN SEWEL NI RUPANYA

Putrajaya hari ini digegarkan dengan nyanyian dari penerbit Filem Man Sewel datang KL, rupanya berbakan juga Hamizi Mat Juah ni dalam bidang lakonan, tetapi kepada anda yang ingin melihat pelakon Man Sewel sila datang ke booth GB4B di Himpunan Jutaan Belia 2012.

Anda juga jangan lupa filem Man Sewel akan berada di pawagam bermula dari 31 mei nanti, saksikan telatah Man Sewel Datang KL di pawagam, jangan lupa bawa tisu atau sapu tangan kerana mata anda pasti akan berair dengan lawak melampu Shuib Sepah nanti.

Klik gambar untuk menyaksikan kehebatan  Hamizi Mat juah dalam bidang nyanyian.


HIMPUNAN JUTAAN BELIA (SKY RUNNER)

Sky Runner sejenis peralatan sukan dan senaman baru di perkenalkan sekali lagi di dalam Himpunan Belia Negara di Putrajaya. Dengan keluaran untk dewasa dan kanak-kanak ianya pasti memberi kepuasan kepada pemilik yang memilikinya.

Jadi kepada anda yang inginkannya, jangan lupa ke Himpunan Jutaan belia di Putrajaya yang berlangsung hingga hari Ahad nanti.

Untuk tontonan bagaimana ianyanya berfungsi sila klik pada gambar dibawah


SHAMSUL GHAU-GHAU DI HBN BUAT APA NI

Pelawak terkenal yang memenangi rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran TV3 satu masa dulu hari ini berada di pentas Gerakan Belia 4B.

Beliau yang kini menjadi Duta kepada produk Walid Gold menceritakan tentang kebaikan produk Walid Gold dan syarikat Walid Gold juga merupakan mentor kepada program usahawan belia di bawah Gerak Korporat GB4B Malaysia.

Turut bersama-sama dipentas ialah pengerusi gerak korporat gb4b Malaysia setiausaha gerak korporat dan tetamu khas, presiden gb4b sendiri.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone