Sunday 27 May 2012

PEMINAT TEGAR GB4B MALAYSIA

Gambar diatas adalah gambar yang sempat penulis ambil semasa hari terakhir HBN di PutraJaya malam ini.

Beliau memperkenalkan namanya sebagai Bau Harum bin Ibrahim yang mana beliau menyatakan kepada penulis bahawa beliau amat meminati GB4B Malaysia.

Tahniah penulis ucapkan kepada beliau yang begitu meminati GB4B Malaysia dan berharap akan ada ramai lagi yang begitu taksub dengan GB4B Malaysia..

BERGERAK
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MENTERI BELIA PRIHATIN DENGAN KEMALANGAN DI PUTRAJAYA

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik tadi berada di Hospital Putrajaya untuk melawat mangsa dan keluarga akibat kemalangan pertunjukan perlumbaan drag, sempena Hari Jutaan Belia 2012 disini, malam tadi.

Sebelum itu, seramai 17 penonton perlumbaan mengalami kecederaan termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut itu.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Salah seorang mangsa, Ami bin Nakim, 26, berasal dari Bahau, Negeri Sembilan, mengalami patah kedua-dua kakinya sementara adiknya yang turut sama menyaksikan perlumbaan drag tersebut, hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kemalangan itu dan menganggapnya sebagai perkara biasa terjadi dalam sukan permotoran.

Shaari bin Ujang, 59, Felda Bukit Rokan dan bapa kepada Mohd Iskandar Rashiq, 20, salah seorang mangsa kemalangan memberitahu wartawan anaknya mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala, masih lagi menjalani rawatan.

Hamidah binti Zainal Abidin 51, Cheras, ibu kepada Fairus bin Jalaluddin, 27, turut mengesahkan anaknya terlibat dalam kemalangan malam tadi. Anak beliau kini berada di wad pembedahan dan mengalami kecederaan limpa pecah dan luka di hati.

Kesemua keluarga mangsa yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana mana pihak dalam kejadian tersebut.

Kesemua keluarga mangsa menganggap kejadian tersebut harus dijadikan iktibar kepada semua yang terlibat, malah mengakui minat yang mendalam anak-anak mereka terhadap sukan permotoran itu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SOKONGAN PADU BELIA KEPADA KERAJAAN

Golongan belia memberikan reaksi positif bagi menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kepimpinan Perdana Mentari, Datuk Seri Najib Tun Razak atas semua usaha yang telah beliau lakukan kepada golongan itu.

Reaksi tersebut sempat dirakamkan oleh jurukamera KL POS selepas Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapannya semasa Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012.

Wakil Belia Sabah, Zyee mengatakan penganjuran Himpunan Jutaan Belia tahun ini merupakan salah satu tindakan bijak kerajaan bagi meraikan para belia dari seluruh negeri sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk berkumpul dan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Sementara itu, Ahmad Syawal wakil belia 4 Malays berkata kepimpinan beliau tidak dapat diragui lagi kerana beliau sentiasa berusaha dalam menjadikan Malaysia kearah negara maju.

"Beliau (Najib) berjaya mengumpulkan golongan belia seramai dua juta orang dan itu membuktikan beliau begitu bersungguh-sungguh untuk memajukan belia.

Saya berharap program seperti ini dapat dianjurkan setiap tahun kerana ia dapat memberi peluang kepada belia melakukan aktiviti yang berfaedah," katanya.

Norsyafina Md. Nor yang datang bersama rakan-rakan lain daripada Sabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Mentari kerana telah membuat pelbagai usaha terhadap pembangunan masa depan para belia.

Wakil Belia Manjung, Khairil Azuan Ariffin menegaskan bahawa tiada lagi pemimpin yang terbaik selain Perdana Menteri dan kerajaa sedia ada kerana mereka sentiasa berinovasi dalam menjayakan program yang berkaitan dengan belia.

"Belia seharusnya memberikan komitmen yang baik kepada kepimpinan beliau kerana kita sudah hidup di dalam negara yang aman dan beliau sentiasa melakukan yang terbaik untuk keamanan negara ini, " katanya yang juga merupakan Pengerusi Belia Lumut.

Sementara itu, wakil belia Kapar, Amirul Faez Samiran berkata, perhimpunan seperti inilah yang diinginkan oleh belia kerana mereka dapat merasai yang diri mereka dihargai oleh pihak kepimpinan tertinggi Malaysia.

"Terima kasih kepada pucuk pimpinan negara dan kementerian yang terlibat menganjurkan HBN dan kami (belia Kapar) berharap beliau akan terus berjuang untuk kemajuan negara ini," ujarnya.

Wakil Belia Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Mohd. Ali berkata kepimpinan beliau sungguh bermakna dan berharap semua belia khususnya di Pulau Pinang akan sentiasa maju dengan kepimpinan beliau.

" Kami sangat yakin dengan kepimpinan beliau dan kerana itulah kami wujudkan 'Najib Adalah Jaguh Aspirasi Belia' sempena dengan huruf pertama daripada nama beliau.

"Harapan kami agar program seperti ini dapat diteruskan kerana secara tidak langsung belia dapat menimba ilmu dan melakukan aktiviti yang berfaedah," katanya disertai dengan sorakan menyokong Perdana Menteri.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KEAMANAN ADALAH KEINGINAN BELIA TANAHAIR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan majoriti belia yang hadir di perhimpunan semalam sebagai mereka yang cintakan keamanan serta tahu menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen.

Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara tidak mampu bergantung harap kepada belia yang 'demo crazy' (gila demonstrasi).

"Kalau kita melakarkan imej seorang yang liar yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan maka ini bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan kita.

"Begitu juga dengan mereka yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis, bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan negara," katanya.

Perdana Menteri turut menggariskan lima ciri belia bagi negara untuk bergantung harapan, iaitu, mereka yang cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang.

"Yang boleh jadi contoh adalah saudara saudari yang berhimpun di himpunan belia di sini. Majoriti adalah belia macam saudara saudari, jangan biarkan segelintir belia hijack agenda dan imej negara kita," kata Najib.

"Saya nak tunjuk imej himpunan kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai pun anggota polis.

"Polis pun agak lega, polis pun tak rasa cemas, orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini.

"Belia bukan 'demo crazy' tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa dengan penuh bijaksana," kata Perdana Menteri.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MATLAMAT HBN TERCAPAI

Golongan belia masa kini lebih matang dalam membuat penilaian dalam memilih pucuk kepimpinan terbaik yang mampu memberi pembaharuan bagi menjamin masa depan mereka.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, belia semakin bijak memilih pihak mana yang lebih layak memikul tanggungjawab memimpin negara ini.
 
" Belia yang sentiasa berada dibelakang kerajaan bukanlah atas dasar paksaan, tetapi mereka sendiri bijak membuat pilihan (memilih kerajaan),"katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012 di sini hari ini.
 
Menurut Najib, kejayaan negara bukan sahaja boleh diukur dengan adanya bangunan yang berdiri megah, malah ia dapat diukur dengan nilai kemasyarakatan.
 
"Golongan belia yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi adalah belia yang berhimpun secara aman, melontarkan rasa cintakan keamanan negara, beradab serta menghormati undang- undang negara dan bukan menjadi belia yang suka melakukan keganasan," katanya disertai dengan sorakan para belia.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.

Pada majlis yang sama, beliau telah menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Perdana Belia Negara sempena Himpunan Jutaan Belia tahun ini.
 
Tambah beliau, sasaran kementerian tercapai apabila berjaya menghimpunkan lebih kurang dua juta belia dari seluruh negeri.
 
"Tahun lepas kita telah mencapai sasaran seramai sejuta belia dan tahun ini menterinya (Datuk Ahmad Shabery Cheek) telah berjaya menyahut cabaran saya apabila berjaya mencapai sasaran seramai dua juta belia," katanya.
 
Selain itu, Najib turut berkata tema Hari Belia Negara 2012 iaitu 'Jadilah Esok Lebih Baik Dari Hari Ini' amat bersesuaian kerana dari semasa ke semasa pihak kerajaan telah berjaya membawa pembaharuan dan pembangunan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 26 May 2012

PETIKAN UCAPAN PRESIDEN GB4B DALAM MAJLIS PERASMIAN TABUNG AMAL GB4B MALAYSIA

Cabaran para belia masa kini adalah untuk menyediakan belia seiring dengan perkembangan dan kemajuan Negara.

Belia2 perlu dilengkapkan dgn sikap pemikiran yg matang,kemahiran yg mantap, ilmu pengetahuan yg meluas dan pelbagai tdk lupa juga sesuatu yg lbh penting, setiap belia mesti mempunyai daya tahan yg jitu utk bersaing.

Bertepatan dgn keperluan tersebut maka sempena Hari Belia Negara 2012 ini pihak kami menyediakan para belia dengan Karnival, pameran, aktiviti dan sebagainya 1Belia 1Kemahiran, Education Fair dan Rakan 4Biz sebagai pendedahan serta pengetahuan ke arah matlamat dan tujuan tersebut.

Program Mentor Mentee Usahawan Belia Malaysia melalui Program Rakan 4Biz yg telah dilancarkan pd HBN 2011 yg lalu kini sdg dlm proses pengembangan & pengukuhan. Kerjasama serta gabungan tenaga pihak Gerak Korporat, Mentor yang dipilih akan mencurahkan bimbingan, kemahiran serta ilmu pengetahuan ttg budaya keusahawanan kepada belia-belia yang menjadi Mentee.

Ada pelbagai jenis bidang perniagaan yang boleh dipilih oleh belia-belia untuk terlibat.

Gerak Korporat, Gerakan Belia 4B Msia telah menubuhkan Sekretariat Rakan 4Biz untuk memantau serta memastikan objektif dan sasaran program ini tercapai. Syabas & tahniah kpd Gerak Korporat, mudah2an sasaran 50 org Mentor dan 1,000 Mentee akan dicapai pada penghujung tahun ini.

Belia-belia perlu banyak berperanan dalam agenda pembangunan negara. Sbb itulah kita para belia seharusnya menolak sekeras-sekerasnya sebarang bentuk provokasi yg boleh menggugat ketenteraman & keamanan Negara.

Justeru pelbagai program pembangunan telah dicipta dan diinnovasikan sbg pelan tindakan & pembangunan para belia.

Kita juga tdk lupa utk mendidik belia agar senantiasa bersyukur dgn apa yg diperolehi, jangan ada politik kotor sehingga melampaui batasan agama dan Adabul Ikhtilaf. Sehingga gambar Dato' Seri Najib yang tercinta ini, dikalungkan dengan bunga yang melambangkan kebiadapan dan keangkuhan kelompok belia yang menjadi mangsa ahli politik kotor.

Tidak guna ada pelajaran, ada agama tetapi sering diperalatkan. Kami juga tidak lupa dalam membangunkan belia melalui keusahawanan, kebudayaan, sahsiah, sukan dan macam-macam lagi.

Setiap belia juga mesti dididik mempunyai sikap prihatin.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KHALID NORDIN BANGGA DENGAN BELIA

Datuk Seri khalid Nordin berkata kerajaan akan menjadi lebih komited dalam membela nasib golongan belia.

Beliau berkata dalam ucapan sempena Pelancaran Tabung Amal anjuran GB4B di booth GB4B sebentar tadi.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua para belia yang bersama-sama dalam menjayakan transformasi kerajaan dan mahu bersama-sama kerajaan dalam menjayakan usaha memajukan negara.

Beliau juga berkata bahawa belia pada hari ini sudah lebih matang dan ini adalah satu kejayaan kepada kerajaan dalam membentuk generasi muda atau generasi akan datang yang lebih berkualiti.

Beliau juga merasa bangga kerana telah menjadi pemimpin kepada generasi yang begitu aktif dalam usaha memajukan diri dan beliau juga amat yakin dan percaya bahawa kerajaan akan sentiasa bemberi bantuan serta galakan kepada golongan belia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KHALID NORDIN BANGGA DENGAN BELIA

Datuk Seri khalid Nordin berkata kerajaan akan menjadi lebih komited dalam membela nasib golongan belia.

Beliau berkata dalam ucapan sempena Pelancaran Tabung Amal anjuran GB4B di booth GB4B sebentar tadi.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua para belia yang bersama-sama dalam menjayakan transformasi kerajaan dan mahu bersama-sama kerajaan dalam menjayakan usaha memajukan negara.

Beliau juga berkata bahawa belia pada hari ini sudah lebih matang dan ini adalah satu kejayaan kepada kerajaan dalam membentuk generasi muda atau generasi akan datang yang lebih berkualiti.

Beliau juga merasa bangga kerana telah menjadi pemimpin kepada generasi yang begitu aktif dalam usaha memajukan diri dan beliau juga amat yakin dan percaya bahawa kerajaan akan sentiasa bemberi bantuan serta galakan kepada golongan belia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 25 May 2012

SAKSIKAN TARIAN TRADISIONAL YANG DIBERI NAMA TARIAN KIPAS DI HBN


Tarian kipas merupakan tarian tradisional  orang melayu dan ianya telah ditarikan sejak turun temurun lagi.

Kali ini para belia yang melawat ke Himpunan Jutaan Belia dapat menyaksikan tarian ini secara dekat yang mana ianya ditarikan oleh segolongan belia yang memang minat dalam bidang tarian tradisional.

Untuk menyaksikan sendiri tarian ini, jom kita ke himpunan jutaan belia di putrajaya.

TARIAN TRADISIONAL JAWA JUGA DIPERSEMBAHKAN DI HBN


Memandangkan negara kita mempunyai kaum yang berbilang, maka ramai para belia mempelajari tarian kebudayaan setiap suku kaum di negara kita.

Dalam Himpunan Jutaan Belia  di Putrajaya yang sedang berlangsung sekarang, turut di persembahkan tarian tradisional kaum Jawa yang juga merupakan salah satu kaum yang ada di Malaysia.

Untuk menyaksikan tarian tradisional Jawa ini anda bolehlah hadir ke Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.

Kemeriahan pasti terdapat disini dan kehadiran anda tidak akan sia-sia.

JOM KITA SERBU MENTERI BELIA DAN SUKAN PADA MALAM INI

Dalam acara santai 'kopi O biskut kering' pada malam ini kita akan menyaksikan kehadiran Menteri Belia dan Sukan di Booth GB4B Malaysia.

Beliau yang akan sama-sama diiringi oleh Presiden GB4B Malaysia Sdr Mua'amar Ghadafi Jamal akan bersama-sama meraikan pengunjung-pengunjung di Booth GB4B.

Semua belia dijemput hadir bagi memeriahkan suasana segmen santai 'kopi O biskut kering' yang akan berlangsung pada jam 10 malam ini di pentas utama booth GB4B.

Bagi yang berminat dalam bidang perniagaan pula, Gerak Korporat GB4B Malaysia telah membawa lebih kurang 10 buah syarikat yang dilantik menjadi mentor dan mentor-mentor ini bersedia untuk menerima belia sebagai menti mereka dan akan diberikan latihan serta kepakaran dalam memasarkan barangan keluaran setiap syarikat.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KEJOHANAN RENTAP FUTSAL 2012

Majlis Belia daerah Ipoh bersama-sama dengan Gerakan Belia 4B Tambun akan menganjurkan Kejohanan Rentap futsal 2012 (edisiII) pada 30 jun dan 1 Julai nanti (Sabtu dan Ahad).

Kejohanan hanya di buka kepada 84 pasukan dan umur kelayakan pula seawal 15 tahun hingga 40 tahun, yuran penyertaan dikenakan cuma Ringgit Malaysia Seratus sahaja (RM 100).

Hadiah-Hadiah bagi kejohanan ini pula seperti berikut:

                    Johan: RM 1000.00
                    Kedua-kelapan : Sijil serta Hamper

Borang-borang untuk kejohanan ini boleh didapati di Prosport Futsal Arena, Pejabat MBD Ipoh atau boleh juga melalui sms atau email kepada mbdipoh@gmail.com atau sila hubungi 0105199929/ 0124371204.

Hiburan Medium Sebar Dakwah Kepada Belia

PUTRAJAYA 25 Mei – Hiburan boleh dijadikan sebagai medium dalam menyebarkan dakwah dan nilai-nilai keagamaan kepada golongan belia masa kini.
 
Isu tersebut telah dibincangkan pada program Borak- borak Kopi O Biskut Kering malam tadi sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang bermula pada 23 hingga 27 Mei, di sini.
 
Sham Kamikaze yang juga dikenali sebagai pemain gitar kumpulan tersebut dijemput sebagai salah seorang ahli panel bagi program berbentuk bual bicara ini.
 
" Saya pernah menyertai bengkel yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa masjid dimana saya perlu mengajar golongan belia bermain gitar. Tetapi, bengkel tersebut bukan sahaja berkaitan dengan bermain gitar tetapi secara tidak langsung, belia yang menyertainya juga akan diajak untuk menunaikan solat berjemaah," katanya.
 
Menurut Sham lagi, kita tidak seharusnya mendakwa bahawa bermain gitar itu adalah haram kerana secara tidak langsung terdapat dakwah yang boleh disampaikan kepada golongan belia melalui pendekatan tersebut.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh penyanyi rock terkenal negara, Datuk Hattan bahawa pendekatan tersebut boleh diguna pakai dan harus diteruskan.
 
" Saya sokong apa yang diperkatakan oleh Sham dan usaha ini perlu diteruskan kerana ia akan mendatangkan kebaikan kepada masa depan belia," tambahnya yang dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-81 bulan lepas.

Sementara itu, Pengerusi Gerak Dakwah Gerakan Belia 4B Malaysia Anas Azizu berkata, mereka telah melaksanakan beberapa program seperti Jejak Ulama yang mana sekumpulan belia bermotosikal akan berkonvoi ke masjid- masjid yang terpilih di setiap daerah.
 
"Mereka yang terlibat dalam aktiviti konvoi ini akan turut solat berjemaah bersama ahli masjid serta diberikan tazkirah dan secara tidak langsung penyebaran dakwah kepada golongan muda dapat disampaikan," ujarnya.
 
Anas juga berharap pendekatan ini dapat diteruskan dan pihak beliau akan berusaha untuk menjalinkan kerjasama bersama rakan artis dalam meneruskan penyebaran dakwah ini kepada golongan belia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 24 May 2012

KNPI TURUT HADIR KE HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Kehebatan Himpunan Jutaan Belia di PutraJaya sudah tidak dapat disangkal lagi.

Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran Komiti Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) dari Pariaman Indonesia turut sama dalam menjayakan program. Terbesar di Asia tersebut.

Dalam gambar diatas kita dapat melihat dimana Presiden GB4B sedang berbincang atau bermuzakarah berasama-sama wakil pertubuhan itu di booth GB4B malam ini.

Mereka yang hadir pada himpunan ini merasakan bahawa permuafakatan belia di Malaysia tidak ada tolok bandingnya kerana Malaysia mempunyai penduduk atau rakyat berbilang kaum tetapi masih lagi mampu untuk bersama2 dalam program besar seperti ini.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HIMPUNAN BELIA NEGARA DIHIASI DENGAN TARIAN KUDA KEPANGH

Himpunan Jutaan Belia mempamerkan tarian kuda kepang

HIMPUNAN JUTAAN BELIA (TARIAN KEBUDAYAAN SARAWAK)

Bertempat di Himpunan Jutaan Belia Pameran Pavilion negeri Sarawak mempamerkan tarian kebudayaan mereka, untuk melihat tarian ini sila klik pada gambar dibawah

HEBAT PENERBIT CERITA MAN SEWEL NI RUPANYA

Putrajaya hari ini digegarkan dengan nyanyian dari penerbit Filem Man Sewel datang KL, rupanya berbakan juga Hamizi Mat Juah ni dalam bidang lakonan, tetapi kepada anda yang ingin melihat pelakon Man Sewel sila datang ke booth GB4B di Himpunan Jutaan Belia 2012.

Anda juga jangan lupa filem Man Sewel akan berada di pawagam bermula dari 31 mei nanti, saksikan telatah Man Sewel Datang KL di pawagam, jangan lupa bawa tisu atau sapu tangan kerana mata anda pasti akan berair dengan lawak melampu Shuib Sepah nanti.

Klik gambar untuk menyaksikan kehebatan  Hamizi Mat juah dalam bidang nyanyian.


HIMPUNAN JUTAAN BELIA (SKY RUNNER)

Sky Runner sejenis peralatan sukan dan senaman baru di perkenalkan sekali lagi di dalam Himpunan Belia Negara di Putrajaya. Dengan keluaran untk dewasa dan kanak-kanak ianya pasti memberi kepuasan kepada pemilik yang memilikinya.

Jadi kepada anda yang inginkannya, jangan lupa ke Himpunan Jutaan belia di Putrajaya yang berlangsung hingga hari Ahad nanti.

Untuk tontonan bagaimana ianyanya berfungsi sila klik pada gambar dibawah


SHAMSUL GHAU-GHAU DI HBN BUAT APA NI

Pelawak terkenal yang memenangi rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran TV3 satu masa dulu hari ini berada di pentas Gerakan Belia 4B.

Beliau yang kini menjadi Duta kepada produk Walid Gold menceritakan tentang kebaikan produk Walid Gold dan syarikat Walid Gold juga merupakan mentor kepada program usahawan belia di bawah Gerak Korporat GB4B Malaysia.

Turut bersama-sama dipentas ialah pengerusi gerak korporat gb4b Malaysia setiausaha gerak korporat dan tetamu khas, presiden gb4b sendiri.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ACARA CATWALK MEMERIAHKAN HBN PUTRAJAYA

Gambar pertandingan catwalk di HBN Putrajaya.

Beberapa orang peserta telah menyertai pertandingan fesyen di HBN sebentar tadi.

Acara yang bermula pada jam 2 petang tadi telah disaksikan oleh hampir 500 orang dan rata-rata pengunjung berpuas hati dengan fesyen dan make-up yang di pertandingkan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 22 May 2012

MAN SEWEL DI PUTRAJAYA

Kurang 24 jam lagi akan diadakan himpunan jutaan belia di PutraJaya, program yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23hb Mei hingga 27hb Mei dan akan diisi dengan lebih dari 500 acara serta pelbagai program.

Himpunan yang mensasarkan kehadiran belia lebih dari sejuta orang itu akan berlangsung sepanjang 6 kilometer itu juga akan menjadi program ke sepuluh terbesar didunia.

Apa yang menarik kali ini, Gerakan belia 4B akan membawa para pelakon filem 'Man Sewel Datang KL' yang mana pelawak Shuib Sepah dijangka akan hadir di booth GB4B yang disediakan di dalam Himpunan tersebut.

Filem 'Man Sewel Datang KL' akan ditayangkan serentak di seluruh negara pada 31 Mei nanti, filem komedi yang pasti akan mencuit hati penonton hingga penonton tak kering gusi melihat telatah 'Man Sewel' lakonan Shuib Sepah dalam filem tersebut.

Filem yang turut dilakonkan oleh Julia Ziegler, Siti Sarah dan ramai lagi pelakon hebat ini menceritakan seorang anak muda yang tidak pernah ke Kuala Lumpur. Keinginan untuk menjadi orang Kota Metropolitan ini telah mendorong Man untuk mengikuti seorang rakannya.

Ikuti kisah percintaan Man Sewel dan segala macam pengalaman beliau di Kuala Lumpur dalam filem tersebut.

Apa yang penting esok ialah, Man Sewel akan berada di PutraJaya untuk bertemu dengan para peminat di dalam Himpunan Jutaan Belia PutraJaya.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 19 May 2012

SAMBUTAN HARI BELIA SABAH MERIAH

Kira-kira 20,000 belia seluruh Sabah dijangka berkampung tiga hari di Kompleks Sukan Tawau dekat sini bermula 18 Mei ini pada sambutan Hari Belia Peringkat Sabah 2012.
 
Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Datuk Ismail Mayakob berkata sambutan bertemakan 'Jadikanlah Hari Esok Lebih Baik Daripada Hari Ini" diisi dengan pelbagai aktiviti berkenaan yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

"Kita berharap masyarakat belia Tawau hadir beramai-ramai pada sambutan kali ini kerana pertama kali Tawau dipilih menjadi tuan rumah acara belia peringkat negeri," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Ismail berkata antara aktiviti sepanjang sambutan yang melibatkan agensi dan jabatan kerajaan termasuklah beberapa karnival mengenai modal insan, kegiatan sukarela, keusahawanan, kebudayaan dan kesenian dan medan belia cergas.

Katanya, semua karnival akan diisi dengan pameran, ujibakat, kempen derma darah, sukan dan permainan, promosi peluang pekerjaan oleh syarikat swasta dan menjadi pusat penyebaran maklumat untuk belia.

Wednesday 16 May 2012

MAJLIS PERASMIAN HARI BELIA NEGARA



KUALA LUMPUR, 15 Mei 2012 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin sempat merasmikan Hari Belia Negara peringkat
Kebangsaan di Sunway Pyramid di sini hari ini.

Hari Belia kali ini dijangka bertambah meriah dengan adanya
penganjuran Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian
Belia dan Sukan. Perhimpunan khas buat golongan belia itu seperti
tahun lepas penganjurannya, menerima sambutan memberangsangkan yang
diadakan di Putrajaya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan di hadapan kira-kira 1000 orang
belia disini, menyarankan golongan pelapis negara itu menjadi individu
yang sayangkan negara dengan menolak sebarang unsur ganas dalam
negara.

Tambahnya lagi, amanat Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak
yang mahukan belia negara menjadi pelapis berguna untuk negara akan
tercapai.

Turut hadir dalam majlis perasmian ini, Dato' Ahmad Shabery Cheek ,
Menteri Belia dan Sukan, Dato ' Sri Mustapha Mohamed, Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Himpunan Jutaan Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan akan
diadakan di Putrajaya dari 23hb hingga 27hb Mei ini.

Tuesday 15 May 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA

Salam 1Belia 1Malaysia,

Saya serta barisan Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda Majlis Belia Malaysia dengan ikhlasnya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2012 kepada seluruh rakan-rakan belia.

Kita semua perlu bersyukur dengan suasana serta kesejahteraan yang sedang kita kecapi di Negara ini.

Ini semua adalah hasil kesungguhan semua rakyat Malaysia khususnya golongan belia yang telah mencurahkan segala bakti demi kesejahteraan dan pembangunan yang berterusan.

Kesungguhan ini dapat dilihat melalui peningkatan terhadap aktiviti kesukarelaan, keusahawanan serta kesukanan. Dunia telah mengiktiraf Belia Malaysia sebagai Belia yang berkualiti melalui kepimpinan serta Program Transformasi sedia ada.

Penubuhan YCare Majlis Belia Malaysia www.ycare.my merupakan bukti kukuh komitmen berterusan MBM terhadap pembangunan belia di Negara ini. Pelbagai inisiatif telah dan sedang diambil bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan agar dapat mencapai objektif serta menjadi platform untuk rujukan bagi belia masa kini.

Marilah bersama-sama memeriahkan lagi Himpunan Jutaan Belia 23hb-27hb Mei 2012 di PutraJaya bersama YAB Perdana Menteri Malaysia.

YCare Pemangkin Pembangunan Negara!!!

Ikhlas daripada Bro @R. Abdul Rizam Mohd Akhir. Exco Majlis Belia Malaysia dan
GB4B Malaysia
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 14 May 2012

UCAPAN PRESIDEN GERAKAN BELIA SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2012



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum warah matullahiwabarakatuh.

Salam sejahtera, Salam 1Belia 1Malaysia.

Saya Mua'amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Haji Jamaluddin selaku Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari belia negara kepada seluruh warga-warga belia yang berada didalam dan diluar negara.

Syukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita dapat menyambut sambutan hari belia ini di negara kita dalam keadaan penuh aman damai serta harmoni.

Kita semua perlu sedia maklum bahawa tidak semua belia didalam dunia ini beruntung seperti kita di Malaysia yang dapat menyambut hari belia dalam keadaan harmoni walaupun kita mempunyai berbilang kaum, agama dan adat.

Ditambah pula kini kita semua diterajui oleh sebuah kerajaan yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan golongan belia seperti kita.

Hari ini kita (belia) telah diberikan tanggungjawab sebagai seorang yang benar-benar belia untuk menerajui dan meneruskan perjuangan demi kemajuan golongan belia di negara Malaysia yang tercinta ini.

Kita sebagai belia pada masa kini seharusnya menegakkan kedaulatan undang-undang dengan berpegang kepada prinsip kemasyarakatan secara majmuk, kita juga tidak perlu bermusuh-musuhan diantara satu sama lain hanya disebabkan oleh segelintir manusia atau sesetengah pihak yang tidak begitu menyenangi perpaduan serta permuafakatan sesama kita.

Kita seharusnya sama-sama melahirkan evolusi belia sebagai satu gerakan massa.
Evolusi belia ini sudah pastinya akan mengajak kita sama-sama memberi nafas baru kepada golongan belia agar golongan ini tidak menjadi golongan yang hanya ada pada nama sahaja.

Berasaskan kepada prinsip-prinsip rukun negara yang kita dukung bersama-sama sehingga ke hari ini, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan serta Kesusilaan.

Hidupnya golongan belia sekarang adalah atas inisiatif serta bantuan dari kerajaan yang ada pada hari ini.

Melalui Evolusi golongan belia , sebagai pewaris dan penyambung kepimpinan Negara kita hendaklah memastikan supaya para belia akan terus berkhidmat dalam memajukan negara.

Perubahan yang lebih sistematik untuk membangunkan kualiti kepimpinan Belia, meningkatkan semangat jatidiri, Patriotik dan kesukarelaan perlu kita rancang dan laksanakan secara berterusan.
Dlm evolusi belia, kita bakal melahirkan

1. Pemimpin Berinovasi

2. Generasi Belia yang kreatif

3. Belia yg Perihatin iaitu semangat KESUKARELAWANAN di kalangan belia.

4. Pertubuhan-pertubuhan belia yang melahirkan program-program lebih Inklusif

5. Belia yang mempunyai jatidiri serta sifat-sifat mulia berasas Iman dan Amal serta Kenegaraan.

6. Belia yang merdeka sosioekonomi

Oleh itu marilah kita sama-sama jayakan hari belia negara ini dalam Himpunan Jutaan Belia 23-27 May dan perhimpunan NRC 4B : EVolusi 4B pd 9 Jun ini bersama YAB Perdana Menteri Malaysia.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menasihati para-para belia serta diri saya juga, bahawasanya kita perlu mengekalkan keamanan di negara ini dengan tidak mengikuti perkara-perkara yang menyalahi serta melanggar undang-undang. Ingatlah negara ini akan kita warisi dari generasi yang ada kini dan akan kita warisi untuk generasi akan datang, Jika Tidak Kita, Siapa? Jika tidak Kini, Bila? Jika Tidak Disini, Dimana.

Akhir sekali sambutlah kata-kata keramat Gerakan Belia 4B Malaysia
BERGERAK..BERGERAK..BERGERAK!!!
Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum warahmatuulahi wabarakatuh.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 10 May 2012

BUAT APA MAN SEWEL DATANG KL

Filem komedi arahan orang lama dalam bidang pengarahan filem Abdul Rahman Adam pasti akan mencuit hati anda apabila bertandang ke panggung pada 31 mei nanti.

Filem yang di pertontonkan kepada para wartawan serta penggiat media pada 9 mei telah menggegarkan panggung dengan gelak tawa penonton yang hadir.

Timbalan Menteri Belia Dan Sukan YB Datuk Razali Haji Ibrahim turut hadir ke preview filem 'Man Sewel Datang KL', turut bersama-sama beliau seorang pelakon dan pengarah hebat dan disegani, Datuk Yusuf Haslam.

Dalam temubual bersama-sama para penggiat media, Abdul Rahman atau lebih selesa dipanggil dengan panggilan uncle menyatakan bahawa ini adalah filem pertama beliau arahkan selepas hampir 20 tahun tidak menjalankan kerja-kerja pengarahan.

Dalam soalan yang diajukan kepada Shuib Sepah yang membawa watak Osman atau Man Sewel yang merupakan watak utama filem ini, beliau mengatakan ini adalah cabaran bagi beliau dalam melakonkan watak dalam sebuah filem.

Gandingan mantap antara Shuib serta Siti Sarah yang baru pertama kali berlakon amat membanggakan penerbit serta semua yang terlibat didalam filem tersebut.

Penerbit filem, Encik Hamizi Mat Juah berkata selepas ditanya tentang kekuatan filem ini pula menyatakan bahawa kekuatan filem ini terletak pada pengarahan serta lakonan semua para pelakon yang terlibat.

YB Datuk Razali pula apabila ditanya tentang pandangan beliau selaku orang yang pernah menjadi pangerusi Filem Nasional (FINAS) tentang filem ini mengatakan ini adalah satu filem yang bagus serta menarik, beliau juga mengucapkan tahniah kepada penerbit filem yang juga merupakan pengerusi Belia 4B Wilayah Persekutuan kerana mengambil tindakan berani dengan menerbitkan sebuah filem dimana zaman sekarang begitu ramai anak2 muda sudah mula memenuhi panggung.

Menurut kata penerbit filem ini juga, setiap 1 persen dari hasil jualan tiket filem ini akan disalurkan kepada Tabung Amal Belia yang mana ianya akan memberi manfaat kepada kerja-kerja kebajikan belia pada masa akan datang.

Jadi, ayuh penonton semua, kita ke panggung kita tengok kenapa Man Sewel Datang KL.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 9 May 2012

HIMPUNAN HARI BELIA DISOKONG OLEH GOLONGAN PROFESIONAL

PutraJaya 9 Mei: Himpunan hari Belia Negara yang bakal berlangsung di Putrajaya mendapat sokongan dari golongan-golongan bertaraf profesional.

Bertempat di Menara KBS, hampir 30 orang pengamal undang-undang menghadirkan diri untuk mendengar taklimat tentang hari belia negara nanti.

Dalam ucapan alu-aluan Timbalan Menteri Belia Sukan mengucapkan terima kasih diatas kehadiran serta sokongan yang ditunjukkan oleh para peguam yang hadir.

Beliau memberi tahu kepada hadirin bahawa himpunan ini adalah satu transformasi kerajaan terhadap belia.

Program yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 mei ini nanti sudah pasti akan membawa kearah kebaikan dan beliau berharap agar para peguam yang hadir serta berada diluar sana turut sama melibatkan diri dalam program tersebut.

Beliau juga memberitahu bahawa pada tahun in terdapat lebih 500 acara yang bakal berlangsung dan tempoh masa himpunan telah dilanjutkan daripada 3 hari pada tahun lepas kepada 5 hari pada tahun ini.

Dalam menjawab pertanyaan dari wartawan, Datuk Razali meyatakan bahawa sekretariat HBN ini telah diwujudkan sejak tahun lepas lagi dan ianya di sambung pada tahun ini dan sambutan pada tahun ini amat menggalakan.

Dan pada tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan menjemput golongan belia profesional untuk sama-sama melibatkan diri secara langsung dengan himpunan yang akan berlangsung nanti.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 8 May 2012

JOM KITA KE PUTRAJAYA

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mensasarkan Hari Belia Negara 2012 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei akan datang sebagai antara 10 karnival tahunan terbesar di dunia.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek beliau yakin KBS akan untuk mencapai tahap itu sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang menganjurkan lebih 500 acara dan mampu memikat pengunjung tempatan mahupun antarabangsa.
Tambah beliau lagi, karnival ini adalah yang terbesar di Asia dan 10 terbesar di dunia. Cuma kita mahu lihat dari segi penilaian antarabangsa supaya pada suatu masa nanti pelancong asing akan datang ke Putrajaya setiap tahun untuk melihat kepelbagaian dari segi kesenian, kebudayaan, aktiviti dan kehidupan masyarakat Malaysia. Beliau berkata sedemikian di Majlis Perjumpaan YB Menteri Belia dan Sukan dengan wakil-wakil Persatuan Hotel di Malaysia sempena Hari Belia Negara 2012 (HBN2012).
Justeru itu, beliau meminta pihak Kementerian Pelancongan dan wakil persatuan hotel memainkan peranan untuk mempromosi dan mewujudkan pakej-pakej istimewa bagi menarik pelancong tempatan dan pelancong asing datang ke Putrajaya sempena HBN 2012.

Wednesday 2 May 2012

BELIA LEBIH BERMINAT DENGAN HIMPUNAN BELIA

KEMAMAN, 2 Mei 2012 - "Saya difahamkan jumlah mereka (belia) yang terlibat hanya dalam jumlah yang kecil. Saya yakin dan percaya majoriti belia faham apa yang berlaku sebenarnya hanya disebabkan agenda politik pembangkang," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau turut berkata penyertaan belia dalam perhimpunan BERSIH 3.0 tidak menggambarkan kemerosotan sokongan belia terhadap kerajaan.

Beliau nyata kecewa dengan tindakan pembangkang yang sanggup menaja belia ini untuk memburukkan kerajaan, tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Mereka ini datang ke perhimpunan kerana ditaja. Buktinya banyak kita boleh dapat dari youtube, blog dan laman web yang mendedahkan perkara sebenar.

"Majoriti belia tidak sukakan rusuhan, namun segelintir orang muda ini tanpa berfikir (panjang) dengan darah panas (menyebabkan mereka) mudah diracuni dan dihasut oleh puak pembangkang," katanya.

Shabeery turut meluahkan kekecewaannya dengan tindakan ibubapa yang mengheret anak kecil ke perhimpunan tersebut tanpa memikirkan akibat dan kesan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak mereka.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone