Tuesday 28 June 2011

TAHNIAH KEPADA SDR FUAD DAN ABRAR

Gerakan Belia 4B Negeri Perak mengucapkan jutaan tahniah kepada sdr Fuad Zainoldin dan juga Sdr Abrar yang telah menerima anugerah kecemerlangan sempena hari belia peringkat negeri Perak 2011.

Anugerah yang telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak malam tadi 27 Jun 2011 menyaksoakan Sdr Fuad Zainoldin yang juga merupakan Pengerusi GB4B Parit Buntar menerima Anugerah Khas Belia Cemerlang dari Kerajaan Negeri Perak.

Menurut kata beliau, anugerah ini amat bermakna bukan sahaja kepada beliau tetapi juga kepada seluruh ahli GB4B negeri Perak. Beliau juga amat berharap agar dengan adanya anugerah ini maka ahli-ahli GB4B di negeri ini akan lebih berusaha dalam menjadikan para belia di negeri ini sebagai belia berpersatuan.

Turut sama menerima anugerah ialah Sdr Abrar yang juga Setiausaha GB4B Kawasan Lumut. Beliau telah menerima Anugerah Sosial dari kategori Jabatan Belia dan Sukan negeri Perak.

Beliau yang memanjatkan rasa syukur kerana telah diberi peluang untuk menerima anugerah ini juga menyatakan perkara yang sama seperti apa yang dikatakan oleh sdr Fuad.

Dalam pada itu, Pengerusi GB4B negeri yang juga merupakan Presiden GB4B Malaysia menyatakan kebanggaan beliau kepada kedua-dua penerima anugerah tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa anugerah berganda ini amat bermakna kepada GB4B negeri Perak dan ini telah membuktikan bahawa GB4B Negeri Perak amat komited didalam mengimarahkan persatuan belia dalam negeri.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada JBS dan kerajaan negeri Perak kerana memberi kepercayaan kepada GB4B untuk menerima anugerah tersebut.

Sunday 26 June 2011

PELANCARAN SKUAD SAYANG BELIA 4B PRIHATIN DI KEDAH

Skuad sayang Gerakan Belia 4B prihatin negeri Kedah yang dilancarkan oleh Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Mua'amar Ghadafi Jamal semalam menyaksikan pendaftaran lebih 500 orang ahli.

Menurut kata Presiden GB4B, pelancaran skuad sayang ini dilakukan berikutan permintaan dari Pengerusi GB4B Kedah Sdr Khairul Azhar yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Baling Kedah.

Menurut beliau lagi skuad sayang belia 4b prihatin telah banyak melakukan kerja-kerja amal dalam membantu penduduk yang di landa musibah seperti banjir, kebakaran dan sebagainya.

Dengan adanya skuad ini di negeri Kedah, maka bantuan akan lebih cepat dapat diberikan bila berlaku sesuatu masalah.

Menurut kata Sdr Khairul Azhar pula, beliau amat berterima kasih kepada Presiden GB4B yang telah melancarkan skuad ini.

Beliau merasakan skuad ini perlu ada di negeri Kedah berikutan negeri ini boleh dikatakan akan menerima musim banjir setiap tahun, dan pada tahun ini bantuan telah diberikan oleh skuad sayang belia 4b prihatin pusat. beliau juga berharap dengan adanya skuad ini di negeri Kedah maka beliau mengharapkan bantuan akan dapat diberikan seberapa segera yang mungkin.


PERASMIAN SKUAD SAYANG BELIA 4B PRIHATIN

ANTARA AHLI GB4B YANG MENYERTAI
 SKUAD SAYANG 4B PRIHATIN

PARA PESERTA BEGITU ASYIK MENDENGAR
UCAPAN PRESIDEN GB4B
Gerakan Belia 4B negeri Perak mengucapkan tahniah kepada GB4B negeri Kedah kerana telah berjaya menubuhkan skuad sayang 4B prihatin dan mendoakan agar dengan tertubuhnya skuad ini maka GB4B negeri Kedah akan bertambah mantap demi untuk membela nasib rakyat di negeri Kedah.

Saturday 25 June 2011

LAWATAN PRESIDEN KE PENDANG DAN GURUN

Presiden Gerakan Belia 4B hari ini bersama-sama dengan skuad sayang GB4B melakukan lawatan ke rumah anak yatim Al-Munirah di Gurun Kedah. Lawatan yang turut disertai oleh Pengerusi GB4B Pulau Pinang dan Kedah itu melihatkan skuad sayang melakukan program gotong royong dan penyampaian bantuan kewangan dan lain-lain lagi.
Menurut Presiden GB4B..lawatan seumpama ini memang kerap dijalankan dan beliau sendiri sering turun padang bersama-sama pemimpin GB4B setempat untuk memantau perkembangan ahli-ahli GB4B khususnya dan masyarakat setempat amnya.
Selesai sahaja lawatan ke rumah anak yatim tersebut, beliau bersama-sama rombongan melakukan lawatan ke Pendang dimana seramai 500 orang ahli GB4B berkumpul untuk menyambut ketibaan beliau.  







PRESIDEN BERGAMBAR KENANG-KENANGAN BERSAMA
PENGHUNI RUMAH ANAK-ANAK YATIM AL-MUNIRAH
GURUN KEDAH

KETIBAAN PRESIDEN GB4B DI SAMBUT OLEH
PENGERUSI JKKK KG TAI PENDANG

PRESIDEN BERAMAH MESRA DENGAN PENDUDUK
KAMPUNG TAI

BERAMAH MESRA BERSAMA JKKK KG TAI
PRESIDEN MEMBERIKAN UCAPAN DALAM PROGRAM
SANTAI BERSAMA AHLI GB4B PENDANG

LEBIH KURANG 500 ORANG AHLI GB4B PENDANG
HADIR MENYAMBUT KETIBAAN PRESIDEN

Wednesday 15 June 2011

Lawatan MBM ke London

Lawatan Majlis Belia Malaysia ke London baru baru ini boleh dikatakan berjaya setelah beberapa sesi dialog bersama dengan pelajar pelajar Malaysia di sana telah berjalan dengan lancer. Lawatan yang diketuai oleh Presiden MBM itu juga telah menemui Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London menemui jalan penyelesaian dalam memberikan khidmat kepada pelajar pelajar Malaysia disana.
Berikut adalah gambar gambar semasa lawatan yang juga di sertai oleh Presiden Derakan Belia 4B Malaysia serta Setiausaha Agung GB4B Malaysia Ke London.
Program yang diberi nama 'Kembara UK' ini telah berangkat ke Kota London Pada 6 jun dan dijangka pulang ke tanah air pada 16 jun 2011 nanti. Tahniah kepada MBM dan Gerakan Belia 4B Malaysia. 
presiden dan naib presiden gb4b bersama COO global wellnes
dihadapan Buckinham Palace

presiden gb4b di D Old Trafford 

bersama pesuruhjaya tinggi Malaysia di London

perjumpaan dan dialog MBM bersama pelajar Malaysia
di London

antara wakil gb4b dalam KembaraUK MBM di Pejabat

menandatangani buku pelawat di pejabat pesuruhjaya tinggi
Malaysia di London

pertukaran MOU "Perjanjian Old Trafford" antara gb4b
dan Global Wellness Foundatioan di saksikan oleh
Presiden MBM

pasukan penyelamat leicester city berusaha mengeluarkan
4 pemimpin belia Malaysia yang terperangkap
di dalam lif

perjumpaan dengan pelajar di Universiti of Manchaster

presiden MBM berucap dalam perjumpaaan dengan
Malaysian student department

ucapan presiden MBM di Malaysian High Comission London

Sunday 5 June 2011

JOM KITA MAIN FUTSAL DI PUTRAJAYA


GB4B Malaysia akan menganjurkan pertandingan futsal 1 Belia 1 Malaysia pada 19 jun 2011 ini bertempat di kompleks futsal  1 Malaysia Presint 18 putrajaya.
Pertandingan menyediakan hadiah-hadiah seperti berikut:
1.       Juara Belia                                           = RM 5000.00 + Piala Iringan + Pingat
2.       Naib juara                                            = RM 2000.00 + Pingat
3.       Ke 3                                                      = RM 1500.00 + Pingat
4.       Ke 4                                                      = RM 1000.00 + Pingat
5.       Ke 5 – 8                                                = RM   300.00 (setiap pasukan)
Bagi kategori beliawanis pula hadiah-hadiah adalah seperti berikut:
1.       Juara beliawanis                                  = RM 3000.00 +  Piala Iringan + Pingat
2.       Naib juara                                            = RM 2000.00 + Pingat
3.       Ke 3                                                      = RM 1000.00 + Pingat
4.       Ke 4                                                      = RM   500.00 + Pingat
5.       Ke 5 – 8                                                = RM   300.00 (setiap pasukan)
Yuran penyertaan bagi pertandingan ini Cuma RM 150.00 bagi setiap pasukan.
Borang-borang boleh didapati di laman web GB4B seperti kekotak pautan diatas atau dapatkan terus dari Ibu Pejabat Gerakan Belia 4B Malaysia.
Bayaran juga boleh dibuat melalui bayaran secara tunai atau cek ke akaun GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA (CIMB BANK BHD No A/C 14200003637052)
Penyerahan borang boleh juga dibuat melalui fax di talian 03-22826649 dengan disertakan sekali BUKTI PEMBAYARAN (SLIP BANK)
Tarikh tutup penyertaan pada 10 jun 2011 dan PENYERTAAN ADALAH TERHAD.
Jom ramai-ramai kita sertai pertandingan futsal 1 Belia 1 Malaysia
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
1.       Sdr Mohd Faizal                = 012-338 4059
2.       Sdr Mokhtar                     = 019-369 2242
3.       Sdr Zainuddin (atai)         = 017306 6644
4.       GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA   = 03-22824649 / 9648

GAMBAR-GAMBAR HIMPUNAN SEJUTA BELIA

Ucapan Perasmian oleh Perdana Menteri




Penyerahan memorandum persefahaman 1 belia 1 puteri diantara presiden gb4n dan ketua puteri umno Malaysia


TPM menandatangani buku pelawat gb4b di booth gb4b hbn


penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh sdr rizam mkt gb4b

TS dr koh tsu konn menandatangani buku pelawat gb4b di booth gb4b hbn

tarian poco-poco di booth mansewel datang kl gb4b hbn

presiden gb4b menyarungkan jaket gb4b kepada TPM

TS dr koh tsu koon mencuba permainan dart di booth gb4b hbn

gambar kenangan urusetia gb4b hbn bersama presiden gb4b dan ketua puteri umno Malaysia

booth gb4b

pasukan pengakap melawat booth gb4b

S/UA mencuba segway

tarian 1 Malaysia oleg majlis belia wilayah persekutuan

presiden gb4b mencuba segway

kedatangan TPM di sambut oleh presiden gb4b dan ketua puteri umno Malaysia

S/U Agung beramah mesra dengan menteri di jabatan perdana menteri

TS dr koh tsu koon di booth filem man sewel datang kl

lautan belia

bendera gb4b berkibar megah di hbn

simulasi golf di booth gb4b hbn

naib presiden gb4b (wanita) menerima hadiah belia perdana  


permainan dam haji turut di adakan

pelakon utama man sewel datang kl



gambar kenangan di booth gb4b



banner ucapan tahniah dari gb4b kepada puan haslinda N/P gb4b (wanita)