Tuesday 26 April 2011

FILEM KOMEDI MAN SEWEL DATANG KL


Gerakan Belia 4B perak mengucapkan tahniah kepada Work Move Production SDN BHD atas pelancaran atau perasmian filem sulong mereka di Dataran FINAS pada petang tadi (26 April 2011).
Filem yang di beri tajuk Man Sewel Datang KL yang di barisi pelakon Shuib Sepah (Man Sewel) dan Julia Ziegler (Nadia) serta beberapa pelakon popular tanah air dijangka akan berada di Layar Perak pada bulan November nanti. Filem ini juga turut menampilkan kumpulan May dalam penayangan filem tersebut.

Majlis pelancaran dan perasmian hari ini telah di sempurnakan oleh YB Datuk Razali bin Hj Ibrahim selaku Timb. Menteri Belia dan Sukan, turut hadir di majlis tersebut Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia En Sufian Awang yang turut sama memberikan sokongan.
Dalam ucapan perasmian YB Datuk Razali tadi,beliau memberi ingatan kepada penerbit supaya jangan meninggi diri jika sesebuah filem itu berjaya dan jangan sesekali putus asa sekiranya sesebuah filem itu gagal.
Dalam ucapan aluan pengerusi eksekutif filem ini, En Hamizi bin Mat Juah pula berkata, sekarang barulah beliau tahu betapa peritnya sesebuah produksi itu untuk menerbitkan sebuah filem. Beliau yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah didalam Work Move Produktion SDN BHD dalam ucapannya juga memberitahu bahawa setiap 1% dari hasil kutipan filem ini akan di salurkan kepada Tabung Amal Gerakan Belia 4B Malaysia yang begitu banyak membantu dalam kerja-kerja amal diseluruh Negara. Dan kata-kata beliau ini ditujukan khas kepada Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Saudara Mua’amar Ghadafi Jamal yang turut sama hadir ke majlis tersebut.
Majlis petang ini juga menyaksikan ramai para wartawan hiburan dari media cetak dan elektronik datang untuk membuat liputan. Dalam majlis ini juga, hadirin telah di perdengarkan dengan lagu-lagu dari nyanyian para pelakon filem tersebut.
Dengan pelancaran filem itu tadi, Gerakan Belia 4B Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Work Move Production SDN BHD dan terima kasih kepada Datuk Razali Ibrahim kerana sudi hadir serta merasmikan majlis pelancaran filem Man Sewel datang KL, dan kepada semua pembaca, GB4B Perak harap supaya datang beramai-ramai ke pawagam untuk menyaksikan filem komedi ini yang pastinya membuatkan ada tak kering gusi.

DWJ HOTEL MENJANJIKAN KESELESAAN PENGINAPAN

DWJ hotel yang di buka dengan rasminya oleh Menteri Besar Perak baru-baru ini menjanjikan penginapan yang selesa setanding dengan hotel bertaraf bintang di negara ini. Dimiliki oleh CAJ Holding SDN BHD,dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera, DWJ Hotel terletak di Pusat Perniagaan Ipoh berhampiran dengan pusat membeli belah Greentown, DWJ juga berhampiran dengan pelbagai kemudahan perbankan dan kesihatan. Dengan hanya 10 minit perjalanan dari Lost World of Tambun, DWJ yang beralamat di CG1, Jalan Dato’ Ahmad Said, Greentown Suria, 30450 Ipoh Perak, pastinya memberikan kemudahan yang menarik dengan memiliki 22 buah bilik dengan kadar sewa diantara RM 88.00 hingga ke RM 168.00 beserta dengan kemudahan-kemudahan asas seperti peti television, penghawa dingin 24 jam sehari dan lain-lain kemudahan lagi, sudah pastinya akan memberi keselesaan sepanjang penginapan pelanggan ke hotel tersebut.
Untuk memudahkan pelanggan membuat tempahan, laman blog ini juga mempunyai pautan terus ke DWJ hotel dengan klikkan ke kekotak yang bertulis hotel di atas.

Monday 25 April 2011

UCAPAN DARI PENGERUSI GB4B PERAK MERANGKAP PRESIDEN GB4B MALAYSIA

Assalamu’alaikum
Salam 1 Belia 1 Malaysia
Saya selaku Pengerusi GB4B Negeri Perak merangkap Presiden GB4B Malaysia, mengucapkan selamat datang kepada semua pelawat-pelawat laman blog rasmi GB4B Perak.
Semoga dengan adanya laman blog ini GB4B Perak akan mendapat memberikan maklumat serta informasi tentang aktiviti dan apa juga agenda yang bakal di jalankan oleh GB4B negeri Perak.
Saya juga memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah memberikan rahmat serta hidayahnya sehingga terbinanya laman blog ini.
Para pelawat sekalian, dengan adanya laman blog ini kami di GB4B Perak amat berharap ianya dapat membantu para belia untuk terus mara serta maju kehadapan demi untuk menaikkan taraf serta membela golongan-golongan belia semua peringkat di Negeri Perak khususnya dan Negara Malaysia amnya.
Saya juga mengambil kesempatan ini menjemput para pelawat sekalian untuk melawat laman web GB4B Malaysia melalui pautan yang terdapat di dalam laman blog ini. Laman ini juga mempunyai pautan yang berkaitan dengan belia seperti laman web Kem. Belia dan Sukan Malaysia. Disini juga terdapat pautan di mana para pelawat boleh memeriksa daftar pemilih serta beberapa pautan yang lain.
Akhir kata, saya mengucapkan selamat melayari laman blog rasmi kami dan sambutlah kata keramat Gerakan Belia 4B..’BERGERAK’. Sekian saya sudahi dengan Wabillahi taufik wal hidayah, wassalmu’alaikum warah matullahi wabarakatuh
DARI LIDAH PENERBIT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamu'alaikum warah matullahi wabarakatuh.

Sambutlah salam kata-kata keramat Gerakan Belia 4B..'BERGERAK'

Memandangkan di zaman globalisasi ini semakin ramai yang menggunakan khidmat jalur lebar dalam menyampaikan maklumat, maka Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Perak dengan penuh rasa kesyukuran mengucapkan selamat datang kepada pelawat-pelawat laman Blog rasmi Gerakan Belia 4B negeri Perak.

Semoga dengan adanya media elektronik ini, maka ianya akan dapat membantu Gerakan ini dalam menyampaikan maklumat secara terus kepada para belia sekalian.

Diharapkan juga disini akan ada kebaikan bagi kita semua para-para belia dalam meniti arus pembangunan negara seiring dengan kemajuan yang telah kita capai dan nikmati masa kini. 'BERGERAK'