Sunday 31 July 2011

PELANCARAN PROGRAM SYARUL MUSAWWAH DI SANDAKAN

Pelancaran Program Syarul Musawwah telah di adakan pada 25-27 Julai dan telah di rasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Yb Datuk Rosnah Shuirlin mewakili Ketua Menteri Sabah.

Menurut kata Presiden GB4B program ini akan pergi ke seluruh pelusuk negara bagi membantu mereka yang memerlukan termasuklah fakir miskin, sekolah agama, anak yatim dan sebagainya.

Program ini di sokong oleh Yayasan Harapan serta Yayasan Global Wellness.

Program yang telah bermula seawal jam 8 pagi menyaksikan pelepasan konvoi dan singgah di Sekolah Agama Rakyat Nurul Hikmah untuk melakukan kerja-kerja gotong royong dan sumbangan berupa komputer oleh pihak Yayasan serta sumbangan buku-buku ilmiah oleh GB4B.

Selesai sahaja di Sekolah Agama Rakyat, Konvoi terus bergerak menuju ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan bagi memberikan sumbangan kepada para pesakit.

Dalam pada itu semasa ucapan Yb Datuk Rosnah, beliau menyeru agar Gb4B membuka lembaran baru di Sabah dan GB4B Malaysia sedang meneliti segala aspek untuk menuju ke arah tersebut. Ini termasuklah dana dan sebagainya. Dalam ucapan tersebut juga, Yb Datuk Rosnah ada menyebut tentang dana yang akan disalurkan oleh kerajaan negeri dan juga dari Lembaga Promosi Kesihatan.

Pada 2 Ramadhan nanti program Sahur bersama Ketua Menteri Melaka akan diadakan dan dijangkakan pelancaran kali ke 2 akan di buat dan program ini akan berlangsung hingga menjelang Syawal nanti.

Berikut adalah gambar-gambar yang di rakam sepanjang program tersebut berlangsung.
































































































Thursday 21 July 2011

KEJOHANAN FUTSAL 1 MELAKA 1 BELIA


Kejohanan futsal '1 Melaka 1 Belia' akan berlangsung pada 30 julai 2011.

Tarikh tutup penyertaan pada 28 Julai 2011 dan ianya terhad kepada 60 pasukan.

Kategori terbuka lelaki, yuran : RM 100

Hadiah Pertama : RM 1111.00 + Pingat
Hadiah Kedua   : RM   777.00 + Pingat
Hadiah Ketiga   : RM   444.00 + Pingat
hadiah Ke 4 - 8 : RM   111.00 + Pingat

Untuk Pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 013- 6322782 / 012-2425662

Sunday 17 July 2011

PEMBUKAAN PEJABAT GERAKAN BELIA 4B TELUK INTAN

GAMBAR DEPAN PEJABAT GB4B TELUK INTAN

Tahniah diucapkan dari pada GB4B Perak kepada GB4B Teluk Intan diatas pembukaan pejabat baru yang terletak di Taman Melor Teluk Intan.

Pembukaan pejabat baru ini atas inisiatif pengerusi kawasan iaitu saudara Saiful Adli bin Mohd Arshad yang juga merupakan Timbalan Pengerusi GB4B Negeri Perak.

Sebelum ini pejabat operasi GB4B Teluk Intan terletak di Jalan Maharajalela Teluk Intan dimana ianya juga adalah pejabat untuk Majlis Belia Daerah Hilie Perak.

Dengan adanya pejabat baru ini GB4B Teluk Intan akan terus mara untuk membela para ahli serta belia di sekitar Teluk Intan khususnya.

Majlis pembukaan yang dimulakan dengan bacaan Yassin dan Doa Selamat juga telah dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan yang juga merupakan ADUN Sungai Manik, YB Datuk Zainol Fadzi bin Haji Paharudin.

YB DATUK ZAINOL BERSAMA-SAMA PENDUDUK SERTA
EXCO GB4B TELUK INTAN DALAM BACAAN DOA SELAMAT
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada GB4B Teluk Intan dan seluruh ahli jawatankuasa serta ahli-ahli GB4B diatas pembukaan pejabat baru ini