Saturday 28 May 2011

HIMPUNAN SEJUTA BELIA HANGAT

Sambutan Program Himpunan Sejuta Belia Kebangsaan yang bermula pada 27 Mei dan akan berakhir pada 29 Mei 2011 di Putrajaya amat meriah pada tahun ini dengan sasaran kehadiran sejuta belia telah berjaya di capai sebelum menjelang pukul  1 tengah hari.
Program yang di anjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ini akan di rasmikan pada jam 4 petang 200 disediakan dalam program ini.
Gerakan Belia 4B Malaysia tidak ketinggalan dalam menyertai program dan menyediakan sebuah booth untuk dikunjungi oleh para-para belia dan orang ramai.
Pada sebelah pagi tadi satu upacara menandatangani perjanjian jalinan persefahaman di antara Gerakwanis GB4B dan Puteri UMNO Malaysia telah berlangsung di mana ianya telah ditandatangani oleh Haslinda Ahmad selaku Pengerusi Gerakwanis merangkap Naib Presiden Wanita GB4B Malaysia bersama-sama dengan Datuk Rosnah selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Turut menyaksikan upacara tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden GB4B Saudara Mua’amar Ghadafi. Tujuan perjanjian persefahaman ini adalah untuk membolehkan setiap ahli GB4B wanita secara automatic menjadi ahli Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Pada jam 1 tengahhari tadi pula menyaksikan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga merupakan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, beliau juga sempat untuk beramah mesra dengan ahli-ahli GB4B yang berada di booth dan mencuba beberapa acara permainan yang disediakan

Thursday 26 May 2011

TAHNIAH KEPADA PUAN HASLINDA

Gerakan Belia 4B (GB4B) Perak mengucapkan tahniah kepada Puan Haslinda Binti Ahmad yang telah dianugerahkan dengan Anugerah Perdana Belia Negara 2011 Tokoh (P) Peringkat Kebangsaan.
Anak kedua daripada  empat (4) orang adik beradik ini dilahirkan di Kampung Megat Dewa, Kangar, Perlis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dari Universiti Utara Malaysia dan Diploma Pentadbiran Awam  UITM dan kini menjalankan perniagaan sendiri.
Beliau yang juga merupakan Naib Presiden GB4B Malaysia(beliawanis) dan juga merupakan Pengerusi GB4B Negeri Perlis telah bergiat aktif dalam GB4B sejak dari 1993 sebagai ahli biasa di cawangan Kampung Semadung didalam kawasan Padang Besar.Pada tahun 1995 beliau mula aktif di peringkat  kawasan Padang Besar seterusnya dalam GB4B Negeri Perlis pada 1998, pada tahun 2002  beliau telah di pilih sebagai Naib Pengerusi GB4B (beliawanis) Negeri dan pada tahun 2003 beliau telah dipilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi GB4B Malaysia. Pada tahun 2009 beliau dipilih sebagai Naib Presiden (penaja) GB4B Malaysia dan pada pemilihan tahun 2010 beliau telah berjaya menyandang jawatan Naib Presiden GB4B (beliawanis) Malaysia.
Beliau yang juga telah menerima beberapa anugerah diantaranya Anugerah Kesukarelaan Belia Negeri Perlis pada tahun 2007 dan pada tahun ini beliau juga telah menerima Anugerah Kepimpinan Belia peringkat Negeri yang menjadi titik permulaan untuk  Anugerah Perdana belia.  Ini kerana pemilihan untuk melayakkan seseorang itu di pilih sebagai penerima Anugerah Perdana ianya perlulah berdasarkan dari maklumat dan penilaian keseluruhan Anugerah Belia seluruh Malaysia.
Anugerah yang akan di sampaikan oleh Perdana Menteri pada 27 mei 2011 berlangsung di PutraJaya semasa perasmian Hari Belia Peringkat Kebangsaan.
Dalam soalan yang diajukan kepada beliau menggunakan khidmat pesanan ringkas (sms) tentang perasaan beliau setelah di anugerahkan dengan anugerah yang boleh dikatakan berprestij bagi golongan penggiat belia itu, beliau mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah di pilih untuk menerima anugerah tersebut.
Beliau juga berkata, anugerah ini menjadikan beliau lebih bersemangat dalam memperjuangkan nasib para belia didalam negara. Anugerah ini juga katanya lagi, bukan hanya untuk dirinya, tetapi ianya juga adalah anugerah untuk GB4B Malaysia.
Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada GB4B Malaysia terutamanya Presiden GB4B yang selama ini telah memberi banyak bantuan serta dorongan hingga beliau dapat menerima Anugerah Perdana pada tahun ini.

Monday 23 May 2011

lawatan presiden gb4b keatas mangsa tanah runtuh

Rombongan Gerakan Belia 4B Malaysia(GB4B) yang di ketuai oleh Presiden GB4B YBhg Sdr Mua’mar Ghadafi Jamal  malam tadi telah pergi melawat mangsa-mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Ulu Langat yang masih dirawat di Hospital Ampang.

Beliau yang yang turut di iringi oleh YBhg Datuk Dzul Akhbar yang juga merupakan wakil dari Global Wellness Foundation serta ahli Gerakan Belia 4B tiba di perkarangan hospital lebih kurang jam 9 malam tadi dan terus di bawa oleh petugas hospital ke wad yang menempatkan mangsa untuk menerima rawatan. Turut hadir dalam lawatan tersebut ahli-ahli dari kelab sahabat NGO pemuda UMNO.
Beliau juga sempat untuk bertanya khabar kepada mangsa-mangsa dan menyerahkan wang bantuan kepada semua mangsa yang terlibat dalam kejadian itu sebelum di bawa ke bilik ICU dimana 3 orang mangsa di tempatkan.
Suasana sedih dan pilu menyelubungi suasana di bilik ICU apabila Sdr Mua’mar Ghadafi di maklumkan bahawa 2 orang mangsa terpaksa di potong di bahagian kaki setelah usaha untuk menyelamatkan kaki mereka yang cedera parah gagal. Lebih memilukan lagi apabila salah seorang dari mangsa yang kehilangan kaki yang juga merupakan guru Fardhu ‘ain di sekolah terbabit merupaka ahli gerakan Belia 4B cawangan Ulu Langat. Mangsa kelihatan sebak setelah di beritahu bahawa presiden GB4B sendiri datang membuat lawatan.
Dalam soalan yang di ajukan kepada bapa salah seorang mangsa yang tercedera iaitu En. Mohd Khairul Anuar b. Mohd Nazri, beliau mendapat berita tentang kemalangan tersebut apabila bapa saudara beliau yang duduk berhampiran dengan kawasan kejadian menelefon beliau lebih kurang jam 5 petang. Menurut beliau, anak pertama beliau yang berumur 9 tahun telah 3 tahun dihantar belajar di pusat tahfiz tersebut. Beliau berkata lagi semasa kejadian beliau berada di rumah dan terus bergegas dari kediaman beliau di Cheras ke tempat kejadian dan mendapati anak beliau telah berjaya diselamatkan serta di bawa ke hospital.
Kanak-kanak tersebut mengalami luka di bahgian kaki dan doktor mengesahkan bahawa bahagian usus beliau juga mengalami sedikit kecederaan.
Dalam pada itu, semasa Sdr Mua’amar Ghadafi di ajukan dengan soalan, beliau mengatakan GB4B Malaysia akan memberikan bantuan untuk mangsa yang kehilangan kaki mendapat kaki palsu.
Beliau juga menyampaikan salam dari Presiden Alumni GB4B Malaysia iaitu YAB Datuk Seri Ali Rustam yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka kepada mangsa dan keluarga mangsa yang terselamat.
Beliau berkata lagi sumbangan yang disampaikan pada malam ini merupakan sumbangan ikhlas dari GB4B Malaysia dan ianya hanyalah sumbangan kecil terhadap mangsa. Baliau juga berharap dan berdoa agar mangsa dalam kejadian itu redha dengan ketentuan Ilahi dan semua yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya. Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

presiden gb4b menghulurkan bantuan kepada salah seorang mangsa yang terselamat, bayi tersebut juga merupakan mangsa dalam kejadian tanah runtuh di ulu langat petang kelmarin
 
presiden gb4b bertanyakan sesuatu kepada waris mangsa yang cedera. adik kepada mangsa ini meninggal dunia dalam kejadian tersebut
 
salah seorang lagi mangsa yang terselamattetapimengalami kecederaan di bahagian kaki   
 
presiden gb4b menyampaikan salam daripada YAB Datuk Seri Ali Rustam selaku presiden Alumni GB4B Malaysia kepada waris mangsa


Monday 16 May 2011

MAJLIS PELANCARAN HIMPUNAN SEJUTA BELIA

Majlis pelancaran program Himpunan Sejuta Belia yang berlangsung pada malam ini telah di sempurnakan perasmiannya oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur menyaksikan lebih dari 5000 orang belia berkumpul di sepanjang jalan tersebut.
Turut hadir majlis pelancaran tersebut ialah Menteri Belia dan sukan serta Timbalan Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan beberapa orang VIP lain melihatkan betapa kerajaan menghargai para belia seluruh Negara.
Jaguh badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei juga tidak ketinggalan dalam memberikan semangat kepada para belia pada malam ini.

Program malam ini telah di mulakan dengan kehadiran belia-belia berkasut roda seramai lebih kurang 100 orang yang telah bergerak dari Menara Berkembar Petronas menuju ke tapak program.
Gerakan Belia 4B juga telah menghantar ahli di ketuai oleh Presiden GB4B sendiri untuk memeriahkan lagi majlis pelancaran tersebut. Kelihatan bendera GB4B berkibar di sepanjang masa program berlangsung.  
Program yang telah berlangsung sejak pukul 2 petang tadi juga adalah program sambutan Hari belia peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Timbalan Perdana Menteri dalam ucapan perasmian beliau menyeru supaya golongan belia tanah air bersama-sama menyumbang tenaga dalam kemajuan Negara. Menurut beliau lagi, belia adalah kumpulan masyarakat yang mempunyai pemikiran kreatif dan golongan belia ini juga adalah asset Negara dalam kita menuju Negara maju dan wawasan 2020. Belia juga mampu untuk menjadi penyumbang kepada idea-idea bernas yang di perlukan oleh Negara. Oleh itu kata beliau lagi, kerajaan akan sentiasa mendampingi golongan muda dalam apa jua program yang akan dilaksanakan. Golongan belia dengan kerajaan boleh diibaratkan seperti aur dengan tebing, seperti isi dengan kuku yang mana dua-dua saling memerlukan antara satu sama lain.
Dalam majlis tadi juga telah di perlihatkan sebuah robot yang akan di pertontonkan pada hari himpunan belia yang akan diadakan pada 27 hingga 29 Mei di Putrajaya nanti.
Menurut kata Presiden GB4B pula, hari Himpunan Sejuta Belia nanti GB4B Malaysia berhasrat untuk  menghantar seberapa ramai ahli yang mampu untuk bersama-sama dalam setiap program dan acara yang akan di anjurkan sempena dengan program tersebut. Beliau juga menyeru agar semua ahli GB4B supaya hadir ke hari Himpunan tersebut kerana lebih dari 200 acara di sediakan sepanjang 3 hari program berlangsung. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana telah berjaya mengadakan majlis pelancaran yang begitu hebat seperti malam ini. Katanya lagi mala mini juga menyaksikan bahawa kerajaan amat prihatin terhadap belia dan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri pada malam ini di harap dapat menaikkan semangat para-para belia dalam meniti arus pembangunan Negara. 

Sunday 15 May 2011

TAHNIAH KEPADA PENGERUSI GERAK SUKAN


Gerakan belia 4B Negeri Perak mengucapkan jutaan tahniah kepada Pengerusi Gerak Sukan Negeri iaitu saudara Husnus Zaim bin Datuk Mohd Padil kerana telah di lantik sebagai jurulatih pasukan Futsal lelaki dan wanita untuk  SUKMA yang akan diadakan pada 2 hingga 12 Jun nanti di Shah Alam Selangor.
Beliau yang juga Pengerusi GB4B Sungai Siput telah dilantik untuk menjadi jurulatih pasukan Futsal Negeri Perak setelah berjaya membawa kejayaan pasukan Futsal GB4B dalam pertandingan Futsal sempena Hari Belia Peringkat Negeri Perak yang berlangsung dari 13 hingga 15 Mei 2011 di Dataran Kerian.
Sementara itu, Pengerusi GB4B Perak saudara Mua’amar Ghadafi Jamal pula memberitahu bahawa ini adalah satu kejayaan dan pengiktirafan dari kerajaan negeri kepada GB4B Negeri Perak khususnya kepada Gerak Sukan GB4B. Beliau juga mengucapkan tahniah dan merasa amat bangga terhadap  pasukan GB4B yang telah memenangi banyak acara dalam sukan yang di sertai sempena Hari Belia tersebut.
Selain dari Futsal, GB4B Perak juga menganjurkan pertandingan Muaythai atau Tomoy sempena HBNP pada hari pertama program tersebut.
Dalam kenyataan lain, beliau juga turut mengatakan bahawa GB4B Perak akan menghantar seramai mungkin peserta bagi menjayakan Himpunan Sejuta yang akan di adakan pada penghujung bulan ini yang akan diadakan di PutraJaya. “Ini sebagai tanda sokongan GB4B kepada kerajaan” katanya lagi.
Untuk maklumat lanjut tentang program Himpunan Sejuta Belia nanti, pembaca boleh klik pada pautan KBS di atas.
Gerakan Belia 4B Negeri Perak mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Gerak Sukan GB4B negeri serta Jabatan Belia dan Sukan di atas kejayaan program sambutan Hari Blia peringkat Negeri Perak.  

Thursday 12 May 2011

TAHNIAH KEPADA UMNO DARI GB4B

Gerakan Belia 4B Negeri Perak mengucapkan jutaan tahniah kepada UMNO Malaysia diatas sambutan ulang tahun ke 65 semalam. Majlis sambutan yang diadakan di bangunan PWTC malam tadi bermula dengan solat maghrib berjemaah diikuti oleh bacaan Yassin, Tahlil serta doa kesyukuran diadakan sebelum solat isyak berjemaah di surau Al-Rahman.
Penyampaian Anugerah Tokoh Melayu Terbilang juga di adakan dengan menyaksikan dua (2) orang tokoh telah dipilih melibatkan seorang lelaki iaitu YM. PROF. DR. SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS dan bagi kategori wanita pula di sandang oleh YBHG. PROF. DATUK DR. MAZLAN OTHMAN.
Gerakan Belia 4B Negeri Perak juga mengucapkan tahniah kepada UMNO negeri Perak yang di terajui oleh YAB Datuk Seri Dr Zamri Abd Kadir selaku Menteri Besar dan berdoa semoga pemerintahan UMNO akan kekal selamanya.

Akhir kata, GB4B Perak tetap menyokong penuh kerajaan dibawah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional dan akan terus sama-sama berjuang dalam memberikan khidmat kepada masayarakat.

Thursday 5 May 2011

SKUAD PRIHATIN GB4B PERAK MEMBANTU MANGSA BANJIR

Pasukan skuad 4B prihatin negeri Perak yang diketuai oleh saudara Ibnu Rasyid yang juga merupakan Pen. Setiausaha GB4B Negeri hari ini telah menjalankan satu lagi kerja-kerja gotong royong membersihkan kawasan perumahan di kawasan perumahan Taman Pengkalan Makmur Taiping.
Ibnu yang mengetuai pasukan yang berkekuatan seramai 15 orang turut di bantu oleh saudara Fendy Datuk Zailani (AJK pemuda UMNO Taiping) yang juga merupakan AJK GB4B Negeri yang turut sama dalam kerja-kerja pembersihan.
Sebanyak 50 buah rumah di tenggelami air sedalam hampir satu meter semalam setelah hujan lebat tidak berhenti sejak dari pagi kelmarin. Turut terlibat dalam kejadian banjir tersebut adalah rumah kepada Pengerusi Tetap GB4B Perak, Saudara Rahmad Yusri Sukarman.
Dalam ucapan terima kasih Saudara Rahmad, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada skuad perihatin GB4B Perak yang di ketuai oleh Ibnu Rasyid, Saudar Fendy dan tak lupa juga kepada Pengerusi GB4B Perak,  saudara Mua’amar Ghadafi Jamal yang telah mengerahkan jentera bagi membantu dalam usaha-usaha pembersihan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pergerakan pemuda UMNO Taiping  yang turut sama dalam kerja-kerja tersebut.
Kata beliau lagi, budi dan jasa yang di berikan oleh semua yang terlibat akan menjadi kenangan beliau serta penduduk setempat. Bagi Gerakan Belia 4B ucapan tahniah diberikan kepada skuad prihatin,semoga usaha-usaha ini akan berkekalan sampai bila-bila. ‘BERGERAK’



Wednesday 4 May 2011

PENGERUSI GB4B TANJUNG MALIM PRIHATIN

                                


Sungkai 04 Mei, kira-kira 170 orang mangsa terlibat dalam banjir yang membabitkan beberapa buah kampong bermula sejak malam tadi. Air sedalam kira-kira satu meter mula membanjiri Kampong Guntong, Perlok, Perlok Baru dan juga Perlok lama setelah hujan lebat sejak petang semalam.
Pengerusi GB4B Tanjung Malim, Sdr Mohd Amin bin Othman yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Malim hari ini bersama-sama ahli GB4B dan ahli Pergerakan Pemuda Tanjung Malim pergi melawat ke kawasan-kawasan terlibat bagi memberikan bantuan berupa makanan kepada mangsa.
Bantuan berupa beras, susu, sardin , biskut dan sebagainya di hulurkan kepada mangsa atas inisiatif Pengerusi GB4B Tanjung Malim sendiri. Selain itu bantuan berupa bahan makanan mentah juga diberikan untuk di masak di pusat pemindahan banjir yang kini menempatkan seramai kira-kira 75 orang mangsa yang di tempatkan di Surau Kg Guntong.
Menurut Sdr Amin lagi, kawasan ini boleh dikatakan akan mengalami kenaikan air jika hujan lebat berpanjangan berikutan kawasan ini adalah kawasan tanah rendah. Menurut beliau lagi, setiap kali berlaku banjir, beliau serta ahli GB4B akan bersama-sama membantu mangsa tidak kira sama ada siang atau malam demi menjaga serta berkhidmat kepada masyarakat setempat.
Beliau yang juga ahli jawatan kuasa GB4B Negeri Perak merangkap Pengerusi GERAK Pertanian GB4B Negeri sememangnya dikenali oleh penduduk di sekitar Tanjung Malim, Sungkai dan Bidor berikutan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh beliau serta komitmen yang di berikan terhadap khidmat kemasyarakatan.
Menurut beliau lagi, setiap kali berlaku musibah seperti banjir atau sebagainya, pihak GB4B Tanjung Malim akan segera memaklumkan perkara tersebut kepada GB4B Negeri yang di Pengerusikan oleh Saudara Mua’mar Ghadafi Jamal yang juga merupakan Presiden GB4B Malaysia untuk tindakan serta bantuan susulan.