Wednesday 4 May 2011

PENGERUSI GB4B TANJUNG MALIM PRIHATIN

                                


Sungkai 04 Mei, kira-kira 170 orang mangsa terlibat dalam banjir yang membabitkan beberapa buah kampong bermula sejak malam tadi. Air sedalam kira-kira satu meter mula membanjiri Kampong Guntong, Perlok, Perlok Baru dan juga Perlok lama setelah hujan lebat sejak petang semalam.
Pengerusi GB4B Tanjung Malim, Sdr Mohd Amin bin Othman yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Malim hari ini bersama-sama ahli GB4B dan ahli Pergerakan Pemuda Tanjung Malim pergi melawat ke kawasan-kawasan terlibat bagi memberikan bantuan berupa makanan kepada mangsa.
Bantuan berupa beras, susu, sardin , biskut dan sebagainya di hulurkan kepada mangsa atas inisiatif Pengerusi GB4B Tanjung Malim sendiri. Selain itu bantuan berupa bahan makanan mentah juga diberikan untuk di masak di pusat pemindahan banjir yang kini menempatkan seramai kira-kira 75 orang mangsa yang di tempatkan di Surau Kg Guntong.
Menurut Sdr Amin lagi, kawasan ini boleh dikatakan akan mengalami kenaikan air jika hujan lebat berpanjangan berikutan kawasan ini adalah kawasan tanah rendah. Menurut beliau lagi, setiap kali berlaku banjir, beliau serta ahli GB4B akan bersama-sama membantu mangsa tidak kira sama ada siang atau malam demi menjaga serta berkhidmat kepada masyarakat setempat.
Beliau yang juga ahli jawatan kuasa GB4B Negeri Perak merangkap Pengerusi GERAK Pertanian GB4B Negeri sememangnya dikenali oleh penduduk di sekitar Tanjung Malim, Sungkai dan Bidor berikutan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh beliau serta komitmen yang di berikan terhadap khidmat kemasyarakatan.
Menurut beliau lagi, setiap kali berlaku musibah seperti banjir atau sebagainya, pihak GB4B Tanjung Malim akan segera memaklumkan perkara tersebut kepada GB4B Negeri yang di Pengerusikan oleh Saudara Mua’mar Ghadafi Jamal yang juga merupakan Presiden GB4B Malaysia untuk tindakan serta bantuan susulan.

No comments:

Post a Comment