Thursday 26 May 2011

TAHNIAH KEPADA PUAN HASLINDA

Gerakan Belia 4B (GB4B) Perak mengucapkan tahniah kepada Puan Haslinda Binti Ahmad yang telah dianugerahkan dengan Anugerah Perdana Belia Negara 2011 Tokoh (P) Peringkat Kebangsaan.
Anak kedua daripada  empat (4) orang adik beradik ini dilahirkan di Kampung Megat Dewa, Kangar, Perlis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dari Universiti Utara Malaysia dan Diploma Pentadbiran Awam  UITM dan kini menjalankan perniagaan sendiri.
Beliau yang juga merupakan Naib Presiden GB4B Malaysia(beliawanis) dan juga merupakan Pengerusi GB4B Negeri Perlis telah bergiat aktif dalam GB4B sejak dari 1993 sebagai ahli biasa di cawangan Kampung Semadung didalam kawasan Padang Besar.Pada tahun 1995 beliau mula aktif di peringkat  kawasan Padang Besar seterusnya dalam GB4B Negeri Perlis pada 1998, pada tahun 2002  beliau telah di pilih sebagai Naib Pengerusi GB4B (beliawanis) Negeri dan pada tahun 2003 beliau telah dipilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi GB4B Malaysia. Pada tahun 2009 beliau dipilih sebagai Naib Presiden (penaja) GB4B Malaysia dan pada pemilihan tahun 2010 beliau telah berjaya menyandang jawatan Naib Presiden GB4B (beliawanis) Malaysia.
Beliau yang juga telah menerima beberapa anugerah diantaranya Anugerah Kesukarelaan Belia Negeri Perlis pada tahun 2007 dan pada tahun ini beliau juga telah menerima Anugerah Kepimpinan Belia peringkat Negeri yang menjadi titik permulaan untuk  Anugerah Perdana belia.  Ini kerana pemilihan untuk melayakkan seseorang itu di pilih sebagai penerima Anugerah Perdana ianya perlulah berdasarkan dari maklumat dan penilaian keseluruhan Anugerah Belia seluruh Malaysia.
Anugerah yang akan di sampaikan oleh Perdana Menteri pada 27 mei 2011 berlangsung di PutraJaya semasa perasmian Hari Belia Peringkat Kebangsaan.
Dalam soalan yang diajukan kepada beliau menggunakan khidmat pesanan ringkas (sms) tentang perasaan beliau setelah di anugerahkan dengan anugerah yang boleh dikatakan berprestij bagi golongan penggiat belia itu, beliau mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah di pilih untuk menerima anugerah tersebut.
Beliau juga berkata, anugerah ini menjadikan beliau lebih bersemangat dalam memperjuangkan nasib para belia didalam negara. Anugerah ini juga katanya lagi, bukan hanya untuk dirinya, tetapi ianya juga adalah anugerah untuk GB4B Malaysia.
Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada GB4B Malaysia terutamanya Presiden GB4B yang selama ini telah memberi banyak bantuan serta dorongan hingga beliau dapat menerima Anugerah Perdana pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment