Sunday 15 May 2011

TAHNIAH KEPADA PENGERUSI GERAK SUKAN


Gerakan belia 4B Negeri Perak mengucapkan jutaan tahniah kepada Pengerusi Gerak Sukan Negeri iaitu saudara Husnus Zaim bin Datuk Mohd Padil kerana telah di lantik sebagai jurulatih pasukan Futsal lelaki dan wanita untuk  SUKMA yang akan diadakan pada 2 hingga 12 Jun nanti di Shah Alam Selangor.
Beliau yang juga Pengerusi GB4B Sungai Siput telah dilantik untuk menjadi jurulatih pasukan Futsal Negeri Perak setelah berjaya membawa kejayaan pasukan Futsal GB4B dalam pertandingan Futsal sempena Hari Belia Peringkat Negeri Perak yang berlangsung dari 13 hingga 15 Mei 2011 di Dataran Kerian.
Sementara itu, Pengerusi GB4B Perak saudara Mua’amar Ghadafi Jamal pula memberitahu bahawa ini adalah satu kejayaan dan pengiktirafan dari kerajaan negeri kepada GB4B Negeri Perak khususnya kepada Gerak Sukan GB4B. Beliau juga mengucapkan tahniah dan merasa amat bangga terhadap  pasukan GB4B yang telah memenangi banyak acara dalam sukan yang di sertai sempena Hari Belia tersebut.
Selain dari Futsal, GB4B Perak juga menganjurkan pertandingan Muaythai atau Tomoy sempena HBNP pada hari pertama program tersebut.
Dalam kenyataan lain, beliau juga turut mengatakan bahawa GB4B Perak akan menghantar seramai mungkin peserta bagi menjayakan Himpunan Sejuta yang akan di adakan pada penghujung bulan ini yang akan diadakan di PutraJaya. “Ini sebagai tanda sokongan GB4B kepada kerajaan” katanya lagi.
Untuk maklumat lanjut tentang program Himpunan Sejuta Belia nanti, pembaca boleh klik pada pautan KBS di atas.
Gerakan Belia 4B Negeri Perak mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Gerak Sukan GB4B negeri serta Jabatan Belia dan Sukan di atas kejayaan program sambutan Hari Blia peringkat Negeri Perak.  

No comments:

Post a Comment