Majlis pelancaran program Himpunan Sejuta Belia yang berlangsung pada malam ini telah di sempurnakan perasmiannya oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur menyaksikan lebih dari 5000 orang belia berkumpul di sepanjang jalan tersebut.
Turut hadir majlis pelancaran tersebut ialah Menteri Belia dan sukan serta Timbalan Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan beberapa orang VIP lain melihatkan betapa kerajaan menghargai para belia seluruh Negara.
Jaguh badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei juga tidak ketinggalan dalam memberikan semangat kepada para belia pada malam ini.
Program malam ini telah di mulakan dengan kehadiran belia-belia berkasut roda seramai lebih kurang 100 orang yang telah bergerak dari Menara Berkembar Petronas menuju ke tapak program.
Gerakan Belia 4B juga telah menghantar ahli di ketuai oleh Presiden GB4B sendiri untuk memeriahkan lagi majlis pelancaran tersebut. Kelihatan bendera GB4B berkibar di sepanjang masa program berlangsung.
Program yang telah berlangsung sejak pukul 2 petang tadi juga adalah program sambutan Hari belia peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Timbalan Perdana Menteri dalam ucapan perasmian beliau menyeru supaya golongan belia tanah air bersama-sama menyumbang tenaga dalam kemajuan Negara. Menurut beliau lagi, belia adalah kumpulan masyarakat yang mempunyai pemikiran kreatif dan golongan belia ini juga adalah asset Negara dalam kita menuju Negara maju dan wawasan 2020. Belia juga mampu untuk menjadi penyumbang kepada idea-idea bernas yang di perlukan oleh Negara. Oleh itu kata beliau lagi, kerajaan akan sentiasa mendampingi golongan muda dalam apa jua program yang akan dilaksanakan. Golongan belia dengan kerajaan boleh diibaratkan seperti aur dengan tebing, seperti isi dengan kuku yang mana dua-dua saling memerlukan antara satu sama lain.
Dalam majlis tadi juga telah di perlihatkan sebuah robot yang akan di pertontonkan pada hari himpunan belia yang akan diadakan pada 27 hingga 29 Mei di Putrajaya nanti.
Menurut kata Presiden GB4B pula, hari Himpunan Sejuta Belia nanti GB4B Malaysia berhasrat untuk menghantar seberapa ramai ahli yang mampu untuk bersama-sama dalam setiap program dan acara yang akan di anjurkan sempena dengan program tersebut. Beliau juga menyeru agar semua ahli GB4B supaya hadir ke hari Himpunan tersebut kerana lebih dari 200 acara di sediakan sepanjang 3 hari program berlangsung. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana telah berjaya mengadakan majlis pelancaran yang begitu hebat seperti malam ini. Katanya lagi mala mini juga menyaksikan bahawa kerajaan amat prihatin terhadap belia dan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri pada malam ini di harap dapat menaikkan semangat para-para belia dalam meniti arus pembangunan Negara.
No comments:
Post a Comment