Monday 23 May 2011

lawatan presiden gb4b keatas mangsa tanah runtuh

Rombongan Gerakan Belia 4B Malaysia(GB4B) yang di ketuai oleh Presiden GB4B YBhg Sdr Mua’mar Ghadafi Jamal  malam tadi telah pergi melawat mangsa-mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Ulu Langat yang masih dirawat di Hospital Ampang.

Beliau yang yang turut di iringi oleh YBhg Datuk Dzul Akhbar yang juga merupakan wakil dari Global Wellness Foundation serta ahli Gerakan Belia 4B tiba di perkarangan hospital lebih kurang jam 9 malam tadi dan terus di bawa oleh petugas hospital ke wad yang menempatkan mangsa untuk menerima rawatan. Turut hadir dalam lawatan tersebut ahli-ahli dari kelab sahabat NGO pemuda UMNO.
Beliau juga sempat untuk bertanya khabar kepada mangsa-mangsa dan menyerahkan wang bantuan kepada semua mangsa yang terlibat dalam kejadian itu sebelum di bawa ke bilik ICU dimana 3 orang mangsa di tempatkan.
Suasana sedih dan pilu menyelubungi suasana di bilik ICU apabila Sdr Mua’mar Ghadafi di maklumkan bahawa 2 orang mangsa terpaksa di potong di bahagian kaki setelah usaha untuk menyelamatkan kaki mereka yang cedera parah gagal. Lebih memilukan lagi apabila salah seorang dari mangsa yang kehilangan kaki yang juga merupakan guru Fardhu ‘ain di sekolah terbabit merupaka ahli gerakan Belia 4B cawangan Ulu Langat. Mangsa kelihatan sebak setelah di beritahu bahawa presiden GB4B sendiri datang membuat lawatan.
Dalam soalan yang di ajukan kepada bapa salah seorang mangsa yang tercedera iaitu En. Mohd Khairul Anuar b. Mohd Nazri, beliau mendapat berita tentang kemalangan tersebut apabila bapa saudara beliau yang duduk berhampiran dengan kawasan kejadian menelefon beliau lebih kurang jam 5 petang. Menurut beliau, anak pertama beliau yang berumur 9 tahun telah 3 tahun dihantar belajar di pusat tahfiz tersebut. Beliau berkata lagi semasa kejadian beliau berada di rumah dan terus bergegas dari kediaman beliau di Cheras ke tempat kejadian dan mendapati anak beliau telah berjaya diselamatkan serta di bawa ke hospital.
Kanak-kanak tersebut mengalami luka di bahgian kaki dan doktor mengesahkan bahawa bahagian usus beliau juga mengalami sedikit kecederaan.
Dalam pada itu, semasa Sdr Mua’amar Ghadafi di ajukan dengan soalan, beliau mengatakan GB4B Malaysia akan memberikan bantuan untuk mangsa yang kehilangan kaki mendapat kaki palsu.
Beliau juga menyampaikan salam dari Presiden Alumni GB4B Malaysia iaitu YAB Datuk Seri Ali Rustam yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka kepada mangsa dan keluarga mangsa yang terselamat.
Beliau berkata lagi sumbangan yang disampaikan pada malam ini merupakan sumbangan ikhlas dari GB4B Malaysia dan ianya hanyalah sumbangan kecil terhadap mangsa. Baliau juga berharap dan berdoa agar mangsa dalam kejadian itu redha dengan ketentuan Ilahi dan semua yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya. Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

presiden gb4b menghulurkan bantuan kepada salah seorang mangsa yang terselamat, bayi tersebut juga merupakan mangsa dalam kejadian tanah runtuh di ulu langat petang kelmarin
 
presiden gb4b bertanyakan sesuatu kepada waris mangsa yang cedera. adik kepada mangsa ini meninggal dunia dalam kejadian tersebut
 
salah seorang lagi mangsa yang terselamattetapimengalami kecederaan di bahagian kaki   
 
presiden gb4b menyampaikan salam daripada YAB Datuk Seri Ali Rustam selaku presiden Alumni GB4B Malaysia kepada waris mangsa


No comments:

Post a Comment