Saturday 25 June 2011

LAWATAN PRESIDEN KE PENDANG DAN GURUN

Presiden Gerakan Belia 4B hari ini bersama-sama dengan skuad sayang GB4B melakukan lawatan ke rumah anak yatim Al-Munirah di Gurun Kedah. Lawatan yang turut disertai oleh Pengerusi GB4B Pulau Pinang dan Kedah itu melihatkan skuad sayang melakukan program gotong royong dan penyampaian bantuan kewangan dan lain-lain lagi.
Menurut Presiden GB4B..lawatan seumpama ini memang kerap dijalankan dan beliau sendiri sering turun padang bersama-sama pemimpin GB4B setempat untuk memantau perkembangan ahli-ahli GB4B khususnya dan masyarakat setempat amnya.
Selesai sahaja lawatan ke rumah anak yatim tersebut, beliau bersama-sama rombongan melakukan lawatan ke Pendang dimana seramai 500 orang ahli GB4B berkumpul untuk menyambut ketibaan beliau.  







PRESIDEN BERGAMBAR KENANG-KENANGAN BERSAMA
PENGHUNI RUMAH ANAK-ANAK YATIM AL-MUNIRAH
GURUN KEDAH

KETIBAAN PRESIDEN GB4B DI SAMBUT OLEH
PENGERUSI JKKK KG TAI PENDANG

PRESIDEN BERAMAH MESRA DENGAN PENDUDUK
KAMPUNG TAI

BERAMAH MESRA BERSAMA JKKK KG TAI
PRESIDEN MEMBERIKAN UCAPAN DALAM PROGRAM
SANTAI BERSAMA AHLI GB4B PENDANG

LEBIH KURANG 500 ORANG AHLI GB4B PENDANG
HADIR MENYAMBUT KETIBAAN PRESIDEN

No comments:

Post a Comment