Tuesday 28 June 2011

TAHNIAH KEPADA SDR FUAD DAN ABRAR

Gerakan Belia 4B Negeri Perak mengucapkan jutaan tahniah kepada sdr Fuad Zainoldin dan juga Sdr Abrar yang telah menerima anugerah kecemerlangan sempena hari belia peringkat negeri Perak 2011.

Anugerah yang telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak malam tadi 27 Jun 2011 menyaksoakan Sdr Fuad Zainoldin yang juga merupakan Pengerusi GB4B Parit Buntar menerima Anugerah Khas Belia Cemerlang dari Kerajaan Negeri Perak.

Menurut kata beliau, anugerah ini amat bermakna bukan sahaja kepada beliau tetapi juga kepada seluruh ahli GB4B negeri Perak. Beliau juga amat berharap agar dengan adanya anugerah ini maka ahli-ahli GB4B di negeri ini akan lebih berusaha dalam menjadikan para belia di negeri ini sebagai belia berpersatuan.

Turut sama menerima anugerah ialah Sdr Abrar yang juga Setiausaha GB4B Kawasan Lumut. Beliau telah menerima Anugerah Sosial dari kategori Jabatan Belia dan Sukan negeri Perak.

Beliau yang memanjatkan rasa syukur kerana telah diberi peluang untuk menerima anugerah ini juga menyatakan perkara yang sama seperti apa yang dikatakan oleh sdr Fuad.

Dalam pada itu, Pengerusi GB4B negeri yang juga merupakan Presiden GB4B Malaysia menyatakan kebanggaan beliau kepada kedua-dua penerima anugerah tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa anugerah berganda ini amat bermakna kepada GB4B negeri Perak dan ini telah membuktikan bahawa GB4B Negeri Perak amat komited didalam mengimarahkan persatuan belia dalam negeri.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada JBS dan kerajaan negeri Perak kerana memberi kepercayaan kepada GB4B untuk menerima anugerah tersebut.

No comments:

Post a Comment