Sunday, 27 May 2012

KEAMANAN ADALAH KEINGINAN BELIA TANAHAIR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan majoriti belia yang hadir di perhimpunan semalam sebagai mereka yang cintakan keamanan serta tahu menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen.

Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara tidak mampu bergantung harap kepada belia yang 'demo crazy' (gila demonstrasi).

"Kalau kita melakarkan imej seorang yang liar yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan maka ini bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan kita.

"Begitu juga dengan mereka yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis, bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan negara," katanya.

Perdana Menteri turut menggariskan lima ciri belia bagi negara untuk bergantung harapan, iaitu, mereka yang cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang.

"Yang boleh jadi contoh adalah saudara saudari yang berhimpun di himpunan belia di sini. Majoriti adalah belia macam saudara saudari, jangan biarkan segelintir belia hijack agenda dan imej negara kita," kata Najib.

"Saya nak tunjuk imej himpunan kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai pun anggota polis.

"Polis pun agak lega, polis pun tak rasa cemas, orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini.

"Belia bukan 'demo crazy' tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa dengan penuh bijaksana," kata Perdana Menteri.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment