Wednesday, 2 May 2012

BELIA LEBIH BERMINAT DENGAN HIMPUNAN BELIA

KEMAMAN, 2 Mei 2012 - "Saya difahamkan jumlah mereka (belia) yang terlibat hanya dalam jumlah yang kecil. Saya yakin dan percaya majoriti belia faham apa yang berlaku sebenarnya hanya disebabkan agenda politik pembangkang," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau turut berkata penyertaan belia dalam perhimpunan BERSIH 3.0 tidak menggambarkan kemerosotan sokongan belia terhadap kerajaan.

Beliau nyata kecewa dengan tindakan pembangkang yang sanggup menaja belia ini untuk memburukkan kerajaan, tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Mereka ini datang ke perhimpunan kerana ditaja. Buktinya banyak kita boleh dapat dari youtube, blog dan laman web yang mendedahkan perkara sebenar.

"Majoriti belia tidak sukakan rusuhan, namun segelintir orang muda ini tanpa berfikir (panjang) dengan darah panas (menyebabkan mereka) mudah diracuni dan dihasut oleh puak pembangkang," katanya.

Shabeery turut meluahkan kekecewaannya dengan tindakan ibubapa yang mengheret anak kecil ke perhimpunan tersebut tanpa memikirkan akibat dan kesan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak mereka.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment