Menurut kata Presiden GB4B program ini akan pergi ke seluruh pelusuk negara bagi membantu mereka yang memerlukan termasuklah fakir miskin, sekolah agama, anak yatim dan sebagainya.
Program ini di sokong oleh Yayasan Harapan serta Yayasan Global Wellness.
Program yang telah bermula seawal jam 8 pagi menyaksikan pelepasan konvoi dan singgah di Sekolah Agama Rakyat Nurul Hikmah untuk melakukan kerja-kerja gotong royong dan sumbangan berupa komputer oleh pihak Yayasan serta sumbangan buku-buku ilmiah oleh GB4B.
Selesai sahaja di Sekolah Agama Rakyat, Konvoi terus bergerak menuju ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan bagi memberikan sumbangan kepada para pesakit.
Dalam pada itu semasa ucapan Yb Datuk Rosnah, beliau menyeru agar Gb4B membuka lembaran baru di Sabah dan GB4B Malaysia sedang meneliti segala aspek untuk menuju ke arah tersebut. Ini termasuklah dana dan sebagainya. Dalam ucapan tersebut juga, Yb Datuk Rosnah ada menyebut tentang dana yang akan disalurkan oleh kerajaan negeri dan juga dari Lembaga Promosi Kesihatan.
Pada 2 Ramadhan nanti program Sahur bersama Ketua Menteri Melaka akan diadakan dan dijangkakan pelancaran kali ke 2 akan di buat dan program ini akan berlangsung hingga menjelang Syawal nanti.
Berikut adalah gambar-gambar yang di rakam sepanjang program tersebut berlangsung.