Monday, 13 February 2012

GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA DIBERI PENGHORMATAN

Gerakan Belia 4B Malaysia diberi penghormatan apabila dijemput untuk menghadiri Minggu Media Sosial Antarabangsa Malaysia yang berlangsung di PWTC pada 13 dan 14 Feb 2012.

Program yang dijalankan setiap tahun bermula pada tahun 2010 dan ini adalah kali ketiga diadakan di Malaysia sebagai host atau tuan rumah.

Program ini yang melibatkan Penggiat Media Sosial seluruh dunia di anjurkan oleh Malaysia Social Media Chambers (MSMC).

Program yang melibatkan penggiat media dari luar negara sebagai speaker atau jurucakap yang diantaranya dari India, United Kingdom, Singapura, Indonesia, Afrika Selatan dan Amerika dan tidak ketinggalan juga dari dalam negara antaranya dari Universiti Sains Malaysia, Yayasan Zubedy Malaysia, The Malay Mail Malaysia dan dari kalangan ahli politik luar dan dalam negara antaranya YB saudara Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Rembau dan YB saudara Nik Nazmi ADUN Selangor dan ahli parlimen dari Queensland Australia Senator Mr Andrew Barlett. Turut tidak ketinggalan beberapa orang artis juga turut terlibat didalam minggu media sosial ini antaranya Aznil haji Nawawi, Lisa Surihani dan ramai lagi.

Program ini di jalankan untuk memberi penekanan kepada rangkaian penggiat-penggiat media sosial dalam dan luar negara.

Dalam program ini juga anugerah bloggers serta duta media sosial sedunia telah diberikan.

Gerakan Belia 4B Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur yang telah menjemput wakil Gerakan Belia 4B Malaysia untuk turut sama dalam minggu media sosial yang penuh gilang gemilang ini.

Thursday, 9 February 2012

TENTATIF TRANS 1 MALAYSIA  

Jelajah Trans 1Malaysia (jadual)

TENTATIF TRANS 1 MALAYSIA  

Hari Pertama - Ahad (5 Februari 2012)
0800 : (0 km) Bermula dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.  : (50.3 km) 
Check Point 1: Masjid Jamek Mukim Ayer Baloi.  : (102 km) 
End Point: Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

Hari Kedua  - Isnin (6 Februari 2012)
0800 : (102 km) Bergerak dari Universiti Tun Hussien Onn (UTHM).  : (155 km) 
Check Point 1: Sekolah Kebangsaan Parit Pechah.  : (205 km) 
Check Point 2: Caltex di AMJ (Makan Tengahari).  : (241 km) 
End Point : Pusat Koreksional Tg. Keling, Melaka.  

Hari Ketiga  - Selasa (7 Februari 2012) 0800 : (241 km) Bertolak dari  Pusat Koreksional Tanjung Kling, Melaka.  : (299 km) 
Check Point 1: Sekolah Menengah Teknik Dato Maharaja Lela.  : (352 km) 
Check Point 2: Jabatan Kebajikan Masyarakat (Makan Tengahari).  : (385 km) 
End Point: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.  

Hari Keempat - Rabu (8 Februari 2012) 0800 : (385 km)  Bertolak dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).  : (450 km)  Check Point 1: Petronas @ Klang (Makan Tengahari).  : (487 km) 
Check Point 2: Petronas Sungai Buloh.  : (505 km)        End point : Kuala Selangor.  

Hari Kelima - Khamis (9 Februari 2012) 0800 : Bergerak dari Kuala Selangor.  : (535 km) 
Check Point 1: Petronas Sg. Besar.  : (568 km) 
Check Point 2: Hutan Melintang (Makan Tengahari).  : (631 km) 
End Point : Lumut.            

Hari Keenam - Jumaat (10 Februari 2012) 0800  : Aktiviti Kemasyarakatan bersama Rakyat Perak.  

Hari Ketujuh - Sabtu (11 Februari 2012) 0800 : (631 km) Bergerak dari Lumut.   : (701 km) 
Check Point 2 : Petronas @ Bagan Serai ((Makan Tengahari).  : (749 km) 
End Point : Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal.  

Hari Kelapan - Ahad (12 Februari 2012) 0800 : (749 km) Bergerak dari USM  Nibong Tebal.  : (791 km) 
Check Point 1: Petronas @ Bagan Jermal (Makan Tengahari).  : (868km)  
End Point: Pusat Kokurikulum Kota Sarang Semut.  

Hari Kesembilan - Isnin (13 Februari 2012) 0800 : (868 km) Bergerak dari Pusat Kokurikulum Kota Sarang Semut.  : (934 km) 
End Point : Universiti Malaysia Perlis, Kuala Perlis               

Makan Malam Perdana bersama Pengayuh Trans 1 Malaysia.  

Hari Kesepuluh - Selasa (14 Februari 2012) 1100 : Bergerak ke Kuala Perlis. 1400 : Sampai ke Pulau Langkawi.  

Hari Kesebelas - Rabu (15 Februari 2012) 1000 : Menjalankan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat di tempat-tempat   yang terpilih. 1400 : Bersiar-siar di sekitar Pulau Langkawi.                
Hari Keduabelas - Khamis (16 Februari 2012) 1000 : Persiapan Makan Malam Perdana meraikan semua urusetia yang   terlibat. 2100 : Makan Malam Perdana meraikan semua urusetia yang terlibat.  

Hari Ketigabelas - Jumaat (17 Februari 2012) 1000 :  Bertolak pulang ke UTM Skudai, Johor.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone