Gerakan Belia 4B Malaysia diberi penghormatan apabila dijemput untuk menghadiri Minggu Media Sosial Antarabangsa Malaysia yang berlangsung di PWTC pada 13 dan 14 Feb 2012.
Program yang dijalankan setiap tahun bermula pada tahun 2010 dan ini adalah kali ketiga diadakan di Malaysia sebagai host atau tuan rumah.
Program ini yang melibatkan Penggiat Media Sosial seluruh dunia di anjurkan oleh Malaysia Social Media Chambers (MSMC).
Program yang melibatkan penggiat media dari luar negara sebagai speaker atau jurucakap yang diantaranya dari India, United Kingdom, Singapura, Indonesia, Afrika Selatan dan Amerika dan tidak ketinggalan juga dari dalam negara antaranya dari Universiti Sains Malaysia, Yayasan Zubedy Malaysia, The Malay Mail Malaysia dan dari kalangan ahli politik luar dan dalam negara antaranya YB saudara Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Rembau dan YB saudara Nik Nazmi ADUN Selangor dan ahli parlimen dari Queensland Australia Senator Mr Andrew Barlett. Turut tidak ketinggalan beberapa orang artis juga turut terlibat didalam minggu media sosial ini antaranya Aznil haji Nawawi, Lisa Surihani dan ramai lagi.
Program ini di jalankan untuk memberi penekanan kepada rangkaian penggiat-penggiat media sosial dalam dan luar negara.
Dalam program ini juga anugerah bloggers serta duta media sosial sedunia telah diberikan.
Gerakan Belia 4B Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur yang telah menjemput wakil Gerakan Belia 4B Malaysia untuk turut sama dalam minggu media sosial yang penuh gilang gemilang ini.
No comments:
Post a Comment