Bismillahirrahmanirahim...
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilham..
Saya Mua'mar Ghadafiu Jamal bin Datuk Wira Jamaluddin selaku Pengerusi GB$B Negeri Perak Merangkap Presiden GB4B Malaysia mewakili semua Ahli Jawatankuasa GB4B Perak dan Malaysia mengucapkan selamat hari raya kepada semua ahli GB4B.
Sesungguhnya Aidilfitri pada tahun ini amat bermakna kepada kita semua, ini kerana Aidilfitri pada tahun ini disambut pada bulan kemerdekaan dan cuma berbeza sehari.
dalam kita bersuka ria menyambut hari lebaran, janganlah kita lupa kepada perjuangan orang yang terdahulu dari kita iaitu para pejuang yang telah berjuang dalam memerdekakan tanah air Malaysia bumi bertuah ini. Jika tidak atas pengorbanan mereka sehingga sanggup berkorban nyawa adalah amat mustahil bagi kita dapat meraikan hari lebaran dalam keadaan aman dan damai seperti sekarang.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat apa-apa juga kesalahan baik dari segi tutur kata mahu pun kelakuan saya sepanjang saya menjawat jawatan Pengerusi GB4B Perak dan Presiden GB4B Malaysia.
Saya juga amat berharap agar kita dapat sama-sama berjuang dalam memperttahankan keamanan negara di samping memajukan negara kita yang tercinta ini.
Akhir sekali sambutlah salam sayang penuh keceriaan dari saya Mua'mar Ghadafi Jamal serta keluarga dan seluruh ahli-ahli GB4B Malaysia.
No comments:
Post a Comment