Saturday 3 September 2011

TAKZIAH KEPADA KELUARGA WARTAWAN BERNAMA

GB4B Perak mengucapkan takziah kepada keluarga wartawan BERNAMA Noramfaizul Md Nor  yang kembali kerahmatullah setelah terkena tembakan baru sebentar tadi.

Seluruh warga belia 4B Perak merasa amat terharu setelah mendengar berita tentang kematian beliau malam ini.

Belia 4B perak juga merasa kehilangan seorang wartawan yang sanggup untuk pergi membuat liputan walau pun tahu akan bahaya dan risiko yang bakal di tempuhi.

Allahyarham sanggup bergadai nyawa demi untuk memberikan berita terkini tentang misi bantuan yang diketuai oleh Datuk Azeez Rahim yang mewakili kerajaan Malaysia di Somalia.

Kami juga berdoa agar roh arwah di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Kami disini juga mendoakan agar semua petugas-petugas misi tersebut dilindungi oleh Allah.

Diharap selepas kejadian yang menimpa arwah tidak sesekali akan mengikis semangat sukarelawan-sukarelawan yang berada di Somalia ketika ini insyaallah.

GB4B Perak juga mendoakan semoga seluruh sukarelawan Kelab Putra 1 Malaysia selamat kembali ke tanah air. Insyaallah..


No comments:

Post a Comment