Assalamualaikum Wbt dan Salam 1 Belia 1 Malaysia.
Sempena sambutan hari Malaysia pada tahun ini, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah swt kerana di atas limpah kurnianya kita dapat nikmati keamanan dan keharmonian di dalam Negara yang kita cintai ini.
Kita sebagai golongan belia harus sedar bahawa Keamanan yang kita kecapi sekarang ini bukan datang bergolek, tetapi di atas usaha dan pengorbanan orang terdahulu dari kita, keharmonian yang ada sehingga kini adalah hasil usaha dan titik peluh semua rakyat Malaysia yang saling memahami, menerima dan bertolak ansur antara satu sama lain. Oleh itu, Saya menyeru kepada semua warga belia khasnya Gerakan Belia 4B dan belia-belia lain amnya untuk kita sama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia yang di ilhamkan oleh YAB Perdana Menteri kita demi untuk mencapai negara berpendapatan tinggi yang harmoni dalam Wawasan 2020.
Saya juga amat berharap agar kita tidak leka oleh kemajuan dan kemodenan yang kita lalui hingga kita terlupa pada tanggungjawab dan nilai-nilai murni orang timur terutama dalam kita mengorak langkah mewarisi negara yang penuh dengan kekayaan dan kemakmuran ini.
Seperti yang kita lihat dan ketahui, Negara ini telah ditadbir dengan begitu baik sehingga Negara-negara luar memandang tinggi serta menghormati Negara serta pemimpin seterusnya masyarakat kita.
Dengan kepelbagaian kaum yang ada, kita mampu untuk hidup aman dan damai serta hidup dalam sebuah masyarakat yang amat bahagia. Ini semua adalah hasil usaha kerajaan kita yang selalu mengambil berat akan kebajikan rakyat terutamanya para belia.
Terlalu sedikit masyarakat yang terlepas pandang oleh kerajaan berbanding Negara-negara lain di dunia. Baik dari segi ekonomi, pekerjaan, pembelajaran mahupun perniagaan, kerajaan sentiasa membantu dari pelbagai sudut demi untuk memastikan kita sebagai pewaris dimasa akan datang ini merasa selesa.
Oleh itu saya mewakili seluruh ahli Gerakan Belia 4B Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan yang dipimpin oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia atas keperihatinan terhadap isu-isu yang bersangkutan dengan belia. Apa yang kami (belia) harapkan adalah tidak lain dan tidak bukan agar kerajaan ini kekal dan terus membela rakyat seperti sekarang ini, kami juga berjanji bahawa setiap kejayaan yang dicapai melalui kerajaan ini tidak akan kami sia-siakan.
Kesimpulannya, sempena sambutan Merdeka Raya dan hari Malaysia ini, setiap belia perlu menanamkan semangat BERSATU BELAJAR BEKERJA dan BERKHIDMAT untuk kebaikan diri, masyarakat, Agama, bangsa dan negara.
Saya juga mengabil kesempatan ini untuk menjemput kepada semua pembaca untuk dating beramai-ramai ke rumah terbuka Adilfitri Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan Gerakan Belia 4B Perak yang akan berlangsung pada 18/9/2011 mulai jam 11 pagi hingga 2 petang bertempat di Taman Serai Sentosa, kampong Mentara Bagan Serai (Keluar Tol Kemunting,tepi jalan menghala ke bagan serai) yang akan turut dihadiri oleh Yb Saudara Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia)
Sekian dulu dari saya dan sambutlah kata-kata keramat Gerakan Belia 4B Malaysia
“BERGERAK! BERGERAK! BERGERAK!
Wassalam
No comments:
Post a Comment