Thursday, 15 September 2011

PERUTUSAN PRESIDEN GB4B SEMPENA HARI MALAYSIA



Assalamualaikum Wbt dan Salam 1 Belia 1 Malaysia.
Sempena sambutan hari Malaysia pada tahun ini, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah swt kerana di atas limpah kurnianya kita dapat nikmati keamanan dan keharmonian di dalam Negara yang kita cintai ini.
Kita sebagai golongan belia harus sedar bahawa Keamanan yang kita kecapi sekarang ini bukan datang bergolek, tetapi di atas usaha dan pengorbanan orang terdahulu dari kita, keharmonian yang ada sehingga kini adalah hasil usaha dan titik peluh semua rakyat Malaysia yang saling memahami, menerima dan bertolak ansur antara satu sama lain. Oleh itu, Saya menyeru kepada semua warga belia khasnya Gerakan Belia 4B dan belia-belia lain amnya untuk kita sama-sama menjayakan Gagasan  1 Malaysia yang di ilhamkan oleh YAB Perdana Menteri kita demi untuk mencapai negara berpendapatan tinggi yang harmoni dalam Wawasan 2020.

Saya juga amat berharap agar kita tidak leka oleh kemajuan dan kemodenan yang kita lalui hingga kita terlupa pada tanggungjawab dan nilai-nilai murni orang timur terutama dalam kita mengorak langkah mewarisi negara yang penuh dengan kekayaan dan kemakmuran ini.
Seperti yang kita lihat dan ketahui, Negara ini telah ditadbir dengan begitu baik sehingga Negara-negara luar memandang tinggi serta menghormati Negara serta pemimpin seterusnya masyarakat kita.
Dengan kepelbagaian kaum yang ada, kita mampu untuk hidup aman dan damai serta hidup dalam sebuah masyarakat yang amat bahagia. Ini semua adalah hasil usaha kerajaan kita yang selalu mengambil berat akan kebajikan rakyat terutamanya para belia.
Terlalu sedikit masyarakat yang terlepas pandang oleh kerajaan berbanding Negara-negara lain di dunia. Baik dari segi ekonomi, pekerjaan, pembelajaran mahupun perniagaan, kerajaan sentiasa membantu dari pelbagai sudut demi untuk memastikan kita sebagai pewaris dimasa akan datang ini merasa selesa.
Oleh itu saya mewakili seluruh ahli Gerakan Belia 4B Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan yang dipimpin oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia atas keperihatinan terhadap isu-isu yang bersangkutan dengan belia. Apa yang kami (belia) harapkan adalah tidak lain dan tidak bukan agar kerajaan ini kekal dan terus membela rakyat seperti sekarang ini, kami juga berjanji bahawa setiap kejayaan yang dicapai melalui kerajaan ini tidak akan kami sia-siakan.
Kesimpulannya, sempena sambutan Merdeka Raya dan hari Malaysia ini, setiap belia perlu menanamkan semangat BERSATU BELAJAR BEKERJA dan BERKHIDMAT untuk kebaikan diri, masyarakat, Agama, bangsa dan negara.
Saya juga mengabil kesempatan ini untuk menjemput kepada semua pembaca untuk dating beramai-ramai ke rumah terbuka Adilfitri Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan Gerakan Belia 4B Perak yang akan berlangsung pada 18/9/2011 mulai jam 11 pagi hingga 2 petang bertempat di Taman Serai Sentosa, kampong Mentara Bagan Serai (Keluar Tol Kemunting,tepi jalan menghala ke bagan serai) yang akan turut dihadiri oleh Yb Saudara Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia)
Sekian dulu dari saya dan sambutlah kata-kata keramat Gerakan Belia 4B Malaysia

“BERGERAK! BERGERAK! BERGERAK!

Wassalam

Saturday, 3 September 2011

TAKZIAH KEPADA KELUARGA WARTAWAN BERNAMA

GB4B Perak mengucapkan takziah kepada keluarga wartawan BERNAMA Noramfaizul Md Nor  yang kembali kerahmatullah setelah terkena tembakan baru sebentar tadi.

Seluruh warga belia 4B Perak merasa amat terharu setelah mendengar berita tentang kematian beliau malam ini.

Belia 4B perak juga merasa kehilangan seorang wartawan yang sanggup untuk pergi membuat liputan walau pun tahu akan bahaya dan risiko yang bakal di tempuhi.

Allahyarham sanggup bergadai nyawa demi untuk memberikan berita terkini tentang misi bantuan yang diketuai oleh Datuk Azeez Rahim yang mewakili kerajaan Malaysia di Somalia.

Kami juga berdoa agar roh arwah di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Kami disini juga mendoakan agar semua petugas-petugas misi tersebut dilindungi oleh Allah.

Diharap selepas kejadian yang menimpa arwah tidak sesekali akan mengikis semangat sukarelawan-sukarelawan yang berada di Somalia ketika ini insyaallah.

GB4B Perak juga mendoakan semoga seluruh sukarelawan Kelab Putra 1 Malaysia selamat kembali ke tanah air. Insyaallah..


Monday, 29 August 2011

PERUTUSAN PRESIDEN GB4B SEMPENA HARI RAYA

Bismillahirrahmanirahim...

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilham..

Saya Mua'mar Ghadafiu Jamal bin Datuk Wira Jamaluddin selaku Pengerusi GB$B Negeri Perak Merangkap Presiden GB4B Malaysia mewakili semua Ahli Jawatankuasa GB4B Perak dan Malaysia mengucapkan  selamat hari raya kepada semua ahli GB4B.

Sesungguhnya Aidilfitri pada tahun ini amat bermakna kepada kita semua, ini kerana Aidilfitri pada tahun ini disambut pada bulan kemerdekaan dan cuma berbeza sehari.

dalam kita bersuka ria menyambut hari lebaran, janganlah kita lupa kepada perjuangan orang yang terdahulu dari kita iaitu para pejuang yang telah berjuang dalam memerdekakan tanah air Malaysia bumi bertuah ini. Jika tidak atas pengorbanan mereka sehingga sanggup berkorban nyawa adalah amat mustahil bagi kita dapat meraikan hari lebaran dalam keadaan aman dan damai seperti sekarang.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat apa-apa juga kesalahan baik dari segi tutur kata mahu pun kelakuan saya sepanjang saya menjawat jawatan Pengerusi GB4B Perak dan Presiden GB4B Malaysia.

Saya juga amat berharap agar kita dapat sama-sama berjuang dalam memperttahankan keamanan negara di samping memajukan negara kita yang tercinta ini.

Akhir sekali sambutlah salam sayang penuh keceriaan dari saya Mua'mar Ghadafi Jamal serta keluarga dan seluruh ahli-ahli GB4B Malaysia.

Tuesday, 16 August 2011

UCAPAN PERASMIAN PROGRAM JALINAN MAHABBAH PRESIDEN GB4B






Salam 1belia1Malaysia, 
BERGERAK! 3x

1. Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana dengan izin-Nya sekali lagi dapat kita bersama-sama hadir di
Majlis yang penuh berkat ini. Saya juga gembira kerana
Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ini telah matang seiring dgn kesesuaian serta kehendak beliA masa kini.

2. Setelah beberapa tahun, majlis Tilawah al-Quran ini telah
menempuh berbagai-bagai perubahan dan perkembangan. Bukan
hanya pertukaran tempat-tempat di mana majlis ini berlangsung,
tetapi juga nama bagi majlis ini telah menerima penyesuaian
dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, segala perkembangan
yang berlaku memberikan nafas baru kepada acara tahunan GB4B
ini dan terus mendapat sambutan. Ia juga tidak kurang memberi
sumbangan dalam meninggikan syiar Islam di Kalangan belia di negara ini. Maka tahun ini wujudlah Festival Jalinan mahabbah

...Tahniah n terima kasih kepada  JAKIM, Global Wellness Foundation, sekretariat 4b Malaysia, Para Juri , urusetia perlaksana Gerak Wanis, Gerak Dakwah, Gerak kebudayaan, GB4B WP dan seterusnya peserta2 seluruh negara yg melibatkan penglibatan yg banyak iaitu Nasyid 10 negeri, Kompang 5 negeri, puisi 6 negeri dan pengujian alquran terdiri drpd qari 11 , qariah 11 negeri.

Hadirin yg d rahmati Allah sekalian,

3. Cita-cita untuk membentuk generasi al-Quran dan belia yg mencintai dan menjiwai Islam adalah suatu yang murni. 4B bukan hanya mahu melihat generasi yang berpendidikan tinggi, tetapi sebaliknya kita mahu melihat generasi yang dapat mengimbangi kemajuan `spiritual' bersama-
sama kemajuan fizikal dan `material'. Kita akan pastikan 2020 nanti, budaya murni adalah tunggak kpd kemajuan negara. Dan Aspek sosial adalah menjadi keutamaan, di samping mengejar kejayaan dan kemajuan ekonomi dan politik.

4. Di zaman pembangunan, termasuk zaman ledakan maklumat
ini, agama menjadi lebih penting daripada di zaman maklumat
terhad dahulu. Sebabnya ialah di samping maklumat yang
membina, ada juga maklumat yang diterima hari ini bukan sahaja
boleh melemah dan mengelirukan, tetapi boleh merosakkan akhlak
dan budaya masyarakat. Ajaran agama dapat menjadi benteng
untuk melindung kita daripada kesan buruk maklumat yang tidak
baik. Dengan itu, masyarakat kita akan terselamat dan akan
terus membangun dan menjadi kuat. Di masa yang sama,
masyarakat Islam yang kuat dan maju akan dapat membantu
menghapuskan anggapan bahawa Islam menjadi halangan terhadap
kemajuan.

5. Jika kita kembali kepada ajaran al-Quran mengenai
pentingnya kita mampu mempertahankan diri kita, tentulah kita
akan mengejar ilmu dan kemajuan yang akan membolehkan kita
menyediakan segala alat untuk mempertahankan diri kita. Kita
juga akan diperingati oleh al-Quran bagaimana kemiskinan itu
boleh melemahkan aqidah kita. Kita juga akan diperingati
bahawa orang Islam itu adalah bersaudara dan bukan musuh yang
harus berperang setiap masa. Kita juga akan menolak
keterlaluan dalam semua gerak-geri kita. Pendek kata, banyak
pelajaran berkenaan dengan Ad-din atau cara hidup yang boleh
dipelajari daripada al-Quran.
 

Tidaklah salah jika dikatakan
masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam sekarang adalah
kerana membelakangkan ajaran al-Quran dan mengutamakan ajaran
dan tafsiran orang tertentu yang berkepentingan yang lebih
mengutamakan agenda mereka daripada ajaran al-Quran. Oleh itu 4B Malaysia d seru untuk membawa mesej penyatuan, dalam keluarga, saf kepimpinan dsb. Ketepikan perkara remeh yg mbawa ppecahan sebaliknya fokus kpd bagaimana utk menambah baik diri, keluarga dan negara.


Sahabat2, sidang hadirin yg dirahmati Allah ,

6. Festival jalinan mahabbah 4b msia bertujuan untuk membaca ayat-ayat al-
Quran, nasyid, puisi dan paluan kompang bukan semata-mata untuk menjadi halwa telinga tetapi lebih penting daripada itu, ialah mengikuti penjelasan makna
ayat-ayat ini supaya ia menjadi pengajaran kepada kita semua.
Mudah-mudahan kita akan lebih faham agama kita dan mematuhi
ajaran Islam supaya Islam betul-betul menjadi Ad-din.

7. Dengan harapan ini dan dengan kalimah Bismillahir
rahmanir rahim, saya merasmikan FESTIVAL JALINAN MAHABBAH GB4B MALAYSIA 2011.







Friday, 12 August 2011

GAMBAR PROGRAM KEMBARA INDAHNYA RAMADHAN

 KiR bersedia ke masjid teluk jambu kangar

Persediaan KiR di Parit Buntar Perak

 gotong royong memasak juadah berbuka
 di Masjid Sg Kelah Perak


 Mesyuarat jalinan mahabbah di Masjid Wilayah

Anak2 penerima sumbangan

Asyik mendengar Tazkirah

Presiden menyampaikan sumbangan kepada warga emas di
Bagan Tiang

Bermotorsikal mengedar bubur lambok 


Bersama pengerusi 4B kaw tanjung malim

Penghantaran bubur lambuk

berehat di Sg Kelah setelah seharian berkhidmat
kepada masyarakat

Ibu tua ini tingal bersama anak yg tidak sihat
 mentalnya

Bubur lambok sg kelah

Derita kencing manis, kaki terpaksa d potong 

Gotong royong siapkan bubuq lambok d sg kelah
 nak edar d 300 buah umah 


Belia 4B perlis bersahur bersama presiden


Isteri mb memberi sumbangan kpd wanita

penuh dalam bakul motosikal

presiden dan npw bersama warga emas di parit buntar

di parit buntar

keratan akhbar

Monday, 8 August 2011

GAMBAR PROGRAM KEMBARA INDAHNYA RAMADHAN



Konvoi Indahnya Ramadhan GB4B M'sia dan PPu3 UMNO
singgah di Kuantan' gambar majlis tilawah GB4B Pahang

Singgah sahur di Pahang
NPW menyampaikan hadiah kepada pemenang
tilawah al'quran peringkat negeri Pahang

Konvoi bergambar di Pahang sebelum bergerak ke Kelantan
dan Perlis

Konvoi Indahnya Ramadhan di kediaman warga emas berumur
105 tahun di Tumpat untuk bersahur

Tumpat Kelantan

Bersahur di Perlis pada 07-08-2011


ikon gerakwanis turut serta

pelancaran mengumpulkan buku ilmiah untuk
di sumbangkan kepada mereka yang memerlukan


 


 


 

Thursday, 4 August 2011

JADUAL PERJALANAN PROGRAM KEMBARA INDAHNYA RAMADHAN 2011

                                         
      01 Ogos 2011 (Isnin)  08.00 pg  -Johor-Sekijang Puteri UMNO Johor- Menyusun Akar
          
                                     04.00 ptg -Johor –Segamat -Puteri UMNO Johor -Menyusur Akar
          
                                         06.30 ptg –Johor –Pagoh -Puteri UMNO Johor -Majlis Berbuka Puasa di Pagoh.                                                     
                                         
                                         08.00 mlm  -Johor –Pagoh -Puteri UMNO Johor                                        

      02 Ogos 2011(Selasa) 12.00 pg -N9 – Melaka -Dataran Senawang- N9 -GB4B Melaka -Menyusur Akar
                                          Konvai dilepaskan oleh YB. Dato’ Abd. Samad Ibrahim (Exco Belia & Sukan N9)  
                                          Terus bertolak ke Melaka, program singgah sahur bersama YAB DAR di 2 buah
                                          rumah yang dipilih.
                                         
                                         02.00 pg -Melaka -Rumah CM, Ayor Keroh  -GB4B Melaka -Menyusun Akar
                                            
                                     04.00 ptg -Melaka -Pekan,  Masjid Tanah -GB4B Melaka  -Menyusun Akar
                                          Pemberian bubur lambuk kepada orang ramai.
          
                                     06.00 ptg -Melaka -Masjid Jamek, Tanjung Bidara - Masjid Tanah -GB4B Melaka
              Berbuka Puasa pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Melaka.            

             09.00mlm -Melaka -Masjid Jamek, Tanjung Bidara - Masjid Tanah -GB4B Melaka
                               -Menyusur Akar -Perasmian Majlis Penutup Jalinan Mahabbah Negeri 
Melaka – Pelancaran kutipan buku Ilmiah oleh YAB DAR.            

03 Ogos 2011(Rabu) 03.00 pg -N9 –Lengging -Menyusur Akar
                                      Bersahur bersama YB ADUN Lengging dan melawat 2 buah rumah untuk bersahur.                                                 

04 Ogos 2011(Khamis) 03.00 ptg –Terengganu -Kemaman -Puteri UMNO Terengganu -Menyusur Akar
                                                        Program Masuk Kampung memberi sumbangan kepada orang miskin
                                                        bersama YB ADUN AIR PUTIH.   
                                           
                                              06.00 ptg –Terengganu –Kemaman -Puteri UMNO Terengganu - Majlis               BerbukaPuasa bersama MBD Kemaman.                     

05 Ogos 2011(Jumaat) -Menyusur Akar

06 Ogos 2011 (Sabtu) -05.00 ptg –Pahang –Kuantan -GB4B Pahang -Menyusur Akar
                                                        Perasmian Majlis Jalinan Mahabbah Negeri Pahang – Perasmian oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak.             

07Ogos 2011(Ahad) -04.00 pg –Perlis-Kangar -GB4B Perlis -Menyusur Akar -Bersahur - Konvoi    

                         05.00ptg –Perlis –Bintong -GB4B Perlis -Majlis Berbuka Puasa bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
          VVIP YAB Menteri Besar Perlis.
           Pengarah Belia dan Sukan Negeri.
          Menginap di JBSN Perlis.-Pemberian bantuan kepada fakir miskin & anak yatim.    

08 Ogos 2011 (Isnin) -09.00 pg –Kedah-Baling -GB4B Kedah -Menyusur Akar -Lawatan ke Rumah Wan Salwati     
                                         
                                    05.00 pg –Kedah -Sungai Petani -GB4B Kedah -Menyusur Akar  
                   -  Pemberian batuan kepada Anak-Anak Yatim (20 Orang),
                   - Taskirah
                                                    - Majlis Berbuka Puasa bersama Peserta Konvoi Indahnya Ramadhan.                                                                      


09 Ogos 2011(selasa) -04.00 pg -Pulau Pinang –Juru -Menyusur Akar -Bersahur

09 Ogos 2011(Selasa) -09.00 pg –Perak -Parit Buntar -GB4B Perak -Menyusur Akar
-          Program baik pulih rumah dalam Dun Titi Serong dan Kuala Kurau. (Budjet YBUDR)
-          Pemberian sumbangan keperluan harian kepada 20 orang dalam Parlimen Parit Buntar.
                                            Majlis Berbuka Puasa bersama Presiden GB4B Malaysia, Pemimpin setempat dan Penduduk Tempatan.                     

09 Ogos 2011      MLM –Perak –Taiping -Menyusur Akar
-          Komplaks Rakan Muda – Rehat -Bersahur

10 Ogos 2011(Rabu) -04.00 ptg –Perak -Tanjung Malim -GB4B Perak -Menyusur Akar
-          Program Bubur Lambuk masuk kampong dengan motosikal.
-          Tazkirah Ramadhan.
                                             Pemberian sumbangan kepada Anak-Anak Yatim yang berumur dibawah 12 tahun dalam kawasan Tanjung Malim.            

11 Ogos 2011(khamis) -04.00 pg – Selangor -Kuala Selangor -Puteri UMNO Selangor -Menyusur Akar
            
              09.00 pg -Selangor –Kapar -Puteri UMNO Selangor -Menyusur Akar
           
                                      02.00 ptg –Selangor -Kota Raja -Puteri UMNO Selangor -Menyusur Akar
           
                                      06.00 ptg -Selangor -Hulu Langat -Puteri UMNO Selangor -Menyusur Akar
             
12 Ogos 2011                04.00 pg -Negeri Sembilan -Kuala Klawang -Puteri UMNO Negeri Sembilan  -Menyusur Akar   Melawat 3 buah rumah -Bersahur di Padang Futsal Kg. Kemin Tanjung.             

                                       10.00 pg -Negeri Sembilan -Seremban  Puteri UMNO Negeri Sembilan -Menyusur Akar -Menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan.                                           
                               
   06.00 ptg -Negeri Sembilan –Ampangan -Puteri UMNO Negeri Sembilan -  Menyusur Akar -Majlis Berbuka Puasa di Surau Kg. Jiboi Baru.        

13 Ogos 2011                 04.00 pg -Wilayah Persekutuan -Putrajaya -Puteri Umno Malaysia -Menyusur Akar -Bersahur dikediaman Ketua Puteri UMNO Malaysia do Putrajaya.                                                
                               
    10.00 pg -Wilayah Persekutuan -Lembah Pantai -GB4B Wilayah Persekutuan -Menyusur Akar
           
04.00   g -Wilayah Persekutuan -Masjid Wilayah Persekutuan -GB4B Malaysia -Menyusur Akar -Penyampaian sumbangan kepada Anak-Anak Yatim, Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya dan Warga Emas.
                                                      Majlis Berbuka Puasa bersama YB Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia

14 Ogos 2011                 04.00 pg -Wilayah Persekutuan -Dataran Merdeka -GB4B Wilayah Persekutuan -Menyusur Akar -Bersahur dan Program bersama Presiden Majlis Belia Malaysia – Sdra. Mohd Maliki Bin Mohd Rafiee.               

                                        08.00 pg  -Wilayah Persekutuan -Bandar Tun Razak -GB4B Wilayah Persekutuan Menyusur Akar
           
                                        06.00 ptg -Wilayah Persekutuan -Masjid Saidina Uthman -Bandar Tun Razak -GB4B Wilayah   Menyusur Akar

                                            Program Kembara Indahnya Ramadhan Tamat.          *Buka Puasa 

Wednesday, 3 August 2011

PROGRAM KEMBARA INDAHNYA RAMADHAN MENCAPAI MATLAMAT

Program 'Kembara Indahnya Ramadhan' anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia serta GB4B Malaysia pada awal pagi 2 Ogos 2011 berjaya mencapai matlamat apabila Ketua menteri Melaka Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam bersama-sama Ahli Jawatankuasa program menjengah penduduk yang beragama islam untuk bersahur bersama-sama.

Menurut kata Presiden GB4B Malaysia, program ini adalah sinambungan dari program yang di jalankan di Negeri sabah baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, program ini akan diteruskan di seluruh negara hingga bulan Syawal nanti.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung.


PELEPASAN KONVOI DI NEGERI SEMBILAN

SEBAHAGIAN PESERTA KONVOI

EXCO BELIA NEGERI SEMBILAN MELEPASKAN PESERTA
KONVOI
BACAAN DOA SELAMAT DI SERI NEGERI MELAKA

DATUK SERI ALI RUSTAM BERSAHUR BERSAMA-SAMA
AJK PROGRAM DI RUMAH PENDUDUK

BERGAMBAR KENANG-KENANGAN DI SERI NEGERI

DATUK SERI ALI SEDANG DITEMU RAMAH OLEH WARTAWAN


PRESIDEN GB4B MENGATAKAN SESUATU KEPADA
PENGHUNI KEDIAMAN YANG DILAWATI


PRESIDEN GB4B MEMERHATIKAN ANGGOTA ROMBONGAN
MEMBAIKI KENDERAAN KONVOI 
Gerakan Belia 4B Malaysia mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Melaka, Presiden serta ahli GB4B dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO serta ahli dalam menjayakan program ini.