Sambutan Program Himpunan Sejuta Belia Kebangsaan yang bermula pada 27 Mei dan akan berakhir pada 29 Mei 2011 di Putrajaya amat meriah pada tahun ini dengan sasaran kehadiran sejuta belia telah berjaya di capai sebelum menjelang pukul 1 tengah hari.
Program yang di anjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ini akan di rasmikan pada jam 4 petang 200 disediakan dalam program ini.
Gerakan Belia 4B Malaysia tidak ketinggalan dalam menyertai program dan menyediakan sebuah booth untuk dikunjungi oleh para-para belia dan orang ramai.
Pada sebelah pagi tadi satu upacara menandatangani perjanjian jalinan persefahaman di antara Gerakwanis GB4B dan Puteri UMNO Malaysia telah berlangsung di mana ianya telah ditandatangani oleh Haslinda Ahmad selaku Pengerusi Gerakwanis merangkap Naib Presiden Wanita GB4B Malaysia bersama-sama dengan Datuk Rosnah selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Turut menyaksikan upacara tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden GB4B Saudara Mua’amar Ghadafi. Tujuan perjanjian persefahaman ini adalah untuk membolehkan setiap ahli GB4B wanita secara automatic menjadi ahli Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Pada jam 1 tengahhari tadi pula menyaksikan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga merupakan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, beliau juga sempat untuk beramah mesra dengan ahli-ahli GB4B yang berada di booth dan mencuba beberapa acara permainan yang disediakan